Thursday, April 30, 2009

saya belanja PM baru RM32.27

(wah, hari ni berjaya update lagi)

Hari ni tarikh tutup e-filing. Semalam mmg susah nak masuk e-LHDN. Dari pagi sampai petang barulah saya berjaya tandatangan dan hantar online. Kemudian, saya tny MakFiza, tak submit ke? Dia jawab, malas nak amik pot, sbb pertama, susah nak masuk (mungkin sbb halangan 'web sucurity', yg kedua, dia tak ingat kata laluan, ketiga sbb dia dah tahu dia takkan kena cukai. Saya terus nak menyibuk selepas dia bagitau En.Gebu nya mmg taksir berasingan. "Ko tetap kena submit..kang dapat surat". Di hujung nak habis waktu pejabat, saya offer perkhidmatan percuma kat MakFiza dan niat cuba utk 'hack' masuk e-filing dia. hehehe.

Istimewanya, dlm percubaan saya utk masuk ke e-borang saya sendiri, saya tersalah kata laluan. Percubaan kedua baru betul. Tapi utk MakFiza, dgn jayanya saya masuk tanpa kesilapan menggunakan kata laluan pun! Mmg saya rasa saya tahu apa kod rahsia beliau. Muahahaha! Kebetulannya, line tiba-tiba je laju. Semua tu berhikmah. Sbbnya? Sbb daripada niat suci murni nak tolong submitkan utk seorang sahabat, maka saya telah menyedari yg submission e-BE saya sbnrnya ada kesilapan! Bila masuk dan isi lagi e-borang MakFiza lah baru saya perasan yg dlm e-borang saya, saya sbnrnya tak isi pelepasan Zakat, Insuran nyawa dan KWSP! :(( Sebab tu kena RM32.27 dan dah siap pun bayar online jugak!

Hahaha. Takpelah. Afdlin Shauki pun bangga bayar cukai utk kerajaan. Apa salahnya saya belanja PM baru sempena kebaruannya dlm menjadi PM Malaysia ke-6.

(Kalau sejuta rakyat tersalah taksir mcm saya.. dah berapa RM ye.. )

lalala..

0 comments: