Buku lagi. Ia khatam dalam masa 1 hari, 1 malam.
Ia bagaikan seperti magis bila sekali lagi berjaya khatam sebuah buku travelog. Allah mendengar permintaan saya supaya berkehendak dlm membaca buku serta bahan ilmiah. Alhamdulilllah..
"Travelog Cinta Abadi" oleh Roza Roslan. Sangkaan awal saya ia sebuah buku perihal pencarian cinta Allah.. Rupanya lebih dari itu. Ia turut membawa saya mengimbau kenangan-kenangan yg saya lalui sewaktu kecil hingga meningkat ke alam remaja. Terasa di dalam benak fikiran bermain-main 'video' saya dan orang-orang sekitar saya.
Krisis dan konflik dalam diri Roza Roslan hampir seperti saya.. 'Second Child Syndrome' kata orang psikologi. Saya adalah anak kedua dari enam beradik. Kakak sulung saya sejak sekolah menengah sampai ke menara gading sentiasa di asrama, meninggalkan saya yg anak perempuan paling tua, yg paling dekat dgn adik-adik kecil yg nakal. Orang yg paling utama dipersalahkan sekiranya terjadi sesuatu yg tak patut terjadi ke atas mereka semua.. Juga menjadi orang yg paling hampir dgn leteran Ibu akibat malas belajar dan malas membantu di dapur..
Namun semua tu dah berlalu, ilmu dari pengalaman itu tak dapat saya gambarkan seindah Roza Roslan. Saya biarkan 'video-video' bermain di dalam kepala.. Terlintas video yg lucu, saya tersenyum.. Video kenangan arwah Bapak dan Wo.. membuatkan hati berasa rindu.. :) Ya Allah rindunya pada kampung halaman di Besut.. dan rumah lama di KB..
InsyaAllah, andai ada waktu, saya kembali mencoretkan catatan di sini..
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
1 comments:
2 naskhah yg saya beli,
kedua-duanya dijadikan hadiah hari lahir buat si gadis Januarian..
Post a Comment