Wednesday, April 13, 2005

already two..

Alhamdulillah..

Dah lama teringin nak tulis pengalaman bersalin 2 tahun berturut-turut. 2 tahun yg 2 kali berbeza tempat berpantang.. :)

Hanan (born 21st April 2003, Hospital Daerah Pekan, at 10.12 am)
2-3 weeks before delivery, Mama and Abah Hanan 'berpindah utk berpantang', ke rumah Cik (Hubby's mother) di Medan Tok Sira. Waktu tu, Abah Hanan masih bertugas di Hosp. Pekan dan kami menyewa di Taman Berjaya Permai, Kempadang.

20/4/03, Ahad. Mama punye instinct kuat betul. Hari tu rasa mcm nak siapkan basuh kain baju dan kemas2 bilik tidur. Takut bila dah bersalin nanti, terpaksa pulak Cik ambik alih. hehe.. Petang tu, Pakcik Yusof and Makcik Natrah bertandang ke rmh Cik. Saja jalan2 kot. Makcik Natrah beritahu cucu sulung dia (Aisyah Qistina) lahir 21 April 2002. Caesar.. Malam tu, menonton VCD 3 Abdul dgn Abah Hanan kat PC. Boring sbb taktau nak buat apa.

21/4/03, Isnin.
4.00 am- rasa sakit belakang & pinggang. Ingatkan disbbkan katil dan tilam tu yg buatkan backache. Abah Hanan suruh sabar..dia sambung tidur. Gelisah..takleh lelap betul
4.30 am- makin sakit. Every 5 minutes dtg sakit-sakit mcm period pain. Kejutkan AbahHanan lagi. Hmm..dah sampai masa agaknya.
5.00 am- Cik dah bgn utk siapkan Nasi Kerabu utk dijual. Beritau Cik. Cik suruh mandi dan siap2. Mungkin pukul 4 petang nanti baru bersalin. Mandi. Azan Subuh sayup2 dari masjid. Masa nak ambil wuduk utk solat Subuh, nmpk lendir coklat kat lantai bilik mandi. Teringat Lyana cerita pasal 'show'.. maybe ye dah ni.
6.00 am- Call Ibu (Wan). Tanya patut solat ke tak. Ayah (Tokki) kata tak payah (?). Ibu hari ni ada kursus kat Rompin.
7.00 am- Breakfast. Sakit masih 5 minit sekali. Abah Hanan kata nak bwk ke Hospital Pekan. Kalau belum bersalin, dia leh continue keje :-P Takde selera pun makan..
8.15 am- sampai kat area kilang2 kat Pekan tu, masa ni masih dlm kete. "Arrrkkk..sakik nyer, Abg.." ~dalam hati je la. Segan sbb Cik ada..hehehe.
8.30 am- terus ke labour room. Itu pun Abah dia tinggalkan je kat pintu sbb nak park kete dulu.. attendan bwk naik atas. Takde patient lain pun..
9.00 am- Dr Norhuda dtg. Dah bukak 5 cm. Terus pecahkan waterbag. Oh, dear..sakit nyeee lepas air dah pecah.
9.30 am- Abah dia tunggu je kat sebelah. Cik kat luar. Ibu on the way. Masa ni baca Doa Nabi Yunus & istighfar. Masa dtg sakit tu, baca doa tu. Abah Hanan pesan jgn menjerit masa sakit. Malu kat misi..kuang kuang.
9.45 am- Rasa mcm nak B.O. Ckp kat misi. Misi kata jgn teran dulu. Misi pun panggil Abah Hanan yg kat luar masa tu. Check2 dah bukak penuh dah..
10.00 am- Err..tak tercerita la.
10.12 am- Baby GIRL!! Alhamdulillah.. baby weight 3.2kg. Delivered by Dr. Hilmi, assisted by S/N Ramlah.

Hujan renyai2 kat luar. Pagi 19 Safar 1424H yang sungguh indah.. Ibu sampai sambil berkata "cepat nye la bersalin budak ni.." :D
Rezeki baby, lepas 60 hari, report duty kat UIAM, Kuantan, as a Science Officer, dan Abah Hanan pun sama, as a Trainee Lecturer.

Hasif (born 19 May 2004, Hospital Tg. Ampuan Afzan, Kuantan, at 6.41 am)
Sept 2004. Tergamam bila buat UPT result nye POSITIF!! Masa ni kat KB, Abah dia ke USM sbb ada course. Hanan masa tu baru 5 bulan. Kira accident la jugak. Tak la pulak plan seawal ini! Macam2 yg dirasai waktu ini. Sepanjang tempoh kehamilan, byk jgk la dugaan especially bila kena tinggal. Selalu Abah dia kene pegi USM. So Wan pun suggest suruh amik maid.
Feb 2005. Bibik Sunarti dtg. Ringan la sikit bebanan..lagipun senang bila Abah dia takde kat rmh. Ada jgkla org teman.
15/4/04- rasa contraction mcm nak bersalin. Sejak 6 pagi lagi dah rasa. Tapi baru week 34. Masa sampai office, terus gi jumpa Cik Hasriah & Dr. Aishah. Diorg suruh segera ke hospital. Contraction every 1 minute!! 3 cm dah! Tak tersangka-sangka. Admitted ward due to Threatened preterm labour. That serious aaa?
Anyway..saje je gimmick. After being Tocolysed*, no more contraction. Alhamdulillah. Kalau tak, allow labour la.. tentu Hasif akan duduk dlm Incubator..taktau la cemana keadaan kalaulah terjadi mcm tu. Tapi Allah Maha Kuasa.. Mama dapat Medical Leave for 2 weeks.. yey!
*Tocolysis:The delaying or inhibition of labor during the birth process.
18/5/04, Selasa- Abah baru balik dari 2 week course kat USM (again). Actually, Abah ke sana utk sit exam. For 2 weeks all of us (Mama, Hanan & Bibik) stayed at Wan's house. Just in case. Tapi sepjg Abah takde, takde tanda2 pun. Sampai la Abah balik..

19/5/04, Rabu- Kat rumah. Abah Hanan ada.
At 3 am.. gelisah. Tak leh tido. Terasa lagi yg tahun lepas punya pengalaman. "Abang..jom lah kita terus ke HTAA".. "Ok!"
4.00 am- Mama had some biscuits and drinks for energy. Kejutkan Bibik. 4.30 am- HTAA.
5.00 am- went to Screening Room for VE. Show baru keluar. Dah bukak 4 cm.
5.30 am- Labour Room. Pun tak ramai patient.. Waterbag dipecahkan, by Dr A. Bushro. Here we go againnn.. ouch..sakit nye.. hehehe. Doa Nabi Yunus again..and again. (no screaming..ok..ok..)
6.15 am- Abah Hanan pegi solat Subuh. Sakitnye waktu ni. Labour Room pulak sejuk mcm ais. Stafnurse kesian. So dia kasi
Pethidine (for pain relief).
6.30 am- Tak tertahan dah. Dah bukak sepenuhnya ni. Pethidine tu pun belum jalan lagi. Abah dia tak balik2 lg. Rasa nak tercabut jantung la.. :P
6.41 am- Sempat jgk Abah dia sambut utk kali kedua.. Baby BOY. Alhamdulillah..3.4 kg. Delivered by Dr Hilmi, assisted by Dr. A. Bushro.

Drowsy lepas kene Pethidine tu. Tokki, Wan, Cik Yah dtg..siap masuk labour room lagi. Once again, kedengaran sayup2.."Cepat betul bersalin".. Masa ni taktau apa bende org tny. Jawab pun melalut je. Kesan drug tu. Hehhe.

Rezeki 2nd baby, Abah Hanan passes the exam. Alhamdulillah.. Ya Allah, Maha Pemurah.. Berita gembira 29 Rabiul Awal 1425H..

Tapi kali ni, berpantang kat rmh Ibu pulak.. hehe.. adil & saksama gitu..

3 comments:

Hany FF said...

bestnya boleh buat jurnal kelahiran 2 cahayamata :)

mudah jugak akak bersalin ek.
ada apapa petua/tips yg diamalkan? :)

Along said...

Alhamdulillah, semuanya selamat.

I see you kenal arwah Nuun. She was my officemate, eventhough I tak kenal dia secara personally but her blog touched me in so many ways.

I'll be reading your blog on a more frequent basis. Keep up the good work.

z.r.k.z said...

:"> thank you.. alhamdulillah..thank you, Allah.
petua/tips ;) nanti kita cerita lagi..

selamat berkenalan to Along. you have a nice blog too..! happy sharing!