Tahun 2011 ialah tahun pertambahan ahli keluarga. 3 disebelah suami, 1 sebelah saya. Berderet cucu mak mertua saya. Hanis selamat melahirkan baby girl 2.88kg pd 20 Mei 2011. Bakal menyusul nanti, Haidar. dijangka bulan Julai, dan Haira pula Ogos. Kesemuanya baby girl kalau betul jangkaannya.
Terimbau kenangan berpantang 4 kali sejak tahun 8 tahun lepas. Bermula tahun 2003, 2004 kemudian 2008 dan 2009. Bilangan tu benar-benar menambah dan memantapkan pengalaman hidup.
Pengalaman yg pertama, tidak dpt dinafikan mmg sukar. Maklumlah anak pertama. Di rumah mertua pula tu. Bulan April 2003, bermula kemarau (macam cuaca skrg). Panas. Baby Hanan byk merengek. Setahun kemudian saya mengambil keputusan berpantang di rumah mak sendiri, lagipun waktu tu kami ada Bibik. Alhamdulillah, anak kedua rasanya lebih cekap berpantang dan menguruskan diri. Cuma satu saja.. dugaannya ialah Ibu dan Ayah (tuan rumah) tiada di rumah. Saya pula yg terpaksa jd ketua rumah sbb waktu tu ditimpa kesusahan.. Ayah Aisya pergi tak pulang-pulang.. Pengalaman anak ke-3, lebih-lebih mudah lagi rasanya. Alhamdulillah. Baby Iman tak byk ragamnya. Baby Iyaas, berpantang sepenuhnya di rumah sendiri. Waktu itu pun ada Bibik. Baby Iyaas ada juga merengek rasanya sebab eczema. Kesian anak Mama.
Saya seorang yg cuba berdisiplin dgn betul dlm hal berpantang. Terutama bab bertungku dan berbarut perut. Sebolehnya bertungku 2 kali sehari selama paling kurang 30 hari. Jadual saya adalah seperti berikut:
6 - 7 pagi: Susu badan, tidurkan baby.. mandi pagi
7-8 pagi: Bertungku.. barut perut
8-9 pagi: Makan pagi, susu badan
9-10 pagi: Mandikan baby, susu badan, rehat
10-12 tghri: Acara baby, dan acara2 lain :)
12-1 tghri: Makan tghari
2-6 ptg: Acara baby dan acara2 lain
6-7 ptg: Mandi petang dan mandikan baby, susu badan, tidurkan baby semula
7-8 mlm: Bertungku, barut perut
8 mlm: Makan malam
9-10 mlm: Acara baby dan acara2 lain
11 mlm: Tidur... dan berjaga malam lagi :)
Saya pastikan saya barut perut sebelum makan. Tak elok makan lewat waktu. Lagipun mmg patut jaga pemakanan utk penghasilan susu badan yg baik. Ramai juga yg bertanya apa rahsia badan langsing (tapi kering) walaupun dah 4 kali beranak. Jawapan saya.. berpantang dgn betul :P hehe.
Produk tradisional yg saya ambil setiap kali lepas bersalin cuma satu yg sama. Iaitu Set Bersalin Wan Noor Tradisi. Sememangnya tradisi turun temurun yg saya teladani mak mertua saya (ecewah) sejak melahirkan anak sulung (iaitu Encik Abang) dan seterusnya sampailah 6 orang anaknya! Setianya... Alhamdulillah, mmg testimoni dari saya, perut cepat kempis.. 'Strectmarks' pun takde. Mungkin ubat barut Wan Noor tu mujarab dgn badan saya. Ubat yg paling tak disukai sbb sangat comot dan busuk... Kan yg paling 'pahit' itulah yg mujarab... Ubat ni disapu pd perut selepas dibancuh dgn perahan limau nipis. Bau dia mcm rempah ratus kedai india, dan ianya sangat berpasir bila kering (dan gatal!). Perut kemudiannya dibarut dgn kain barut (bukan bengkung). Bila ubatnya kering bolehlah dibuka barut itu, cuci semula bahagian perut yg disapu, kemudian boleh lah sapu minyak panas dan barut semula. Tempoh pemakaian cuma 10 hari sahaja. 2 kali sehari. Dah habis ubat tu, boleh lah sekadar sapu minyak panas. Minyak panas Wan Noor agak panas pd kulit saya, jd saya campur dgn minyak Mestika.
Produk lain dalam Set Bersalin Wan Noor ialah seperti kapsul jamu herba 3 jenis (sudah lupa namanya), bedak lulur, 'teh ubat sarat' utk baby (utk perut baby? saya pun tak pasti sbb tak berani nak beri minum baby :P).. Antara khasiat jamu herba Wan Noor ialah membantu penghasilan susu badan.
Saya mmg bersemangat bila bercerita tentang berpantang. Siap berangan nak jadi 'confinement lady' jika diizinkan.. ;) Manalah tau kan.. Zaman sekarang susah nak cari. Tengok-tengok, cakap-cakap kosong nak berhenti kerja jadi penjual jamu boleh jadi kenyataan... hahaha. Kalaulah ada orang nak ajar saya teknik berurut wanita.. teringin juga saya nak mencuba. hehe.
Saya terfikir nak menanam pokok serai wangi, pokok mengkudu dan beberapa jenis pokok berdaun yg lain yg mak mertua saya rebus utk dijadikan air mandian ibu lepas bersalin. hehe. Pokok daun pandan mmg sudah ada. Air rebusan daun-daun ini, saya guna selama 3 hari. Baunya mmg harum. 'Refreshing' kata orang putih.
Akhir kata, kesusahan dan kepayahan sepanjang tempoh berpantang, menjadikan kita bertambah ilmu di dada. Jika diambil semua dugaan saat lepas bersalin sebagai sesuatu yg positif, kita akan menjadi seorang yg mempunyai banyak tips untuk dikongsi bersama. Bukan setakat pengalaman lepas bersalin sahaja tapi untuk semua aspek kehidupan. Jadi, nikmatilah...dan rasai keseronokannya!
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment