Friday, January 20, 2006

Januari yg sibuk tapi best

Busy nye Raya Haji.. Dah terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha kat kawan-kawan semua sbb jemaah haji dah ramai yg pulang dari tanah suci. Sambutan hari raya Aidiladha, alhamdulillah.. sederhana tetapi seronok. Tak setension raya Aidilfitri.. nape ek? Tak payah distribute duit raya kot..? hehe.. Maybe sbb tak pressure nak bertandang ke rumah saudara mara, walaupun lebih afdal melawat.. Preparation raya Haji, cuma buat kek dan kek dan kek.. Kalau biskut, terpaksa mengadap adunan selama lebih kurang 3 jam.. dgn nak decorate nye lagi. Rasanya buat kek lagi mudah. Kacau, bakar, angkat. Bungkus sbg buah tangan. Tempahan raya, cuma sebiji je kek coklat size L.

Buah tangan tak sempat bungkus waktu bertandang ke rumah parents-in-law Hany di Selising. Terkilan pulak tapi tak ckp kat Hany. Skrg Hany baca dan dia dah tahu. hehe. Insya Allah, Kak Zaza bungkus satu bila Hany dtg rumah Kak Zaza lagi sekali. Anyway, tercapai jugak hajat nak jumpa Hany. Tapi hajat besar yg belum ditunaikan ialah melawat family Allahyarhamah di Bangi. Insya Allah, 29hb Jan ni kami sampai. Sewaktu di rumah PIL Hany,kebetulan Hasif, Hanan dan juga Nufayl, masing-masing 'in good mood'. Rasa puas dpt bersembang dgn Hany walaupun seketika. Tak sangka, pertemuan kami masa raya baru ni rupanya pertemuan kali ke-3! Allah permudahkan urusan pada hari itu.. alhamdulillah.. kerana ukhuwah itu kerana-Nya.. (Ukhuwah peninggalan Nuun..)

Lepas raya, alhamdulillah, ada le beberapa tempahan. hehe.. Itu pun rasa mcm aduii..penatnye. Sibuk jdnya bila tang tu jugak ada tetamu kat rumah. Tahniah buat Kak Su yg akhirnya berjaya keluar dari cengkaman "org-org Ortho" (hahaha!) dan berjaya masuk maktab (KPLI). Yg best nye, Kak Su dpt masuk maktab kat KB ni. Bertambah la geng kat sini. So, kami sekeluarga sgtla gembira meraikan kedatangan Kak Su, Ustz Amir dan Suhayl yg kelakar.. Pada masa yg sama, MIL pun dtg ke sini utk bantu Kak Long (sepupu Abg) utk menguruskan hal pertukaran hakmilik tanah bla..bla.. Menjadikan rumah kami meriah dgn tetamu, kanak-kanak (2 org puteri Kak Long: Ika & Eryn) dan tidak ketinggalan Mok Haji (nenek Abg) yg turut berkampung di sini. Maka, saya telah memainkan peranan sbg 'SupirMan' atau 'SupirWoman' merangkap baby sitter pada sehari suntuk itu. Fuuhh..!

Sejak selepas Hari Raya Aidiladha juga, cuaca mendung di sini sudahpun berakhir sepenuhnya. Mentari yg ceria mendorong jiran-jiran kami menebang pokok-pokok kayu, rumput di padang bola juga dipendekkan.. Mengaum-ngaum mesin-mesin bekerja depan belakang kiri dan kanan rumah. Rumah ini juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan suasana bising itu. Tangki air utk menyimpan AIR KELANTAN juga dipasang dan sistem paip rumah kami di update. InsyaAllah, tiada lagi masalah kekurangan air bila ada tetamu, dan tak payahla lagi kami menumpang mandi di rumah jiran depan :D bila rumah ni tiba-tiba terputus bekalan elektrik! Ini kerana buat masa ni, kami guna air perigi + enjin pam. ;)

Begitulah suatu minggu yg seronok..

0 comments: