Wednesday, June 04, 2008

balik kampung

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik kampung sempena kenduri kahwin sepupu sebelah mak saya (MHI). Kami bertolak ke Besut pd hari Jumaat dan kembali ke Kuantan pd hari Ahad. Dah lama tak balik sejak raya baru ni. Inilah kali pertama Nur Iman Husna 'travel' jauh. Dan dia tersangatlah baik. Menangis ms bermasalah dgn perut je. (Sbb dia pny 'pattern' berak seminggu satu kali shj.. iaitu ms hjg minggu sbb Mama ada.. huhuh)

Semua ada kat Besut. Seronok dpt berkumpul. Masa raya, tak pernah dpt kumpulkan kesemua keluarga. Artis ada. Mat salleh ada. Yang tak artis dan yg tak mat salleh pun ada.

Iman ok je walaupun cuaca panas, org ramai.. bergilir tangan nak pegang Iman yg 'kecik beleh'. Mmg betul Iman ni kecik, tak se'tough' Hanan dan se'chubby' Hasif ms umur 4 bulan.

Hanan ok pd hari pertama sampai je. Bila dah makin ramai org kat rumah Unyang, dia terus jd 'anxious'. Susah bg dia nak 'adapt' dgn kekepohan saudara mara yg suka sakat-sakat, usik-usik. Maklumlah, dia terlalu byk gen Cik (mak mertua) yg lemah lembut dan tertib penuh bersopan itu.

Hasif 'no problem'. Asal jgn kacau dia dgn keasyikan kereta dia sudah. Sakatlah mcmmana pun, dia no hal sbb sbnrnya dia 'BLUR'. Duduk di Besut, dia kenyang 24jam. Dalam ke'blur'an dia, dia agak 'particular' bila org panggil nama dia HASIH... (slanga pantai timur..). Tapi segera dia perbetulkan.. "Bukan HASIH.. HASIF.. Ada 'F'!" Sejak pd itu, bila org tanya nama, dia siap eja "H.A.S.I.F". "Lagi..? Nama Abah apa?" "Err.. W.A.F.A...", dan dia terus eja merepek-repek.

Hari Sabtu kami ke KB, kononnya nak melawat nenek Abah (Mok Aji). Tapi Mok Aji tiada di rumah. Ke KL lagi! Kemudian, nak lah pula melawat Maksu Dah di Pasir Kota, pun tiada di rumah sbb dia ke kenduri kawin. Jdnya, kami pun pergilah melawat KB Mall yg sgtlah dirindui. hehe. Hmm.. Nak melawat Cikna di kedai opto, takut melanggar etika. hehe. Akhirnya, ptg pukul 5, kami pun balik.

Hari Ahad, belum pun selesai kenduri, kami meminta diri utk bertolak ke Kuantan. Walaupun dah siap ambil cuti hari Isnin, tapi memandangkan kat rumah akan bertimbunlah kain baju dan habuk, maka kami kena balik takut tak terbuat kerja-kerja tu. Bulan Ogos Insya Allah, balik lagi. Nak join rombongan cik kiah gi pinang anak dara org di Melor, Kelantan. Papalong dah tua dan dah gatal nak kawin. hehe. Jumpa lagi org Besut (dan org KB).

0 comments: