Monday, August 18, 2008

cerita kali pertama..

Aunty Sham a.k.a awek Hasif yg ‘tag’.

Naik kapal terbang
Yang pernah ku ingati (sbb ada dlm album) adalah pd tahun 1984 masa umur 5 tahun. Masa tu bersama Ayah, Ibu, Kakak dan arwah Bapak ke Sabah. Ibu tgh bawa Nasrul (Papalong) dlm perut. Mungkin sebelum-sebelumnya juga pernah sbb sebelum pindah ke Kelantan, saya duduk di Penang dan mungkin pernah ‘travel’ dari Penang ke KB. Tapi tak sure kena tanya Ibu.

Melahirkan zuriat
Pada pagi Isnin 21 April 2003, di Hospital Daerah Pekan, anak sulung iaitu Nurhanan Safiya. Trauma kena jahit tanpa ubat bius. Alhamdulillah utk kali ke-2 dan ke-3, proses kelahiran tak begitu menyakitkan berbanding pengalaman kali pertama. Waktu Hasif sbb bius, waktu Iman tak perlu episiotomy. Jd, tiada jahit-jahit. Hehe.

Pegi 'oversea'
Betul-betul punya ‘oversea’ saya ‘over South China Sea’ je la masa pergi Sabah tu le. Kalau betul-betul ke luar negara, saya takde. Saya cuma ‘over river’. Ke Thailand pd tahun 1996.

Berjauhan dari family
Zaman-zaman ‘jiwa kacau’ dulu, saya mmg tak sabar nak duduk jauh dari keluarga. Hehe. Adik-adik masa tu masih kecil-kecil.. Suka cari fasal dan saya pula akak yg garang. Selalu bergaduh dgn Nasrul. Acik, Ateh pula suka kacau barang-barang. Cuma CikSu je yg disayangi waktu itu. Itu pun bila Kakak saya balik, semua perhatian tertumpu kpd dia. Org tak pernah merindui saya. Jadi apabila kali pertama berjauhan semasa di matrikulasi dan masa belajar di UKM, barulah terasa dirindu dan saya juga merindui mereka. Sejak itu, kami makin sayang-menyayang.. Hari ni, walaupun dekat, saya tetap memilih utk tinggal berasingan.. Distance makes the heart grows fonder kan..

Rasa diri gemuk
Yang ini bukan rasa-rasa dah. Memang hakikat. Saya gemuk sehinggakan kawan-kawan panggil saya ‘montel’. Berat maksimum yg pernah dicatat ialah 62 kg. Lebih berat daripada waktu mengandung 9 bulan pada masa kini. Badan mula naik sejak Form 3. Naik-turun tapi paling gemuk ialah semasa tahun kedua di UKM. Tapi bila masuk semester akhir pada tahun 2000, berat menyusut. Sehingga sekarang. LESTARI.

Kerja
Pengalaman bekerja kali pertama ialah sebagai Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) di Sekolah Teknik Seri Pelindung. Sejak itu saya trauma utk meneruskan profesion perguruan.

Bercinta
Isk. Saya tak bercinta betul-betul. Kalau org lain bercinta zaman belajar, saya ni dikira tiada. Ada seketika tp dgn org yg akhirnya kawan-kawan saya panggil dia ‘mamat psycho’. Hehe. Mmg rasa mcm masuk filem ‘thriller’.. Bhoooott… Bercinta kali pertama yg serius yg betul-betul cinta penuh restu ibu bapa ialah cinta ku dgn ‘lelaki yg bertanggungjawab ‘ itu lah..

Merasakan diri cantik
Masa bertunang. Sbb bahagianya rasa..

Tengok wayang
Lagi kelakar utk diceritakan. Dah tak ingat tahun bila. Tapi waktu tu ikut Ayah pergi ke tayangan amal HUSM kot. Filem ‘Syakilla’. Rahim Maarof dgn Kuza tu ler.. Di Lido KB. Skrg dah tak wujud. Kahkah. Lepas tu tak pernah-pernah.

Masuk hospital
Kali pertama..masa buang ‘ganglion’ atau Bahasa Kelantan nya risa, pada pergelangan tangan kanan. Waktu selepas SPM.. 2 minggu lagi nak masuk Matrikulasi di STMFP, KB. Siap kena GA. Bius tak sedarkan diri.

Nama timangan oleh org tersayang
Mama, Jaja, Ja.
Zaza atau Za biasa kawan-kawan panggil. Tapi Ayah panggil saya ‘Zaza’. ‘Kakak’ ada seseorang tu panggil. Tapi dah jarang dah dia panggil saya ‘Kakak’. Dah lama saya tak dgr. Suami saya panggil ‘Mama’ walaupun dah byk kali saya beritahu saya bukan mak dia.

Anda seorang yg..
Bangun pagi dan terus ingin bercakap dgn orang. Saya akan menjadi kurang betul kalau sehari tak jumpa dgn manusia yg berkomunikasi. Saya tegas dgn org lelaki (yg bukan suami). Saya lurus dan suka berterus terang. Saya tak pandai menipu sunat atau wajib.

Insan teristimewa
Dr. Hilmi Abdullah dan anak-anaknya.

Makanan kegemaran
Tanya Ibu.. Dia tahu..

Warna kegemaran
Warna-warni

Lagu kegemaran
Pop latino. Suka je. Tapi bukan dgr hari-hari. hehe.

Sikap yg membuatkan stress
Apabila saya terpaksa ‘berahsia’ pd sesuatu yg tak perlu menjadi rahsia.

Benda yg mesti ada dlm handbag
Selain hand phone dan purse, mesti ada pen, ubat: PCM & Claritin. WAJIB ada GenTeal (air mata palsu).

Kali terakhir menangis beria-ia
Banyak kali. Terutamanya masa tgk TV. Tapi dah lama tak tgk TV cerita sedih sbb Tuan Doktor tak suka. Yang betul-betul beria-ia bukan sbb TV ialah masa dapat tahu anak sepupu saya meninggal masa dilahirkan tahun lepas. Dah la due date sama dgn birthday saya. (Cepa, kalu mu baca ni, aku doa mu tabah.. Dan aku doa kelahiran kali kedua November nanti akan mengubati kerinduan mu pada Siti Khadijah..)

Siapa utk di tag
-tiada-

0 comments: