Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan ke Syawal

sementara Iyaas Hakeem ni masih belum bangun dr morning nap nya..

lama tak update sbb line broadband kat kawasan perbukitan ni bukannya stabil sgt. lampu GPRS je. cuma update kat facebook je. itu pun org duk sibuk bercucuk tanam la, berkebun la dlm facebook tu, tak boleh nak join sekaki. takde makna kalu line hampes.

mmg byk hal yg berlaku sejak masuk bulan Ramadhan ni. ujian demi ujian. namun saya bersyukur sgt saya sihat walafiat. ada lah hikmah di sebalik ujian tu. Iman Husna warded lagi awal september ni. most probably dia terkena 'croup'. upper respiratory tract infection (URTI) pd bahagian larynx dan trachea a.k.a laryngotracheitis or laryngotracheobronchitis. mmg suspen sgt di saat-saat tgh sibuk dgn H1N1 ni. kebetulan waktu aditted tu weekend yg cuti nuzul Quran tu. maka berkampunglah kami semua di Tok Sira. mcm family gathering lah pulak sbb weekend yg sama Papalong dan Mamalong balik Kuantan. (Mamalong yg mabuk sakit baby). Iman warded sehari semalam je. Alhamdulillah esoknya dah boleh keluar.. cuma kami stay sana sampai habis cuti nuzul Quran.

sepanjang pantang (cuti bersalin) dlm bulan puasa ni, saya tak duduk diam pun. kesian org yg puasa nak mkn apa kalau saya tak masuk opis di dapur tu. wati boleh masak tp indon la sikit lauknye. bulan-bulan puasa ni 'cik aban kelate' saya request gulai, kari, gulai.. saya rela je. sbb wati tak tau buat. mula-mula, saya masak sahaja. konon nye pantang la taknak makan gulai bersantan ni. tp, dah asyik tak habis-habis je lauk, terpaksala saya makan. itu pun dalam seminggu ni saya makan. (dan dah tak buat dah panggang2 tu semua). dlm ertikata lain..dah tak pantang dah makan. tension lagi ada bila tgk penuh je peti dgn bekas-bekas leftover. tapi sotong, udang saya tak makan la.. inipun sbb nak jaga 2 bijik mata saya yg mula allergic balik ni.

baru-baru ni Wan ambik Iman ke Tok Sira. mati kutu saya boring kat rumah. Iman takde rumah sgt sunyi. rasa mcm nak nangis je time boring. tak sabar nak balik keje. tapi risau pulak camne wati nak jaga budak kecik 2 org ni. buat masa ni, wati tak in charge sgt Iyaas. saya yg handle sendiri. mandi etc. lepas raya ni kena training lah. Iyaas suka mandi sbb tu tak susah. dan dia pun tak mcm Hasif dulu yg agak meliuk lentok sikit. Iyaas ni mantap dan padat. dan..berat. training botol dan EBM pun maybe mula lps raya.

Raya! memula plan tak nak balik kampung. bila semua pun balik, dan saya pun sgt sihat walafiat, tetiba je membuak-buak rasa ingin balik. Tuan Doktor yg pd mulanya tak nak buat baju melayu baru pun, tau-tau dia dah pegi beli sendiri utk dia dan Hasif. semangat raya kat kampung lah agaknya. then, baru saya sedar, saya sendiri takde baju utk dipakai. mulanya ingat nk pakai baju yg ada. tp bila test 1 ketat, 2 ketat dan byk semua ketat.. saya pun terpaksa la keluar jugak.. pakatan bersama MakFiza dan Manisz..kami keluar la semalam lps dorg habis keje. hehe. (29 hari pantang..kira pejam mata je la..hehe). bawak Iyaas sekali. Iyaas mmg suka shopping dgn Aunty Fiza dan Aunty Sham. sejak dlm perut lagi. dia diam je tido dlm kantung Bjorn yg saya beli dgn Nun (http://babykashka.com). sejarah shopping dlm masa singkat dpt jgk tangkap baju sepasang, baju kurung utk wati, kasut/stokin Iman, dan tudung. hehe

Dan hari ni sebenarnya plan nak keluar lagi. tp..Ibu dah bising-bising. opss..heheh.. okla. org tak keluar nye.. tapi sama jugak.. balik raya ni pun tak lepas 40 hari jugak lagi. tp..yelah.. kang bentan sbb tak dgr kata mak pulak :P

hehe..

ok apa pun, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua.. selamat balik kampung. semoga selamat dlm perjalanan dan dipermudahkan semua urusan.. utk MakFiza, I request laksa Pahang Opah special raya ke-4 ok tak..? utk Manisz, selamat cuci rumah..dan selamat ajak aku ke open house rumah ko. Tp lps raya ke-3. hehe..

0 comments: