Monday, April 19, 2010

amarah

lagu tema hari ni ialah.. korus lagu cik CT dgn buk kris tu.. "ku takkan tunjukkan ku amarah..kerana aku tau segala yg berlaku pasti akan berlaluu"

tgk blog yg lawa ni hampir bersawang semula je.

Saya kan, mana pernah nak cerita pasal KUSWATI, PR Indon yg bagus tu kan. Mmg tak perlu nak cerita byk pun. Buang masa je. Mula nak masuk 2010 dah nampak la dah belang, taik, semua. Dia mmg pemalas. Pemalas mandi no 1. Tak pregnant pun boleh morning sickness dibuatnya. Tapi tu tak penting sgt. Baru-baru ni dia buat gila nak balik cerai dgn laki dia. Puncanya, anak dia sakit, laki dia taknak jaga. Dah jd anak terbiar dah anak dia, kurus kering dah mcm2 lagi lah. So dia pun mmg mcm org sawan la dah. Mula-mula, dia mintak cuti seminggu. Lepas saya dah sakit dada memikirkan, saya pun izinkan lah tapi harus tunggu sehingga cuti sekolah bulan 6. Lagipun kan masa tu tgh sibuk nak masuk rumah baru. Ok lah dia terima. Tup-tup, selang sehari lps tu, dia pergi bgtau Kak Sobe selaku ustazah motivasi dia (Kak Sobe kwn se UIA dan juga jiran saya di Tmn Polo) yg dia nak berhenti. Itu ini begitu begini, cuba hubungi agen dia di Medan, Kak Isah cuma cakap sepatah: JANGAN DI BAGI BALIK. Kemudian, langsung tak dpt hubungi dia dah. Akhirnya, saya muktamad, daripada simpan org ini, baiklah hantar saja dia balik. Apa lagi dia membuat pengakuan yg dia tak suka jaga Iman. Sudahnya, saya skrg hantar Iman ke taska. Iman pun bahagia kat sana. Iyaas akan menyusul nanti.

Saya sebenarnya dah tak sabar nak hantar dia balik. Bole blah. Sakit hati duk simpan. Lagi sebulan menunggu. Tiket dah beli. Check out Memo kena tunggu sebulan dari tarikh tiket. Dan siang td saya dah pun ke imigresen sini. Geramnya bila sampai sana baru saya diberitahu kena dtg lagi sekali sbb Memo tu berkuatkuasa dlm masa sebulan dari tarikh permohonan. Tiket tu tarikhnya hujung bulan depan. Bengang sungguh ku rasai.

Penat lah marah. Bukan dapat apa pun. Oklah.. saya boleh bersabar... sabar... Apa yg berlaku pasti akan berlaluuuuuuuu..

(nanti kita cerita ttg rumah itu)

2 comments:

manisz said...

potong! potong! potong!

hehehehehe..

z.r.k.z said...

kalaulah aku kejam aku potong gaji dia.