Alhamdulillah. Hasif skrg sudah sepenuhnya diceraikan dgn susu ibu. Sejak selepas raya puasa lepas, sewaktu umur Hasif 18 bulan. Waktu belum betul-betul berjaya weaning Hasif ke botol, pening kepala juga. Tanya petua dari kwn-kwn tapi tak pulak saya buat. Sbbnya tak sampai hati. Antara petuanya, letak minyak angin, letak asam jawa laa, bwg putih la.. Rasa kesian kat Hasif. Lepas tu berpakat dgn Dede (bibik), malam Hasif tido dgn dia. Tapi tak boleh jugak. Mmg Hasif mencari. Dan saya pulak tak boleh tidur bila Hasif takde kat sebelah. Alhamdulillah, bermula Ramadhan baru-baru ni, waktu siang Hasif berjaya minum botol. Memang susu kurang di siang hari dan Hasif dgn sendirinya tak mencari-cari. Saya start dgn Sustagen Vanilla, sbb Hasif rejects Enfagrow. Mcm-mcm susu yg kami cuba utk Hasif sejak dari dia baby lagi. Snow, Enfa, etc. Tapi mmg dia teramatla susah terima botol. Namun, saya bersyukur sbb dpt beri susu badan kat Hasif Wajdi sehingga dia berumur 1 1/2 tahun.
Terkenangkan malam-malam sewaktu training Hasif minum botol, aduhai.. Rasa perit. Ditambah pula dgn eczema dia.. Bila dia start meragam, si Kakak juga naik angin sama. Kadang2 dgn Abah dia sekali. hehe. Skrg baru tahu/rasa sendiri bagaimana susahnye Ibu mengasuh/mendidik/membesarkan kami adik beradik. (haa..tahu takpe..) Dan Ibu juga pernah berkata, "sorg takpe lagi.. lebih sorg..baru tahu.." Dan ayat tu menjadi ayat favourite saya kpd kwn2 yg baru masuk 2 org anak.hehe.
Cara utk 'melupakan' Hasif dgn susu Mama, malam sebelum tido, make sure dia kenyang. Lebih kurang pukul 10 mlm, bagi dia minum susu botol terlebih dahulu. Malam nak tido, dia akan cuma meragam sbb gatal2 je.. (maybe la..hehe.. saya tahu la.. saya kan mak dia). Kdg-kdg, Abah dia yg dodoikan.. kalau Abah yg dodoi, dia meragam sekejap je (kecuali, time Abah give-up dan kembalikan duty kat Mama pulak). huhu.. Alhamdulillah, sejak masuk tahun baru 2006 ni, Hasif dan Kakak Hanan boleh lelap dgn baik. Dah kurang meragam. Mcm yg Cik (my MIL) ckp, "lama-lama nanti tak apa lah..". Hmm.. 'lama-lama' yg bukan sekejap.. mmg ambik masa..
Rasanya Hasif masih rindukan 'saat-saat itu'. Pantang gurau mesra/baring bersebelahan dgn dia, jap lagi mesti dia tanya "syusyu..?" :) Ada waktu-waktu yg membuatkan dia teringat, dan dia pasti akan tanya/mintak.. Saya cuma cakap.. "sudah HA-...?" dan dia akan jawab,"..-BISS..!" hehhe..
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment