Awal Feb lepas Iman diserang cirit-birit. Masuk antibiotik dgn minum susu LF, akhirnya Iman sembuh. Tapi malangnya lepas keluar wad 2 minggu, dia minum semula susu lama dan cirit-birit semula. Maka sememangnya perut dia tak dapat tolerate dgn susu berlaktosa maka Dr pakar suruh sambung minum susu LF. Sebulan dia minum susu LF dan sebulan ini jualah kami berekspidisi mencari susu ini yg sgt lah limited edition ni (susu ni cuma ada tin kecil. RM30++ satu tin yg bertahan 3 hari utk Iman).
Prof Wahab (Pakar Kanak-kanak UIA) rekemen minum Enfa lps sebulan minum susu LF. Sekarang dah hampir sebulan minum susu LF dan Dr Abah beli Anmum Essential sbg susu susulan. Saya dah rasa tak sedap hati sbb yg pertama, kalau dia taknak, maka susahlah pengasuh kat taska nak melayan dia. Yg kedua, tak pasti lagi Iman ok ke tak dgn susu tu. Takut cirit semula. Prof kata Enfa berisiko rendah utk sebabkan diarrhea, kecuali baby tu mmg lactose intolerance.
Skrg ni isunya Iman tak nak minum susu lain sbb dah biasa dgn susu Mamex LF. Rasanya kena bagi dia cuba minum susu lain masa hujung minggu, waktu Mama ada kat rumah. Tin kecil Mamex LF kehabisan malam td. Pukul 6 pagi td bancuhkan susu Anmum Essential kat dia dan dia tak nak. Pukul 8 pg, taska SMS, Iman taknak minum. Saya dah boleh bygkan dia menangis-nangis. 8.50 pg lps sarapan, saya bertekad nak pergi cari susu kat Giant dgn harapan Giant dah buka pukul 9 pg.
9.07am: Sampai depan pagar Giant yg tertutup rapat. Rupanya Giant buka pukul 9.30 pg. Agh!
9.20am: Kat bandar. Depan Farmasi Lim. Pun tutup lagi. Farmasi berhampiran semuanya tutup lagi!
9.40am: Saya kat Jalan Beserah. Mencuba nasib kat kedai sensei. Parking takde. Park je kereta kat kawasan kuning pili bomba depan kedai. Tanya sensei tapi Mamex LF takde. Saya pun beli Enfalac LF sbg langkah berjaga-jaga. Tiba-tiba dtg idea..
9.45am: Saya ke Klinik Pakar Kanak-kanak Yaw. Saya berniat nak beli susu manalah tahu ada jual. Tapi dorg tak jual susu. Dan dgn menebalkan muka saya tny, ada sampel susu tak? Susu LF ada tak? Boleh mintak tak 1? Huahua... Mujurlahhhh.. ADA, MAMEX LF. Rasanya mcm nak terduduk menangis kesyukuran je kat situ.
10.00am: Saya merempit balik IM. Terus pegi taska. Iman tgh tidur.
10.15am: Merempit balik opis.
Pengajaran: Nak tukar susu, kena bagi cuba minum dulu dalam masa 24jam. Mesti standby dgn susu yg dia sedia minum takut-takut dia taknak susu baru. Dan..takdelah terpaksa redah 1 bandar cari susu yg sememangnya payah nak jumpa, limited edition. Nak pulak di awal pagi tgh kedai tak bukak lagi. Itu tak kira malam buta. hhuuhhuhuh..
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment