Monday, January 31, 2005

Suami Mithali

Subject: Bertuah isteri dapat suami cam nih
(received this forwarded email, sometime ago..)


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya Tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.

Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Qur’an sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

  1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
  3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah Yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Wednesday, January 26, 2005

Al-Mu'allim


We once had a Teacher The Teacher of teachers,
He changed the world for the better And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselvesWhat will we say in front him?

Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.

Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)

Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,

Oh Mu'allim..

Chorus

Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad (O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad (O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad (O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad (The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad (Light of my eye O Muhammad)

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus

Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina (O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)

http://www.samiyusuf.com/lyrics/index.htm

I fell in love with this nasyeed. So much! Tiap kali bukak blog Hany, dpt la dgr. Kadang2 tu, mmg purposely buka blog Hany semata2 nak dgr nasyeed ni.. hehehe. Pulak tu, kat Gebang-gebang Hany, sume org dah jatuh cinta.. ;)

Ahlan Wa Sahlan, Ya baby..

25th Jan 2005
-Kak Su safely delivered to a healty 3.1kg baby boy at 1.20pm, in HTAA.

Lepas office hour semalam sempatla melawat.. Baby's sooooooo cute... mcm anak Jepun. kuchi..kuchi..! Hmm..mak dia nmpk sgt lega. Congratulations!

Ustaz Amir pun khabarnya dapat ke maktab somewhere in Trg..? Rejeki baby. And Kak Su pun tak lama lg pun dpt sambung KPLI. Hmm.. cedih but glad.

"Baby nama apa? Kira jadila nama yg ari tu?.." "Haah..":D

Welcome Suhail..! Wish that Nuun was here to tell this..

Monday, January 24, 2005

sempat chatting lagi..

betapa berbedanya kita dan pengalaman kita..

at 9.45 am..
suryani_m: salam
suryani_m: nak tanya

zazahilmi02: aik
suryani_m: tadi wat VE
zazahilmi02: hah
suryani_m: baru bukak 1.5
zazahilmi02: lor
zazahilmi02: lama lagi tu
zazahilmi02: ni kat ne ni?
suryani_m: pas tu baru sekejap ni akak ke toilet, bleeding la
suryani_m: kat opis
zazahilmi02: oo ye ke
zazahilmi02: bleeding tu cemana?

suryani_m: is it kesan sbb VE tu ke?
zazahilmi02: dont think so
zazahilmi02: maybe tu "show" la tu
zazahilmi02: gi smule spital
suryani_m: akak siap bwk sampel ke dr aishah tunjuk darah tu
suryani_m: ni tgh tunggu la ni,
suryani_m: rasa mcm sedang kuar
suryani_m: tp aku sedang rilek chatting ngan Zaza hehe
suryani_m: jap lg nak ke toilet semula
zazahilmi02: balik dr hosp td jln kaki ke?
suryani_m: abg antar
suryani_m: ntah ari ni rasa tak larat sgt kaki nak jln
zazahilmi02: bila due?
suryani_m: tambah plak lps kene seluk tu lagi laa tekepit kaki nak jln
suryani_m: ari ni due
zazahilmi02: dah due la tu
zazahilmi02: Dr aishah ckp apa?
suryani_m: tu la
suryani_m: harap2 bsalin ar ni la
suryani_m: tgh standby
suryani_m: budak2 ni plak yg panik
suryani_m: akak rilek lg nih
suryani_m: dr aishah kata bukan blood nak bsalin kot
suryani_m: cuba tanya cik yah
suryani_m: tak semestinya ada contraction kan klu kuar darah pun?
zazahilmi02: :-?
zazahilmi02: kalau contraction
zazahilmi02: disertai dgn ade kuar lendir kaler coklat
zazahilmi02: itu tanda nak bersalin
suryani_m: ni darah ni cam mula2 nak period gak
suryani_m: cuma rasa pedih sbb kene seluk tadi kan
zazahilmi02: maybe la kot
suryani_m: so camne ni?
zazahilmi02: cikyah kata apa?
suryani_m: nak g spital ke tak?
suryani_m: tak tanya dia lg
zazahilmi02: yg penting nye rase contraction
zazahilmi02: 10 min rasa 2 kali
zazahilmi02: atau 5 min rasa 1 kali

suryani_m: so akg ni akak dok diam2 la kat sini ye?
zazahilmi02: wait first
zazahilmi02: td sape yg wat VE?
suryani_m: okeh
suryani_m: bleh gi minum milo jap
suryani_m: lapa heheh
zazahilmi02: gi makan dulu
suryani_m: Dr Anna
zazahilmi02: i c..
suryani_m: ada bekal biskut hehe
suryani_m: saje takut nak bsalin kang takde tenaga plak
zazahilmi02: biskut tiger?
suryani_m: jacob's
zazahilmi02: :)
suryani_m: tegezut gak td tgk darah
suryani_m: ingatkan nak kencing je
zazahilmi02: hmm..
suryani_m: nasib baik tak cepat gelabah, klu tidak pengsan dlm toilet
zazahilmi02: haiya
zazahilmi02: biasa la tu..1st timer
zazahilmi02: hihi
zazahilmi02: dgn false contractionnye
zazahilmi02: contraction yg kita rasa before bersalin is called: Braxton Hicks
zazahilmi02: td Dr wat VE sbb hr ni dah due date kan?
suryani_m: aah
suryani_m: heheh
suryani_m: takpe la
suryani_m: yg pentimg rileks
zazahilmi02: masa nak bersalin hasif dulu,
zazahilmi02: 2 minggu sblm bersalin tu
zazahilmi02: asyik duk tunggu je rase sakit nak bersalin
zazahilmi02: tp xdtg2
zazahilmi02: bila dah dtg tu, ms bukan tgh menunggu
zazahilmi02: tau2 sakit
zazahilmi02: penah rase 1 kali sakit contraction
zazahilmi02: tapi masa tu buat2 tido..last2 tertido
zazahilmi02: tak jadi bersalin pun
suryani_m: tu la
suryani_m: takpe la dah tau camne
suryani_m: ni tak tau pape lg ni
zazahilmi02: hehhe
zazahilmi02: sakit tu nanti,
zazahilmi02: rasa mcm tak selesa je
suryani_m: hmmm

at 10.05 am..
suryani_m: takpelah
suryani_m: sblm apa2 jadi baik akak minum milo dulu hehe
suryani_m: jemput
zazahilmi02: kita minum duluuuuuu!

at 10.33 am..
suryani_m: baru balik dr toilet check
suryani_m: kuar lg tp bukan fresh blood
suryani_m: mungkin baki yg tadi kot sbb warna coklat
suryani_m: tp klu lendir mmg takleh detect sbb my pantyliner tu menyerap lendir
zazahilmi02: :-/
suryani_m: so camne? what's your opinion?
zazahilmi02: kalau x rasa contraction..belum masa lagi la
suryani_m: contraction tu sakit sgt2 ke rasa dia?
zazahilmi02: rasa period pain
suryani_m: hmmm...mslh nye akak tak pernah lak ada period pain
zazahilmi02: org yg kene period pain ni salunye, takde keje lain kecuali meringkuk dlm surau
zazahilmi02: heheh
zazahilmi02: sakit pinggang / belakang yg x selesa duduk, diri mahupun baring

suryani_m: yg ada pun klu period hari ke-2 masa tgh heavy flow tu sakit pinggang ngan blkg, tu je lah
suryani_m: klu 1st day tu rasa something cam td jelah, rasa something kuar kat situ

at 10.45 am..
suryani_m: tapi pinggang dgn blkg mmg tgh sakit ni
suryani_m: tp biasalh akak, suka buat tak tau klu sakit2 ni
zazahilmi02: pagi je la hosp
zazahilmi02: pegi
suryani_m: jap lg lah hehe
suryani_m: biasa anak sulung takde terus kuar tgh2 jln kan?
suryani_m: biasa sakit nye lama kan?
zazahilmi02: takut water bag pecah kat opis
suryani_m: hmmmm
zazahilmi02: kang nyusahkan org ramai
zazahilmi02: hehe
suryani_m: aah kan, dah le skg takde org plak kat sini
suryani_m: tanya mak tadi, dia kata klu tak sakit perut tak lagi
suryani_m: tp my friend ari tu water break pun perut dia tak sakit
suryani_m: hmm...kene gi toilet lg lah
zazahilmi02: haiya
suryani_m: nak check utk kali yg ke-3, klu kuar darah gak, g spital lah
suryani_m: haiya, wa punye peha sudah lasa kejang
suryani_m: huhuh
zazahilmi02: ooi
zazahilmi02: pegi le

at 10.55 am..!
suryani_m: kuar warna coklat
suryani_m: ada lendir sikit
zazahilmi02: haa
zazahilmi02: jeng jeng
suryani_m: tp apasal tak sakit yek?
zazahilmi02: gi check
zazahilmi02: kot dah bukak jln
zazahilmi02: lepas water bag pecah baru sakit kot
suryani_m: ok, ni farid dah bsing dah ni
zazahilmi02: call ustaz
zazahilmi02: pi spital
zazahilmi02: now!
suryani_m: ok
suryani_m: babai

conversation ended at 10.56 am #:-S
suryani_m was sent to HTAA by Farid, the rescuer.

Wednesday, January 19, 2005

Hujan Panas

http://www.filemkita.com/filem/h/hujan_panas_01.html
Hujan Panas Posted by Hello

The movie that touches my father so much! Can't wait to see the 'Hujan Panas' lyrics.
Last Sunday me and the kids went to their Tokki & Wan's house. We spent the whole day there. Usually in the evening my father (theTokki) will do some gardening. But that weekend, he and my mom stuck in front of the TV to watch their favourite P. Ramlee movie "Hujan Panas". I was busy with the kids and their cousins downstairs without realizing the movie drew so much attention than the grandchildren.

The movie ended late in the evening. Both of my parents wentdownstairs, sang and hum the "Hujan Panas" song together. Then mymom said, "Hah! Again.. your father cried.." Both of them grinned."Every time he watched this movie, sure he'll sob when P.Ramlee sang that song to the son. You know what..He'll always hum "Hujan Panas"song to put you to sleep when all of you were kids."

I still remember sometime ago I heard he sang this song to put myl ittle brother to sleep. I thought I misheard he wept!. Well.. itseems that that song meant so much to him.. :) He's so touchytype.. and that made me so touchy too..hehee

Sinopsis


P.Ramlee as Amir & his son; Nana Posted by Hello
Amir ialah seorang pelayan restoran yang bercita-cita menjadi penggubah lagu. Dia meminati Aminah, seorang penyanyi di tempat kerjanya. Amir meminta Aminah menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tetapi Aminah tidak berminat. Sementara itu, Hasnah, juruwang di restoran itu berasa simpati terhadap Amir yang dihina oleh Aminah apabila Amir menyatakan rasa cintanya pada Aminah. Dalam diam, Hasnah turut menyimpan perasaan terhadap Amir. Pada suatu hari, sorang pemilik opera bernama Zakaria mengunjungi restoran itu dan terdengar lagu-lagu ciptaan Amir, lalu mempelawa Amir bekerja di tempatnya. Amir tidak mahu pergi sekiranya Aminah tidak ikut bersama. Akhirnya Zakaria mengambil mereka berdua bekerja di tempatnya. Semakin lama, lagu-lagu ciptaan Amir semakin disukai ramai dan Aminah juga tidak lagi membenci Amir. Mereka berdua berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama Nana. Amir terlalu sayang kepada Nana hingga tidak menghiraukan hubungan Aminah dengan seorang lelaki bernama Hassan. Amir menerima Hassan sebagai sahabat tanpa mengetahui niat sebenar Hassan yang cuma inginkan harta. Akibatnya Hassan berjaya memujuk Aminah meninggalkan Amir. Aminah turut membawa anaknya Nana bersama-sama. Amir begitu sedih dengan kejadian tersebut. Hasnah yang mendapat tahu perkara itu, pergi memujuk Amir untuk kerja semula di restoran lama supaya dapat melupakan Aminah dan Nana.

Tuesday, January 18, 2005

Pro or Anti Polygamy?

General Info on Polygamy that Malay Muslims shud know
(Found this in UkS..)


*****
Salam to all,

Was searching something on d net & bumped into this info at Jais website.. Really didn't expect polygamy procedure to be so tedious, most stories that i heard & known never mentioned abt any of d following documents. If i were to be a man & qualified to marry another according to d reasons given in green, i wud have think more than twice.. Kecoh tuu..

But as we know many guys took d easiest way out, pi Golok or nikah express somewhere.. wallahualam.. -Sis Zuraina

MAKLUMAT UMUM

Allah Taàla telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:


" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."


Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI

Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
Dapatkan borang 1 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Borang 1 B (permohonan berpoligami)
Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
Salinan surat beranak anak-anak.
Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
Bayaran/fee Mahkamah.
Surat laporan aduan Pejabat Agama.
Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
Salinan lain-lain dokumen berkaitan.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN POLIGAMI

SOALAN YANG SERING DITANYA

Mengapakah permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah?
Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia telah diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988 di bawah Seksyen 23 (1) "Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah."
Seksyen 123 menyatakan "Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu."
Keputusan untuk menetapkan sama ada seseorang lelaki itu boleh berpoligami atau sebaliknya adalah di bawah bidangkuasa Hakim Syariah kerana pihak lelaki itu perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kelayakan mengikut hukum syarak.

Adakah seorang lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran daripada isteri yang sedia ada?
Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.

Jj: (quoted from a drama in TV2: "org lelaki ni kalau depa dah nak kawen tu, depa kawen jugak!")


June 2004

Hasif Wajdi; 18 days of birth

This was taken when our family was stunned with my BIL's missing news. Tokki, Wan & Ummi Aisya went to Gua Musang were Ayah Aisya was found to be missing during rafting expidition in Sg. Nenggiri, GM (picture below). The inscrutability occurance is so unthinkable. Until today, he is still missing with no signs of neither drowned in the not too deep river nor happened to be one of the wild's prey.


Nenggiri River.. Allah Almighty knows best Posted by Hello

Saturday, January 15, 2005

Backtracking..2004

Jan - Week 24 of Gr. 02 Para. 01; EDD:21/5/04;
Feb - Planning for Basic Cell Culture Training
March - BCC Training in UPM Serdang
April - Premature Contraction; Medical Leave for 2 weeks
May - Gave birth to Hasif Wajdi
June - Abg Ihsan missing
July - Life must go on.. Back to work
Aug - Life is more colourful with Picanto ?

Sep - Shifted to IMC
Oct - Kembara CT DVVT
Nov - Moments of Irsyad’s birth
Dis - Nuun.. In remembrance

Thursday, January 13, 2005

hmm...

"zaza..bila nak siap blog?"
"aik..takde perubahan lagi blog..?"
"laa..still tak update ke?"
"err..qin.."
"i think i've lost the password.." :P
-sometime ago..


dah lama dah memendam cerita suka & duka. nak berguru pun tak sempat sbb nuun dah pergi dulu.. tapi nak cubalah jugak. bukan susah sgt tapi nak sgt perfect.. last2, asyik tertangguh je construction. agaknye dulu, arwah nuun nak bubuh our blog ni under UmmuAmiir's blog loop nye. well..segan sgt waktu tu..our previous blog, belum ada theme lagi..pastu.. nak masuk blogger pun susah sbb mama dah letak username yg susah nak ingat & eja.. hehe.

dah 2 hari, kerja mama..berfikir je. macam2 nak pikir. dah dekat 2 minggu tahun baru berlalu.. kerja tahun lepas masih lagi tersedu2. pak nasa kata biar menderita.. "i sengaja nak u SUFFER"..

oh..ye? takpe.. dulu during my undergrads lagi byk menderita, bapak..! bapak tentunya jugak byk menderita ya pak?

tahun 2004 yg berlalu for me is the year of full of happenings. so many things happened yg banyak menitiskan air mata mama yg murah ni. tapi redha lah dgn ketentuan Ilahi.. sesungguhnya setiap ujian & nikmat yg diturunkan, pasti ada hikmah disebaliknya.

one of the most happiest part of 2004, all of us received Hasif Wajdi, mama's 2nd bundle of joy (19th May 2004, 6.40am, HTAA Kuantan) when KakLong Hanan was at the age of 12 months+27days. since then, Hanan ingat tak..? Hanan terus dpt berjalan dgn baik plus mama understood Hanan's expressions! Alhamdulillah..

hmm..nak backtrack the whole 2004..rasanya tak sempat. i wish i'm able to write down each spent days in 2004.

Tuesday, January 11, 2005


my dear prince & princess Posted by Hello