2007 dah nak sampai penghujung. Cepatnya masa berlalu.
Gestasi ke-3 saya ini sudah masuk minggu ke 29. Si kecil ini sgt aktif. Yg paling disukainya ialah menendang pundi kencing saya. Kedudukan dia sekarang masih menyongsang. Melintang. Insya Allah, 4 minggu lagi orientasi kepalanya akan menghala ke bawah.
Kakak dan Abang semakin hari semakin nampak sebaya. Kakak semakin diam, Abang semakin cakap byk. Kakak jangkakan adik baru 'girl' dan Abang pula meramalkan 'boy'. Hanan dah siap membayangkan yg Mama akan pakaikan adik dgn baju gaun.. sepertimana dia yg selalu berangan nak jadi 'princess'. Mungkin ramalan Hanan betul. Perasaan saya skrg byk persamaan dgn perasaan sewaktu mengandungkan Hanan. Dgn muka yg berjerawatnya. Hormon saya semasa hamil bayi perempuan berbeza dgn hormon hamil bayi lelaki. Hamil perempuan, saya mabuk/muntah-muntah sblh ptg (awal trimester). Hamil perempuan, saya merasakan saya kurang menarik disebabkan jerawat. Saya juga sgt suka akan warna-warna feminin, berbanding biru atau hijau. Saya merasa lebih yakin dgn warna PINK.
Pernah dgr tak kata org, setiap kehamilan kita berbeza kerana setiap anak miliki perwatakan yg berbeza? Itu pun betul. Mengandung sulung saya manja dan suka menangis. (Mungkin ketika itu masih berdua-duaan ditambah pula sedang dlm proses berkenal-kenalan..hehe. Lagipun masih menganggur. Terperuk di rumah). Mengandung kali ke-2, saya sudah berkerja di UIA. Kali ni, saya lebih yakin dgn penampilan diri. Muka tak berjerawat. Saya juga lebih kuat semangat. Mengandung kali ni, hmm.. saya ketagihan menguyah ais. Hehe. Sensitif sedikit (sama sewaktu kali pertama dulu, cuma tak mudah menangis). Saya sgt tidak rajin utk masak. Inilah masalahnya.
Persamaan dlm setiap kehamilan saya ialah mengalami masalah kekurangan hemoglobin dlm darah dan juga kurang berat badan di awal trimester ke-2 (kerana berpuasa bulan Ramadhan). Komplikasi semasa hamil Alhamdulillah, tiada yg berisiko tinggi kecuali jangkitan 'Group B Streptococcus' dan kontraksi pra-matang. Sewaktu minggu ke-34 gestasi ke-2, saya dimasukkan ke wad dan diberi cuti rehat 2 minggu. Kali ni, pun ada semasa minggu ke-24 yg lepas tapi ok slps berehat. Bakteria tersebut yg mungkin menjadi pencetus kontraksi pra-matang. Mungkin kurang rehat. Kedua-dua kali kontraksi ni terjadi selepas saya pulang dari 'outstation' ke KL.
Apapun, pengetahuan tentang kehamilan penting utk kita sepanjang tempoh 9 bulan ni. Sesungguhnya, praktikal membesarkan anak-anak itu yg mencabar. Dari mula lahir sampai umurnya mencecah 2 tahun, kita diuji dgn sakit tangis mereka. Dah cecah 2 tahun ke atas, diuji pula dgn nakal mereka. Tapi penat lelah terubat bila tgk mereka membesar dgn sihat dan gembira. Mcm kat bwh ni..
Mei 2004
Raya 2004
Disember 2006
Mei 2007
September 2007
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment