Tuesday, March 09, 2010

PKSR 1 Tahun 1 Sesi 2010

"Nko obses sgt la Zaza" kata boss saya. "Baru standard 1, dah masuk tahun 4 esok baru la kena tekan sikit".

Huhuh. Mana tak risau. Dia nampak tak berapa cekap dlm Maths. Salin soalan cikgu pun lambat. 3 kali bawak balik buku maths yg tak sempat siap dan terpaksa mama call mak-mak 1 Dinamik. "Cikgu M tu suka gelakkan budak". Apa? (Untuk pengetahuan, cikgu Maths Hanan ialah seorang guru lelaki yg pd saya 'sempoi'). Kalau ditanya hari ni Maths belajar apa? Biasa jawapan Hanan "tak belajar apa-apa". Takkan lah? "cikgu M suruh buat kerja yg tak siap, siapa yg dah siap boleh buat kerja lain (mcm homework cikgu lain). Atau "Cikgu M suruh budak-budak pergi depan dan sebut nombor".. Ok...Adakah mcm gaya Cikgu Shaari.. "che gu suka main bola hari-hari che gu main bola"..??

Malam tadi saya jd cikgu tusyen. Saya tunjukkan contoh soalan objektif (jawapan ABCD). Saya tulis pd whiteboard. Soalan bentuk ayat maths. Jd mesti tulis dlm nombor dan kira. Hanan pun cakap: "eh..cikgu M pun ajar mcm mama".. Dalam hati saya ni mesti cikgu baru nak bagi contoh soalan PKSR kat budak-budak. Dan memanglah baru malam td baru nak sibuk buat latihan maths sebab jadual PKSR 1 baru saya tgk hari Ahad nya. Jadual cikgu bagi hari Jumaat. Ingatkan exam lepas cuti sekolah!

Pagi ni PKSR 1 bermula dgn subjek BM dan Agama. Kemudian ada PK- pendidikan kesihatan. Langsung tak buat revision pun. Esok (Rabu) subjek Maths dan English. Maka, malam ni pulun excercise maths lagi lah. Hanan pg td angguk je bila saya ckp mlm ni buat latihan lagi walaupun mlm td berakhir dgn deraian airmata dan esak tangis berserta teriakan. Bila nmpk dia dah tak larat, saya pun cakap: Oklah, sudah. Simpan buku. Tiba-tiba MERAUNG. Aduh..

Pagi td ke sekolah, I've tried my best bagi 'motivasi'. Dia seperti hari-hari biasa, angguk faham. No komen. Mute. Mudah-mudahan oklah semuanya.

2 comments:

manisz said...

caiyok Hanan!!

z.r.k.z said...

result PKSR 1 dah dapat! nota ini di tulis pd 26 Mac 2010.. huhuhuhuu