Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

chicky poxy wajdy

lokasi: rumah

percutian yg dlm keterpaksaan. menemani anak yg M.C. hasif diserang virus varicella a.k.a chicken pox..
nak tahu apa itu chicken pox?

How did chickenpox get its name? - Martha
The name chickenpox has been around for centuries, and there are a number of theories as to how it got its name. One is that chickenpox got its name from the blisters that are seen with the illness. These red spots — which are about 1/5 inch to 2/5 inch (5mm to 10mm) wide — were once thought to look like chickpeas, which in Latin are known as cicer. Another theory is that the rash of chickenpox looks like the peck marks caused by a chicken. But, in case you were wondering, chickenpox can't be caught from a chicken!


(komen: rupanya begitu! ianya jelas tidak berkaitan dgn ayam walaupun mmg ada yg tersasul menmanggilnya 'chicken chop'! :D)

apakah nama chicken pox dlm bahasa melayu?

jawapan: nama yg jarang digunakan.. CACAR AIR.

Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.

Pengidap cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


(komen: hasif tak demam, tapi beberapa malam sebelum bintik-bintik keluar, dia muntah)

Komplikasi
Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
* Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

(komen: na'uzubillah.. InsyaAllah.. terkawal)

Rawatan Ubatan anti-viral
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat cacar air. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat cacar air. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral pada peringkat awal penyakit terutamanya mereka yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV/AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat cacar air seperti radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.


(komen: Hasif tak diberikan kedua-dua rawatan di atas.. Dr ckp, biar antibodi badan Hasif terbina secara semula jadi )


Rawatan di rumah
* Sapu losyen calamine
* Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
* Panadol untuk demam


(komen: ye, cuma ubatan di atas saja yg diberi kpd Hasif. petua lain seperti minum air kelapa muda.. Hasif tak suka minum rupanya!. mandi dgn air daun mambu.. belum cuba lagi. elakkan makan makanan gatal seperti telur.. InsyaAllah.. walaupun lauk kegemaran, Hasif mengawal diri)


Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian di bawah umur 13 tahun sebanyak 1 dos, manakala selepas umur 13 tahun ialah sebanyak 2 dos (selang masa 4 - 8 minggu antara dos 1 dengan dos 2). Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1 - 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada cacar air.


(komen: pada saya, lebih baik ketahanan badan tu wujud secara semula jadi.. ada hikmah disebalik penyakit yg Allah berikan ini.. )
hari ke-2

hari ke-3

lunch Hasif - tidak menagndungi bahan yg gatal :)

hari ke-4
hari ke-5 (terkini 31/3/11)



Wednesday, August 18, 2010

lantas tiba-tiba..

Hari ni saya pakai spek yg baru siap tempah semalam. Bukan nak cerita tentang spek sementelah ianya telah memokaikan akak dgn tersangat amat (terus potong bajet utk raya..dan raya dan raya aghh!!).. Saya pakai dari pagi sebelum keluar rumah. Duduk menghadap PC dgn agak lama. Berhenti seketika utk gosok mata yg ala-ala perit dan saya cabut spek ni. Sekali bila buka, terasa mata berdenyut-denyut. Namun, akak wat tak tau je. Jalan ke arah bilik printer. Tetiba rasa terhuyung hayang gitu. Bermula saat tu, denyut pd mata naik ke kepala. Turun ke perut. Terasa mual pulak. Kenapa la pulak ni. Balik dpn PC.. Rasa peluh merintik. Dingin je kulit. Pening. Sgt pening. Macam tanda hypoglycemia (kurang gula dlm darah..maklumlah kan puasa). Mujur ada Kak Aju My yg sudi hantar saya ke klinik. Dr F periksa gula dlm darah.. normal 4.9.. BP pun ok 110/73. Tapi kenapa...
Boleh jadi ye..betul sbb mata yg baru nak sesuaikan dgn cermin baru.. Lps tu, kepala jadi pusing.. Angin pun dtg?? (err..Dr F tidaklah menerangkan mcm tu, tu teori saya dan Kak Aju My sendiri :) Dr F suspek gastrik yg menyebabkan angin..Dan... setelah sekian lama tak kena cucuk intra muscular (IM) iaitu suntikan pada hip atau punggung (ouchh), hari ni dlm sejarah.. akak kena. Dadah "Stemitil" atau prochlorperazine.. Lalok sekejap dlm setengah jam laloknya. Mujurlah ok lepas tu..hehe..

Wednesday, March 03, 2010

sambungan ibu tinggal- bagaimana mengawal penyakit yg melanda anak

(amboi tajuk bukan main.. penyakit yg tak serius lah ya..yg biasa-biasa je)

Bukannya niat nak cerita keluhan menjadi ibu tinggal, tapi sekadar berkongsi pengalaman. Rasanya taklah pahit pun, cumanya terasa gementar juga ke sana ke mari tanpa bonzer. Hehe. Alah, sebelum ni bukan pun berkepit 24 jam. Waktu pergi kerja pun mmg berasingan. Sorang menghala ke barat sorang ke timur. Kalau 'bahasa ibunda', sorang balik matahari jatuh, sorang balik matahari naik. hehe. Kebanyakan masa sewaktu kerja saya mmg byk dgn 'girlfriends'.


Musim batuk kini kembali. Suara pun serak-serak garau je. Cuaca panas membahang. Selang 2 minggu dapat ulcer mulut. 1st half saya mmg batuk sejak 2 minggu lepas. Tapi tak teruk mana. 2nd half saya ada batuk juga. Yg nmpk teruk ialah Iman. Malam td batuk sampai muntah. Mungkin juga sbb terlebih makan. (terlebih makan konteks Iman ialah makan dgn normal kerana kebiasaannya mmg Iman tak nak makan). Bila diimbas semula waktu umur Hanan dan Hasif sebaya dgn Iman skrg, mmg byk, mcm-mcm penyakit. Walau bagaimanapun, Iman tetap 'juara'. Diarhea sampai kena tahan wad. URTI pun melarat sampai kena nebulizer di hospital dan wad. Hanan 1-2 tahun pun ada juga episod yg menduga perasaan. Maklumlah waktu tu Mama dia naif sgt lg. Demam sampai sawan/ tarik waktu kami berdua takde di rumah. Hanan juga mempunyai masalah gigi yg senang terkena jangkitan kuman pd gusi. Hasif waktu 1-2 tahun, dugaan eczema teruk sampai jadi impetigo (kudis api). Setakat batuk selsema, Hanan dan Hasif dikategorikan sederhana tak macam Iman. Iyaas setakat hari ni nampak sihat walafiat tak termasuk masalah kulit yg mcm Hasif waktu dulu juga. Skrg nmpk ada masalah ruam lampin sedikit. Harapnya dapat dikawal. Eczema Iyaas pun terkawal. Insya Allah. (Lepas ni dah boleh graduate jd pakar kanak-kanak ;)

Penting sgt utk mengawal batuk batuk, selsema, gatal-gatal, merah-merah, atau berak-berak pd peringkat awal. Sebab semua ni mudah cenderung utk melarat sampai demam. Bila dah demam, sgt penting utk mengawal pula suhu badan. Tapi kadang-kadang kena juga ikut naluri keibuanmu. Kalau rasa 'lain mcm' semua batuk-batuk, berak-berak, gatal-gatal, merah-merah tu silalah bawa jumpa Doktor di klinik. Kalau perlu dikuarantin, eloklah jaga mereka sendiri di rumah. Kalau rasa boleh dibiasakan dgn pengasuh, lagi baik sbb takdelah sampai ganggu kerja di pejabat.

Kira entry kali ni mcm bagi 'tips' lah jugak, tapi taklah spesifik. Yg penting jgn cepat panik, jgn pula cepat sangka benda mistik!

Friday, February 12, 2010

Iyaas Hakeem (going to 6 mo)

Iyaas demam sejak Isnin
2 malam berturut badan panas sgt. Cuma bagi oral PCM
Hari ke-3 dah makin pulih tapi hari ke-4 naik ruam dari muka ke kaki
macam gatal je. Tapi rasanya sbb badan panas. Ruam tu tanda demam dah baik. Cumanya nmpk tak selesa mcm gatal. Rasanya bukannye 'measles'. Yg campak tu berserta batuk sbg simptom nya. Iyaas tak batuk, berak OK, minum/makan pun OK. Demam nak pandai..beralih bulan.

Thursday, August 06, 2009

Influenza A(H1N1) - Kementerian Kesihatan Malaysia

Influenza A(H1N1) - Kementerian Kesihatan Malaysia

Shared via AddThis