Wednesday, March 03, 2010

sambungan ibu tinggal- bagaimana mengawal penyakit yg melanda anak

(amboi tajuk bukan main.. penyakit yg tak serius lah ya..yg biasa-biasa je)

Bukannya niat nak cerita keluhan menjadi ibu tinggal, tapi sekadar berkongsi pengalaman. Rasanya taklah pahit pun, cumanya terasa gementar juga ke sana ke mari tanpa bonzer. Hehe. Alah, sebelum ni bukan pun berkepit 24 jam. Waktu pergi kerja pun mmg berasingan. Sorang menghala ke barat sorang ke timur. Kalau 'bahasa ibunda', sorang balik matahari jatuh, sorang balik matahari naik. hehe. Kebanyakan masa sewaktu kerja saya mmg byk dgn 'girlfriends'.


Musim batuk kini kembali. Suara pun serak-serak garau je. Cuaca panas membahang. Selang 2 minggu dapat ulcer mulut. 1st half saya mmg batuk sejak 2 minggu lepas. Tapi tak teruk mana. 2nd half saya ada batuk juga. Yg nmpk teruk ialah Iman. Malam td batuk sampai muntah. Mungkin juga sbb terlebih makan. (terlebih makan konteks Iman ialah makan dgn normal kerana kebiasaannya mmg Iman tak nak makan). Bila diimbas semula waktu umur Hanan dan Hasif sebaya dgn Iman skrg, mmg byk, mcm-mcm penyakit. Walau bagaimanapun, Iman tetap 'juara'. Diarhea sampai kena tahan wad. URTI pun melarat sampai kena nebulizer di hospital dan wad. Hanan 1-2 tahun pun ada juga episod yg menduga perasaan. Maklumlah waktu tu Mama dia naif sgt lg. Demam sampai sawan/ tarik waktu kami berdua takde di rumah. Hanan juga mempunyai masalah gigi yg senang terkena jangkitan kuman pd gusi. Hasif waktu 1-2 tahun, dugaan eczema teruk sampai jadi impetigo (kudis api). Setakat batuk selsema, Hanan dan Hasif dikategorikan sederhana tak macam Iman. Iyaas setakat hari ni nampak sihat walafiat tak termasuk masalah kulit yg mcm Hasif waktu dulu juga. Skrg nmpk ada masalah ruam lampin sedikit. Harapnya dapat dikawal. Eczema Iyaas pun terkawal. Insya Allah. (Lepas ni dah boleh graduate jd pakar kanak-kanak ;)

Penting sgt utk mengawal batuk batuk, selsema, gatal-gatal, merah-merah, atau berak-berak pd peringkat awal. Sebab semua ni mudah cenderung utk melarat sampai demam. Bila dah demam, sgt penting utk mengawal pula suhu badan. Tapi kadang-kadang kena juga ikut naluri keibuanmu. Kalau rasa 'lain mcm' semua batuk-batuk, berak-berak, gatal-gatal, merah-merah tu silalah bawa jumpa Doktor di klinik. Kalau perlu dikuarantin, eloklah jaga mereka sendiri di rumah. Kalau rasa boleh dibiasakan dgn pengasuh, lagi baik sbb takdelah sampai ganggu kerja di pejabat.

Kira entry kali ni mcm bagi 'tips' lah jugak, tapi taklah spesifik. Yg penting jgn cepat panik, jgn pula cepat sangka benda mistik!

0 comments: