Friday, June 13, 2008

a.K.u

Konon-konon 'entry' kali ni nak terangkan 'entry' yg sebelumnya. Harap-harap tak melencong. Kalau fokus, InsyaAllah, akan berada di paksi yg betul. Fikiran saya skrg byk bersumbat dgn macam-macam isu luar dan dalam. Isu luar berkenaan harga barang dan minyak yg melambung. Isu dalam.. berkenaan kerja saya yg ‘sgt seronok’ ini.

Semalam, saya dgr tazkirah Ustaz Md. Ali. Ustaz cerita, betapa manusia cepat betul terasa RUGI duniawi. Berebut-rebut isi minyak sbb taknak rugi RM50. Ustaz tny, siapa yg terasa RUGI sbb tak baca Al-Quran? Huhu. Betul la..
Manusia lupa, manusia alpa Manusia bersahaja,manusia leka.. Manusia berlari mengejar mimpi..Apa yang dicarinya hanya illusi

Cerita 'operate' mata dan sakit mata. Tapi operation ni tak berkaitan pun dgn sakit mata. Dah lama sakit mata. Gatal-gatal. Merah.. Keluar mcm sesuatu dr mata yg dipanggil 'foreign body'. Makin teruk lepas besalin. Rupanya dah teruk 'dry eye' saya. Mmg tak tahan berlama-lama bwh kipas, atau dlm aircond yg terlampau. 'Artificial tears' dan ubat titis mata dah jd kawan baik. Mula-mula Dr cuma 'prescribe' GenTeals ™ dgn Zaditen ® atau sblm ni Patanol®. Keduanya ini anti histamine utk rawat alergi pd mata. Hari ni saya pakai Restasis ®, ubat titis berbentuk emulsi. Ianya ‘cyclosporin drug’ utk pesakit yg mengalami masalah kekeringan mata yg teruk. Kering air mataku.. Simbolik kpd hati yg cekal? Bukan.. Tak ada simbolik-simbolik lah. Mmg mata secara semulajadi tak boleh menghasilkan air mata. Air mata palsu lah peneman ku skrg ini. Ke mana saja aku pergi, pasti ku bawa ia bersama.

Cerita operate mata, untuk makluman, bukan pasang mata palsu pula ya.. Cuma nak buang ‘papilloma’ pd kelopak mata. Lama tunggu utk operate, maklumlah teruk sgt 'dry eye'. Tapi skrg bila dah ok barulah sedap hati nak operate buang benda ni. Sikit je. Saiz: 1mm x 2mm lebih kurang..atau memang kurang. Seronok juga, merasa OT IIUM Eye Clinic dan menjadi patient pertama (kot) buang papilloma dgn Dr. Adzura. Dapat M.C 2 hari walaupun taklah teruk rasa dia. Sakit ms cucuk bius je..pd kelopak mata. Terasa ‘ngiiieeeeeeeeeeeeeeee……lu..’ gitu. Huhuh
Cerita ‘URTICARIA’. Bukan saya. Baby Iman Husna yg paling baik itu yg kena. Minggu pertama ditinggalkan di taska, Iman dpt ruam allergi yg dipanggil ‘urticaria’ atau dlm Bahasa Kelantan ‘lapar garam’ atau dlm Bahasa Malaysia.. err saya Google..byk pula yg saya jumpa: GEGATAL, KALIGATA, KELOPAK GARAM (yg ini agak sama dgn perkataan Kelantan td..), GIDU. Suspek digigit serangga yg merayap. Melihat bayi 2 bulan merah-merah seluruh tubuh dan kelihatan tersangat gatal, sungguhlah mencabar naluri keibuanku. Terdapat beberapa kemungkinan lain yg menjadi penyebab simptom ini iaitu ubatan, bhn kimia seperti sabun, hama di udara dan juga makanan. Selepas 2 hari, Iman okey. Mkn ubat anti histamine dan Dr Aung Klinik Kulit HTAA, prescribe berbekas-bekas krim sapu dan minyak zaitun. Iman pun mcm Hasif juga. Eczema.

Itu je la dulu update pasal penyakit yg telah saya lalui. Isk2. Org lain lagi hebat. Ceria, gembira, kerja tip top dan hip hop.. Tiba-tiba didiagnos penyakit usus lah, kanser payu dara lah. Yg pasti, tentu ada hikmahnya. Allah uji utk mereka yg boleh hadapi.

0 comments: