1. Nasi Daun Lemuni*
Cara:
Beberapa pucuk daun lemuni, blended.
Airnya ditapis dan dimasak bersama beras.
*Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk melancarkan darah haid. Petua ini diambil dari makcik urut Ibu; untuk wanita yg sering mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan. (dah penah try zaman muda remaja dulu..ehehe..)
More info click here..
2. Ikan Selar* Panggang
Macam biasa je, garam kunyit kan ikan selar. Balut dgn daun pisang atau daun kunyit, panggang.
Makan bersama-sama Nasi daun lemuni panas2.
*Tak jumpa la scientific name utk ikan ni.. Anyone..?
3. Halia Muda Goreng
Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara.
Err..takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le byk2, tiap kali makan, seronok bila ada something yg crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar. hehehe..
4. Sup Sayur Campur
Bahan2:
Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional)
Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir takmau overcooked.
5. Ayam Panggang
Bahan2: Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk}
Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)
6. Kerabu Ulam
Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}
Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais.
Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.
7. Sup (ayam atau ikan haruan)
Bahan2: Ayam atau ikan haruan (mana2 je), halia- dipotong, lada hitam-ditumbuk.
Cara: Rebus sekaligus bahan2 di atas. Hidang bersama nasi. Halia yg dipotong mesti makan. Tak baik ngelat.
well, folks.. to be continued! Nak selongkar buku resepi dulu..tiba2 blank pulak.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment