Masa bekerja: 8 pg-5ptg (Isnin-Jumaat)
Bilangan anak: 3
Bilangan kereta: 1
Bibik@Pembantu rumah: Tiada
Hari Sabtu dan Ahad ialah sepatutnya hari utk memerap di rumah, namun pd hari minggu ini jugalah, hari utk membeli-belah keperluan rumah utk minggu yg akan dtg dan juga hari bersama keluarga besar kami.
Untuk kami sekeluarga, buat masa ini, saya dan suami menetapkan, cuma salah satu hari (samada Sabtu atau Ahad) dipilih utk 'outing'. Kalau Sabtu sudah 'outing', maka Ahad, mesti duduk di rumah sahaja i.e: selesaikan kain baju dan cuci rumah.
Aktiviti hari 'outing' pula ialah;
Pagi: PASAR (biasanya suami saya je yg ke pasar sbb kami tak akan bawak 3 org anak bersama)
Tgh hari: MASAK MAKANAN UTAMA * (susah nak perincikan maksud MAKANAN UTAMA)
Petang: JALAN-JALAN (sama ada rumah 'parents' atau 'bersenam' di MegaMall Kuantan)
Sekiranya kedua-dua hari itu sudah dipenuhi dgn aktiviti keluarga Tok Sira (keluarga mentua) atau Alor Akar (keluarga saya), maka kelam-kabutlah sikit bila tak sempat beli barang rumah. Tugas saya biasanya membuat senarai barang utk dibeli. Sejak beranak 3 ni, saya tak kisah utk tidak bersama-sama membeli belah. Suami saya skrg, ALhamdulillah, sudah 'bertambah cekap' dlm membeli barang-barang tersebut terutamanya lauk-pauk basah dr pasar.
Begitulah kami yg masih lagi sedang menyesuaikan diri membina keluarga. Hanan (5) dan Hasif (4) sedikit sebanyak sudah boleh menguruskan diri (dgn seliaan Mama dan Abah). Baby Iman sajalah yg perlukan lebih perhatian. Dia pun mujurlah tak banyak ragam. Atau mungkin juga masih belum menunjukkan 'belang'. Insya Allah.. HUSNA bererti 'yang paling baik', jadi Mama doakan Nur Iman Husna sebaik nama yg diberi :)
Satu pagi di hari minggu:
H: Saya nak ke kedai petang nanti. Buatlah 'list' barang. Tolong tulis sekali spray tayar kereta
M: OK (sambil tulis 'shorthand': TAYAR KETE)
Petang balik dr kedai:
H: Saya tak beli pun spray tayar kereta sbb saya ingatkan TAYAR KETE tu awak maksudkan benda lain.
M: Laa.. saya tulis ringkasan je tu sbg 'klu' je. Habis awak beli apa?
H: Saya beli DONAT SEGERA.
M: (rasa nak tergolek)
0 comments:
Post a Comment