Wednesday, August 05, 2009

kulit baru

disebabkan terasa tertekan melihat blog yg tak sempat nak kemaskini..

maka saya ubah tema. ni tema 'baby' dari cuttestblog.com. tema baby boy la konon2nya. hari ni masuk minggu 37 barangkali. mcm-mcm yg saya rasa. bercampur baur. risau nak tinggalkan lab dan ofis pun ye juga. risau dgn iman husna yg makin byk meragam seminggu dua ni..

H1N1 dah menular di kuantan. di UIA sini pun makin ramai wajah-wajah bertopeng di mana-mana. saya tak menopengkan muka lagi sbb terasa lemas. (wear MASK and feel LeMASK). langkah berjaga-jaga yg saya ambil cuma tak makan di cafe dan jauhkan diri dari crowd. anti-sosial. heheh. anak-anak ku pun baru lepas baik demam. tp alhamdulillah, tak lama. 2-3 hari je. simptom panas badan pun 1 hari je. saya suspect jangkit dari Aisya dan Imad. tapi agak risau pula bila Aisya demam semula smlm. hmm...

yg sebenarnya pun saya sibuk dgn kerja yg nak kejar sebelum cuti bersalin. ada seminar/workshop utk di arrange, procurement/purchasing geran research Dr Lela.. projek Taq Dr lagi. dgn ISO lagi. mesin yg rosak pun tak panggil org baiki lagi.

bermula Jun, masuk Julai dan sekarang Ogos.. perut makin besar. baby makin berat. mungkin dah cecah 3.0kg pd minggu ni. next TCA dgn Dr Suhaiza pd 13/8/09. acara terkini yg penting dlm bulan Ogos ni ialah pertunangan Aunty Hanis. semoga selamat bertunangnya sampailah ke jinjang pelamin seterusnya jodoh berkekalan ke akhirat. amin.

ada gambar tak untuk di upload.. harap tak ambil ms yg lama :) sekeping dua tiga empat memadailah.
cupcake hantaran.. by Syafa

hantaran-hantaran

tghari nnt ada lunch date. dgn seseorang yg telah mencuri hatiku sepenuhnya genap 8 tahun yg lalu ;)

0 comments: