Malam td tertengok 1 rancangan di astro RIA. Certa Artis Malaysia (C.A.M). Episod kali ni, ialah berkenaan 'artis pan asia' i.e. Sofea Jane, Ramona Rahman, Maya Karin, Diana Danielle, Deanna Yusof etc. Yg diwawancara ialah Sofea Jane dan Diana Danielle. Antara kupasannya ialah berkenaan bagaimanakah artis-artis pan asia ni (atau bahasa lainnya ialah 'mix' atau kacukan) berdepan dgn cabaran dlm membawa watak gadis Melayu. Sofea Jane cerita bagaimana waktu zaman sekolah dulu dia diejek dgn gelaran 'celup' dsb. Bukan mudah jd artis katanya. Setakat cantik tak memadai kalau tiada bakat (saya setuju). Sepanjang karier beliau dlm bidang seni, watak zaleha dlm 'Perempuan, Isteri, dan ...' adalah antara yg paling memberi impak. Semua org pun tahu betapa 'daring' nya filem itu. Dan menurut Sofea, beliau terpaksa 'diwarnakan' sbb nak suruh nampak Melayu. SSebenarnya,kalau tak digelapkan pun, watak Zaleha tetap juga menjadi. Tapi ada kesan diwarnakan sebegitu sebenarnya juga sesuai, nak bagi nampak betapa 'keruh' dan tiada 'nur' nya perempuan seperti Zaleha itu. Jd, bukan mudah nak jd Melayu tulen. Kata suami saya, sgtlah 'tak aci' model-model Malaysia pd majalah, pengacara-pengacara TV, kebanyakannya berdarah campur. Tak mencerminkan Malaysia. Dalam hati saya,la...awak pun tak asli juga..dah realiti mereka itu cantik, sudah tentu layak utk keluar dlm majalah dan TV. Wah.. stigma! Kesiannya..Itulah yg dikatakan kontroversi bg artis-artis ini nak bw watak gadis Melayu. Pd saya.. tak menjadi hal pun. Sebabnya skrg dah ramai org berdarah campur. Sofea Jane dlm IC sudah tentu berbangsa Melayu. Apa yg nak kecoh. Anggaplah beliau artis Melayu yg cantik. hehe. Keluarga kami sendiri pun dah tak asli Melayu nya. Lebih-lebih lagi sebelah keluarga mentua i.e suami saya. Dia sendiri pernah beberapa kali org bertanya nak memastikan yg dia bukan 'orang luar'. Atendan pam minyak di Shell (rasanya Bangla) pun pernah tegur dia tanya 'where are you from?' (mungkin kelihatan seperti saudara dia). Hendak dijejak spesis Melayu asli di mukabumi Malaysia ini, mungkin bolehlah kita dapati di perkampungan orang asli. Artis Melayu yg asalnya asli rupa paras pula, sibuk nak buat perubahan wajah nak bg nmpk lawa, secantik yg pan Asian. Pelik bagi mereka yg merasa ragu, asli atau tidak utk artis itu membawakan watak Melayu, padahal sesetengah mereka pula menyedari yg berhidung mancung, bermata bulat, rambut ala-ala blond tu lebih cantik. Bagi saya, selagi sah warganegara, duduklah dlm negara ini aman damai. Bertuahlah kalau dapat pula status Bumiputera.
(Hasif yang kurang asli, sbb Abah dia pun tidak asli, sbb Tok Abah pun sama, sbb ayah Tok Abah pun sama.. Datuk Tok Abah pula Guriaman namanya..dtg dr Pakistan sana)
(Mama Melayu sejati. Minat lagu Melayu asli.. Sama mcm Ki.. Walau asal keturunan India mari. Bwk kapal lagi. Nasib kulit tak gelap mana.. Moyang Wan naik tongkang dari Cina.)
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment