Friday, April 30, 2010

minggu-minggu yg panjang

Seminggu dua ni sibuknya tapi entah apa disibukkan.Minggu lepas ada training dgn Dino (Eppendorf), minggu ni ada sesi pengambilan darah utk kajian hypertension. Semalam ada training dgn ChemoScience.

Hujung minggu lepas ada hi-tea party ala-ala konon-konon. Last minute planning yg akhirnya terlaksana jua demi Tuan Puteri Sulung ku yg tersayang. Kalau bukan kerana Dayang Tauke dgn Dayang Anak Tauke, rasanya tak jadi pun sampai nak mengajak kawan-kawan sekelas Hanan. Itu pun setakat jemput yg mmg rapat dgn dia (GIRLS ONLY).
(gambar pun tak sempat nak pindah ke PC).

Hasrat nak buat kenduri naik rumah InsyaAllah ada.. masa belum sesuai memandangkan Big Boss tak ada. Payah lah nak urus sorang-sorang. Kalau ada rezeki, adalah jemputan nanti.

Taktau nak cerita apa lagi. Rumah Taman Polo dah dihuni penyewa baru. Rindu juga pd Taman Polo yg redup itu. Seperkara tentang Taman Polo.. Lepas je kami pindah keluar, papan tanda baru "TAMAN POLO" yg besar pun naik.. huhuh.. selama ni.. kecikk je. Orang tak perasan. Harapan saya, satu hari nanti, akan ada traffic light kat simpang Taman Polo tu. Barulah best.

Rumah baru... masih begitu. Sempoi dan 'bergema' je. hehe. Maklum sajalah perabot dr rumah sewa dulu, mini-mini je. Nak beli perabot baruuu.. Tak urgent sgt lagi. Pada masa lapang, Hasif dan Iman akan bergembira 'drift' dgn walker Iyaas. 3 beradik yg sudah berkaki ini juga akan berlari-larian keliling living hall yg lengang. Bukan dalam rumah je lengang. Luar rumah pun. Botak je lagi. Luar pagar rumah pun lengang! Masih tak ramai jiran masuk. Sekali sekala terasa seraaamm juga. Bukan takut hantu. Tapi risau manusia hantu. Mujurlah polis peronda rajin meronda kawasan baru ni.

Selamat Hari Buruh kawan-kawan......
Selamat berhujung mingguuuu..

satu org jumpa "zaza bakpe kurus"
dua org jumpa "kenapa nampak kurus sgt"
tiga org jumpa "cengkung nya awak. tak sihat ke"

sekarang ni, saya sedang mengunyah biskut munchy's cream sandwich. dgn hasrat dpt mempertingkatkan lemak di pipi.

3 comments:

manisz said...

dayang anak cik Yah?? tk der ker??

z.r.k.z said...

Dayang anak tauke la dayang anak cikyah tu.......

manisz said...

ahahahahha.. salah paham.. ingatkan dayang tauke dgn dayang anak tauke tu lisya & biela.. ahahaahhaah..