Monday, January 02, 2006

Warkah buat Nuun..

Assalamualaikum..

Rindu rasanya. Dah setahun lebih ya berlalu.. Kita telah terpisah buat selama-lamanya. Awalnya Qin pergi dulu. Banyak lagi yg nak berkongsi pengalaman dgn Qin. Rasa mcm tak percaya je.. Ujian buat kita yg masih hidup ini kan..? Mmg pun rasanya sepanjang hidup saya, Qin adalah teman rapat yg dulu pergi meninggalkan saya di dunia yg fana ini. Sbb tu sgt terasa kehilangan Qin. Apatah lagi kita kan selalu communicate tru the internet. Hatta pada pagi hari permergian Qin pun, kita masih sempat bertanyakan khabar.. Kosong seketika fikiran saya menerima berita 16 Disember tahun lalu.. Masih di pejabat waktu itu. Tak ingin rasanya mengingati peristiwa petang itu kerana air mata ini terlalu murah dan mencurah-curah..

Qin, mengingati saat mulanya perkenalan kita, bibir ini mengukir senyum. Betapa senyuman ukhuwwah Qin masih segar dalam ingatan saya. Internet jugalah tempat mula kita berkenalan. Menerusi kawan baik Qin yg akhirnya menjadi suami Qin..Faizal.. Bermula dgn kemusykilan agama yg saya utarakan kepada Faizal tentang bagaimana menghadapi seorang rakan bukan muslim yg berminat dgn Islam.. Maka Faizal mengforwardkan pertanyaan saya itu kepada Qin.. Dan kita pun berkenal-kenalan..

Suatu petang pada tahun 1999, Qin bawa Sate Hj. Samuri ke Kamsis Aminuddin Baki UKM, dengan tujuan untuk bertemu mata dgn saya (buat pertama kali). Betul kata sahabat Qin yg lain, mmg Qin sgt suka menjalinkan ukhuwwah dan memberikan hadiah! Pertama kali jumpa rasanya mcm dah kenal lama. Mesra dan peramah sungguh!

Selepas pertemuan itu, kita terus berkawan baik. Saya dan kawan baik saya di UKM, Umi Kalsom dijemput ke iftar di rumah Qin di Teras Jernang. Ramainya orang! Ahlinya sama ramai dgn tetamu yg dijemput. Memamg saya merasa kagum sungguh dengan mak dan ayah Qin. Pembantu mereka cuma anak-anak. Anak gadisnya yg ramai semuanya boleh diharap. Mereka hampir sebaya pula tu..Mesranya. Terasa terpikat sungguh. (Jika dibandingkan dgn adik beradik perempuan saya, Kakak dan saya yg paling tua, kemudian 2 adik perempuan saya beza umur masing-masing 11 dan 14 tahun dari saya. Zaman kami tak sama.) Adik-beradik Qin berkumpul bersama kecuali 2 orang adik Qin yg berada di Sudan ketika itu. Selepas iftar, mereka solat berjemaah bersama. Begitulah meriahnya memiliki keluarga yg besar. Sudah beberapa kali saya beritahu Qin, keluarga Qin adalah keluarga idaman saya. Amiin..

Hujung tahun 1999, keluarga saya telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena perpindahan kami semua ke Kuantan, Pahang. (Saya waktu itu menghadapi sedikit konflik kerana sangat-sangat tidak bersetuju untuk berpindah ke Pahang. Namun akhirnya saya bertemu jodoh dan diijabkabul malah beranak dua di negeri Pahang D.M!) Tentu Qin juga masih ingat, kebetulan waktu itu Qin berada di Kelantan. (Photo: Album Maya Mama) Bersusah payah Qin datang.. Betapa sungguh terharu dgn kesudian Qin dan sahabat-sahabat yg lain.. Jazakallah.. (cuma Hany dan Aza yg saya kenal :) mungkin Hany boleh refresh semula setiap org dlm gambar tu?)

Quote Hany

Yang paling manis, Pondok Seri Permai.
Kita bermusafir bersama. Akak yang bersungguh mengajak. Kak Aza-Kak Ira-Siti-Yati dan saya sendiri menyambut kesungguhan itu dengan sama-sama berpergian ke Daarul Na'im

Tahun berikutnya, 2000. Jika tak silap jangkaan saya, Qin berangkat ke Sudan.. ataupun pada tahun 2001? Ingat-ingat lupa sbb mungkinkah Qin berada di Sudan pada tahun peristiwa 11 Sept..? Yang pastinya sebelum berangkat ke sana, emak Faizal telah memberikan sebentuk cincin belah rotan pada Qin. Dan saya sempat melihatnya di jari Qin.. Maka tamatlah semua usikan Qin terhadap beberapa kawan Qin yg Qin sendiri gosipkan dgn Faizal! :)

Selepas itu, kita lama tak jumpa sehinggalah kita berjumpa lagi sewaktu hari konvokesyen saya di UKM. Ogos 2002. Qin datang bersama bakal adik ipar Qin waktu itu.. Naa. Masa tu saya telahpun berstatus isteri org.. Dan Qin dtg untuk berjumpa dgn pengantin baru (iaitu kami).. Tapi beberapa bulan selepas itu, Qin juga akhirnya mengakhiri status single. Berpakaian serba lilac.. you look so gorgeous! Tapi tgk dlm album je.. Tak dpt attend wedding Qin dan Faizal sbb suami saya sibuk bekerja walaupun waktu itu hujung minggu.

Tahun 2003, selepas melahirkan puteri saya yg sulung, saya mula masuk kerja di UIA Kuantan. Sejak selepas itu, kita saling berhubung tambahan pula kita sama-sama expecting! Lucu bila teringat waktu itu. Tak disangka-sangka expected due date kita dekat-dekat. Sejak dari waktu tu, kita byk berkongsi pengalaman. Seawal September 2003 kalau tak salah saya.

Yg paling tak dpt dilupakan, sewaktu kita plan nak buat surprise kat Naa sempena birthday dia yg ke-20. Kebetulan waktu itu saya ke UPM selama 2 minggu menghadiri kursus Cell Culture. Masa tu kehamilan kita berdua sudah mencecah 28 minggu +. Ingat tak Qin yg Naa tak pernah tahu yg saya juga pregnant sama dgn kakak ipar dia? Sehinggalah kita semua bertemu di UPM..! Separuh nyawa dia terkejut (walaupun dia cuba tak tunjuk kat kita yg dia terkena!)..

Masih segar dlm ingatan saya. 20-21 Mac 2004. Waktu pilihanraya yg ke-11. Kebetulan lagi Rumah Tetamu di UPM tu harus dikosongkan, Faizal dan Fahmi juga tiada di rumah, maka dgn berbesar hatinya saya menerima diri saya sebagai tetamu kehormat di rumah Qin. Sayang juga tak dapat buang undi di Kuantan. Tapi kenangan bersama Qin dan Naa di KL paling seronok. 2 org mak buyung tak reti penat pegi shopping kat SOGO, KL. Mega Sale kan waktu tu?

Sebagai hadiah birthday, kita sama-sama buatkan Naa kek coklat. Tapi bantat kek waktu tu. Peralatan yg ada ala kadar sehinggakan guna bekas oven yg bulat tu utk adun kek.

Waktu tu adalah kali pertama Qin berjauhan dgn Faizal. I still remember, tak lepas handphone di tangan :)

Antara benda yg Qin sukai ialah window shopping dan shopping..! Lucu bila Qin beritahu, Faizal pun sama-sama jadi kaki shopping.. Setiap Mega Sale mesti nak beritahu saya yang jauh di pantai timur ni. Tak sangka berpeluang juga bersama-sama Qin bershopping, biarpun perut sarat baby 7 bulan dlm kandungan. And you said to me, "Takleh lawan mak buyung shopping 2 hari berturut-turut!"..

Mei 2004. 2 org mak buyung itu telah sama-sama selamat melahirkan seorg putera yg comel. Hasif Wajdi lahir pada 19 Mei, manakala Amiir Husaini lahir pada keesokan harinya. Memang tak sabar-sabar untuk berjumpa Qin dan Amiir waktu itu. September 2004, Qin, Faizal dan Naa dtg bersama baby Amiir ke Kuantan. Lawatan mengejut dan mmg saya terkejut sbb tak prepare langsung! Terkilan juga.. sbb selepas tu Qin dah tak sempat dtg rumah saya dgn sambutan yg lebih proper...

Entah berapa kali Qin mengajak kami semua ke Bangi. Bukan tak mahu, tapi betul-betul masa yg tak mengizinkan kami ke sana. Terakhir kali kita berjumpa sewaktu saya sekeluarga dtg beraya ke rumah mak mertua Qin di KB. Selepas itu, Qin lebih dahulu pergi menemui-Nya. Tak sempat lawatan muhibbah kami ke Bangi berbalas.. Banyak lagi pengalaman yg ingin dikongsi dgn Qin..

Air mata menitis lagi. Kita pernah bercakap tentang lagu 'Andainya Aku pergi Dulu-Alleycats'. Saya yg beritahu Qin betapa lagu itu benar-benar menyentuh hati saya. Kita pernah berbincang secara terperinci lirik lagu itu. Tapi sekadar untuk menghiburkan hati. Bicara kita selalunya tentang wanita dan cinta, tentang anak, tentang cita-cita dan masa depan..dan semua yg berunsurkan kasih sayang..

Sebab itu pemergian Qin memberikan kesan mendalam buat diri saya. Pergi jauh meninggalkan saya, Naa, suami tercinta serta anakanda Amiir Husaini yg tabah dan juga semua yg menyayangi dan menghormati dirimu. Walaupun jauh, Qin masih kekal sebagai seorang ibu, isteri, anak, kakak, adik dan sahabat buat kita. Rindu pada Qin. Rindu saya, rindu lagi sahabat-sahabat karib Qin serta ahli keluarga Qin.

Qin sahabatku,

Sudah setahun berlalu.. Tapi kenangan-kenangan manis masih segar dalam ingatan kami semua. Betapa pemergian Qin memberi kesan kepada sahabat-sahabat Qin yg lain termasuklah diri saya. Pemergian Qin di usia semuda ini memberi keinsafan kepada kami semua betapa singkatnya hidup di dunia yg fana ini. Saya belajar menghargai apa yg saya miliki. Saya menjadikan Qin sebagai idola sewaktu ditimpa ujian bahagia mahupun sewaktu berduka. Saya belajar bersikap berlapang dada dan belajar bagaimana menjadi insan yg menyayangi insan lain. Ingin menjadi seperti Qin, gembira selalu.. Supaya sewaktu kita dipanggil pergi menemui Nya, kita redha dgn apa yg telah Allah beri kpd kita. Seperti Qin, pergi Qin diredhai suami, mak dan ayah, saudara mara dan sahabat handai.. In my entire life, you're the most beautiful Malaysian muslimah I ever know..
Sekian nukilan dari saya. Semoga diri Qin berbahagia di sana..
Al-fatihah..
Nor'Ashiqin a.k.a Nora, Shiqin, Qin & Nuun..
Salam sayang,
Zaza..
Kota Bharu
Tahun Baru 2006

0 comments: