Sunday, August 28, 2005

Setelah jerebu berlalu..

Kotak fius rumah ni rosak akibat petir baru-baru ni. Memang dahsyat jugak ler sampai tumbang kayu pokok durian kat tepi rumah ni. Nasib baik tak kena rumah atau kabel letrik. Blackout rumah ni, plus rumah En. Mustafa, jiran sebelah. Beberapa mentol yg terpasang masa kejadian jam 10.30 malam, 16 Ogos baru-baru ni semua terbakar.. begitu juga notebook Compaq Abah sbb masa tu power supply nye terpasang pd plug (SILA AMBIL IKTIBAR: sentiasa unplug power supply notebook atau PC anda semasa hari hujan) huhu.. Jenuh call TNB malam tu tapi sampai tghhari esok takde sape yg dtg. Pukul 12 tghhari esoknye, Mama call lagi. Dah rasa dah, tak bersangkut paut dgn kabel TNB tapi mesti rosak kotak fius dlm rumah. Pukul 1 org TNB dtg. Betul sangkaan ku. Sepatutnya panggil le org yg boleh baiki letrik dtg rumah. Hmm..manelaa kita nak pasti mende yg rosak. Adalah hikmahnye. Tak diuji mcm ni, takkan reti cemana nak handle.

Malam tu juga Abah telah mendapat conjuctivitis. Kesiannye. Mama org pertama terkena (seminggu sebelum turn Abah), then Hasif, kemudian Hanan. Abah yg paling last kena, dan paling teruk sakit mata merah dia. 18/8 Abah on-call. Mata merah menyala pun pegi jugak hospital, sbb takde sape yg boleh ganti. Sume org kedekut, kata Abah. Berkat sifat sabar akhirnya, Abah dpt cuti sakit 3 hari berturut-turut. Walaupun dah baik sakit mata.

Sibuk betul bila Abah 'bercuti' di rumah. Rutin harian jadi lari dari track. Masa ni ler nak baiki TV yg rosak masa pindah dulu, set Hi-fi, notebook, sistem paip kat rumah dan mcm-mcm benda lagi. Bawakler sume anak-anak ke hulu ke hilir, sbb Mama MESTI kena ada sama-sama uruskan benda-benda ni.

Oh ye. Terlupa pula. Kenduri masa cuti sekolah semestinya! Tahniah buat pasangan pengantin yg telah selamat diijabkabul~ Br. Naser & Muni, Dr. East, Afaf.. Alhamdulillah. Kami sekeluarga berjaya memenuhi undangan mereka. Siap ke KT utk tgk East kawin. Tapi tak berpeluang berjumpa husband East. Seronok betul jumpa kawan-kawan lama, especially, Along (Siti Noor Azma Isa). Sempat la mengenali husband & anak sulung dia, Anif Ilham, 2 tahun. Along tgh sarat pregnant 2nd baby. Sama mcm Marliana. Jumpa Along masa kat kenduri Afaf.

Cik Dar & Hubby (Uncle Syed), semua auntie Hanan & Hasif datang bertandang ke rumah. Wan & Ki pun datang selepas the aunties balik ke Kuantan. Wan & Ki dtg utk OPS Spring Clean bilik study dll. Lepas tu, Cik, Tok Abah, Wo (nenek Abah) & Su Yi pulak dtg. So, berkenduri la semuanya di sini. Hanan & Hasif seronok betul. Memang berasap sungguh2 dapur. heheh. Nasib baik ada Wan. Betapa dia memahami camno..

Seronok sangat.. setelah jerebu berlalu..

0 comments: