Itu kata-kata yg saya quote dari MakFiza yg entah mana dia quote tak tahulah. Ni yg buat rasa nak jd gebu balik ni. Walaupun saya ni skinny, saya tetap ada peminat masakan saya. Siapa lagi kalau bukan tuan doktor dan anak-anaknya kaaaaan.. Lagipun hari-hari duk belek atau sekodeng Dapur Tanpa Sempadan. :) Apa kata kali ni kita cuba semak resepi (ayat MatGebu).
Oh tapi sebelum tu, nak bagi peringatan pada yg membaca.. blog ni bukan blog masak-masak. Minta maaf pinggan utk hidangan ni cuma hadiah kawin sejak 8 tahun lalu..Menu ni khas utk org yg tengah takde stok lauk pauk basah tapi malas nak beli kat bazar ramdhan :D
Telur Dadar Gebu Bukan Mat Gebu
Bahan-bahan sempoi habis:
2 biji telur ayam
1/2 cmt garam halus
1cmb mayonis
1/2 biji tomato - potong dadu
3 cmb minyak masak
Cara membuatnya: Pukul telur bersama mayonis dan garam sehingga sekata. Panaskan minyak masak. Campurkan telur dgn tomato. Goreng bila minyak dah panas. Tutup kuali. Telur dadar ni sangat lembut dan mudah pecah.. Dengan pantas terbalikkan dan goreng sehingga keemasan (dlm kes mlm td ianya hampir kehitaman) haha..
Sup Sayur Campur Lagi 10 Minit Nak Berbuka
Bahan-bahan
1 biji tauhu lembut
1/2 mangkuk chicken ball (atau fish ball)
2-3 batang sawi
1/2 btg carrot
3/4 biji kobis- saya letak sikit je
1 paket kecil soo hoon
2 mangkuk air
1 1/ cmt stok ayam (serbuk)
1 cmt serbuk lada sulah
(tak letak bawang sbb nak sesuaikan dgn nama resipi ni heheh)
Cara membuat yg sangat sempoinya: Rebus carrot dan ball-ball dlm air hingga separuh empuk (air mendidih). Masukan stok ayam. Masukkan kobis seketika kemudian diilkuti tauhu dan akhir sekali sawi. Tabur lada sulah, perasakan dgn garam sedikit. Bila dah letak sawi tu jgn biar rebus lama nanti over cooked. Siap.
Tu je yg sempat masuk.. Ok..selamat mencuba (ayat Mat Gebu lagi.. siap format 'N3' pun mcm Mat Gebu).
Entri kali ni di tulis kerana mengantuk akibat kesan sampingan dadah :D
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
3 comments:
oh wow.. adik2 aku suka sgt masak telur letak mayonis nie.. mmg sgt2 gebu dan haruuummmmm..
aku baru je discover dlm discovery channel hehe.. tgk iklan :P
aritu ada kuar iklan kat tv3 tuh.. iklan yg sheila rusly dgn mayonis tu ha.. dia wat telur tu lahhh.. hehehehe..
Post a Comment