Friday, May 15, 2009

Happy Teacher's Day



Happy Teacher's Day (16 Mei 2009).
Esok. Tapi hari ni tadika ada buat sambutan Hari Guru. Sebagaimana yg telah saya bajet, minggu ni kena cari hadiah utk cikgu Hanan dan Hasif. Cuma beli memo pad dgn pen je utk cikgu kelas masing-masing. Oleh sebab tadika tu tadika baru, sbg utk meraikan, kami hadiahkan sepohon kayu yg daun tak berapa rimbun utk letak bwh porch. Beli RM20 kat Nursery Rasa Sayang, jalan nak ke TC. (Apa ke nama pokok pun saya tak ingat pulak Auntie tu sebut apa. Saya bukan ahli kelab pokok lagi buat masa ni). Sejuk mata memandang bila cikgu letak kat muka pintu. hehe.

Gambar kata atas tu kad hari guru yg budak berdua tu lukis sendiri. Yg nmpk lawa sikit tu sbb Mama yg touch-up Hasif punya. Pd kad utk Teacher Nadwa, Hasif lukis rumah siap dgn Astro dan aircond. Muka belakang, gambar kipas. Tu je lah modal lukisan dia. Yg kat bwh ni Hanan lukis dan kaler sendiri. Gambar Teacher Herni pergi masjid (?) hehe..

Selamat Hari Guru buat cikgu saya di Tadika St. Martin (1985), SRKZainab 2 (1986-1991), SMDAM (1992-1996), Matrikulasi STMFP (1997-98), UKM (1998-2001)..

Selamat Hari Guru juga buat Ibu, Kakak, sanak saudara saya yg bergelar cikgu.. Kawan-kawan.. Cikgu Ana, Cikgu Rose.. Dgn ucapan.. sungguh saya tabik spring dgn kalian yg rela berkorban seperti lilin yg menerangi kegelapan.. hehe. (dan saya mmg tak secekal itu utk menjadi seorg guru).

0 comments: