Monday, January 31, 2011

'follower'

Apa dia 'follower' tu?
Pada saya, jawapan mudahnya 'peminat'. Pada blog ini ada 11 follower. Tapi bila dilihat dgn betul... sebenarnya cuma 5. 6 termasuk diri sendiri.. Rupanya p'eminat-peminat' saya ni ter'follow' lebih dari sekali :)

Pada sesetengah blogger, mereka berusaha keras utk mencari follower. Mereka dgn mudahnya meninggalkan link blog masing-masing di ruangan chatters berserta nota "follow my blog". Pada saya, ianya tidak begitu berhemah. Untuk blog yang menyampaikan sumber berbentuk informasi, ilmu, anda tak perlu untuk buat seperti itu. Jadi berusahalah menjadi blogger yg diminati kerana memiliki ruangan ilmu perkongsian yang menarik.

Saya pun 'follower' kepada blog-blog tertentu.
Saya juga 'follower' kepada perjalanan hidup bergelar seorang wanita yg bergelar isteri dan ibu yg berkerjaya..
Saya 'follower' yg setia kepada supervisor di tempat kerja saya, serta  'follower' yg jujur pada peraturan yg majikan saya senaraikan.. Saya 'follower' yg saya anggap amanah ke atas segala kepercayaan yg diberikan.

Apakah kepentingan menjadi follower utk semua tu.. cuma ikut-ikut saja.. Saya merasakan saya perlu jadi lebih dari tu.. Saya mesti jadi 'follower' yg ada manfaat pada diri saya, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.. Namun saya tidak boleh menyimpang pd landasan yg telah ditetapkan.. tidak boleh lari dari pesanan nabi yg diutuskan Tuhan saya. Saya mesti berusaha menjadi manusia yg lebih baik.

Semoga Allah tunjukkan jalan mana yg terbaik buat saya... Saya ingin bahagia dunia dan akhirat.. InsyaAllah.




2 comments:

manisz said...

saya juga ingin bahagia di dunia dan akhirat.. INsyaAllah..

Anonymous said...

i follow..sinar fm..