Monday, May 10, 2010

hujung minggu tanpa Abah

Kebosanan pada hari Jumaat (cuti am negeri Pahang). Terasa nak makan sesuatu yg dah lama tak makan. Kalau tgk gambar-gambar ini, bukan makan PlayDoh ye tuan puan.. Sebab ada 'bibik baru' yg 'spikey', maka rajinlah saya nak membuat dessert Kelate yg diberi nama 'Pengat Butir Nangka'.
Lihatlah bibik (yg besar tu) yg sgt gebu juga. Bersama anak-anak saudaranya menggentel butir nangka. Warna bukan main striking. Ada biru lagi.
Maaflah ye warga Kelate kalau rupanya tak seperti yg ori. Maklum ajelah, kawe ni Kelate celup. Den kan oghang Bosut. hahaha..4 warna yg menarik kaaaann..

Sebijik, dua.. ok.. Tiga empat lima.. rasa mcm aduuhh jenuh nak telan. Mungkin sbb 1) tengah kenyang 2) besar-besar sgt chewy-chewy tak larat nak telan 3) sbb mmg tak pandai buat!! hehehehe.. Resepinya? Dia ala-ala nak buat onde-onde (buah melaka bak kata org Melaka). Cuma tak payah 'insert' gula melaka atau ore Kelate panggil 'nisse'. Kuahnya santan.... letak sikit halba, gula dan daun pandan.

Sempat hulur ke rumah ibu mertuaku. (hahaha) Entah apalah feedback yg sebenar.... Apa-apalah. First trial. Maklumlah byk mkn burger..mana nak reti buat makanan tradisional.

Hari Sabtunya, bermalasan je. Iman tak berapa sihat. Tapi rajin pulak berjalan ke ECM dgn 'bibik baru' yg 'spikey' itu. Beliau mengesyorkan masak ayam teriyaki. Entah mana asal teriyaki tu tak tahulah. Bunyik mcm Jepun. Sos teriyaki dia ambil yg lebihan dari rumah Ibu. Jadi, saya beli bahan-bahan utk perap ayam. Makan dgn nasi ala-ala nasi ayam. Perap semalaman utk makan hari Ahadnya. Bersungguh betul bibik spikey saya ni. Inilah hasilnya :)

Petang Ahad (lepas lunch), sambung lagi perap ayam lain sbb malam tu ada tetamu nak singgah dinner. Walaupun sos teriyaki dah habis, bibik saya ni perap dgn sos tiram blend dgn bawang-bawang dll.. Hasilnya.. lagi sedap dari perapan sos mahal tu... berbaloi-baloi.. Untung ada bibik gebu pandai masak ni. Tapi maintenance nak ambik dia sbg bibik mahal. Minyak kereta, duit top-up (SMS awek-awek), duit belanja awek lagi..... Aduuhh.. Sekali-sekala oklaa.. haha..

0 comments: