Monday, June 27, 2011

khazanah tahun 2000- sudah jumpa

rupanya tertinggal di dalam kotak bersama habuk-habuk yg menggatalkan hidung dan mata.
tajuknya: star trep :D haha

2 sahabat baik di kelas matrikulasi :)
sudah jumpa...
arkib penghujung tahun 1999 menyambut tahun millenium..

Friday, June 24, 2011

ulang tahun bonda ke- 57

ini mak saya. ramai yg ckp.. mcm rakan sebaya aje.

iyaas hakeem

sedap sgt nasi arab sini

nasi arab pak lim (jalan hj. ahmad) boleh tahan.. rasanya mcm resepi pakcik uban  dlm gmbr ni.
saya mungkin terlepas saat-saat kejutan untuk Ibu. katanya ada kek bersama jambangan bunga? belum lagi mencari hadiah utk Ibu.. aduhai...

Monday, June 20, 2011

doa untuk sabar (menghadapi ujian)

"robbana afrigh 'alaina sobro.."

maksud: Ya  Allah tetapkanlah kami dgn kesabaran..

Friday, June 17, 2011

kebakaran..!!


nak guna mouse jugak. takde duit lagi nak beli tablet whatever.

Thursday, June 16, 2011

boleh ketawakan.. saya tak kisah

saya terjumpa satu artikel setelah menggali dalam google di sini .

AN EASY WAY OF DRAWING FACES AND EXPRESSIONS

We're wired to see faces and read what mood they're in from the moment we're born. Our survival depends on it. However rough your scribble, rest assured that not only will it be seen as a face. It will have an expression.
You can either decide what facial expression you've drawn, or go for one of the classics - sad, happy, angry, fearful, disgusted or surprised. If you go for happy, alter the lines or draw another face to make it look happier.
...Now draw another face to make it even happier. Another to make it more delighted still, and so on until you simply cannot make it any happier.
Try making a smiley face. Whether or not you like them, smileys can throw some useful light on drawing facial expressions.
happy face
Now have a go at a Gloomy. (A sad smiley is rather a contradiction in terms so I call it a Gloomy.)
Once you get started on this face-making game, you may find it difficult to stop!

Drawing faces and expressions is at once the easiest and the hardest form of art

Almost any shape with two dots and a dash in roughly the right place will be seen as a face.
However, once the face is seen, the artist's easy ride comes to an abrupt end. The minutest variation in a line can completely alter the character and expression of a face. If you've ever tried painting a portrait, you'll know that it only takes the tiniest dot of white in an eye to turn a lively gleam into a mad stare!

Finding the features that make the expression

You may find it's the mouth that makes the difference to the facial expression of emotions. Sometimes it's the eyes, or it could be the eyebrows. You may not think of eyebrows, but they're important. I'm always intrigued by Gromit of Wallace and Gromit fame. Gromit uses his mouth to drink the odd mug of coffee, but that's about it. He never makes a sound. All the facial expression comes from his eyes and eyebrows - yet you can almost hear him think.

Drawing Media

You can scribble - or should I say evolve - your facial expressions in the traditional way on paper. If you're more adventurous, you may like to try digital drawing with your finger on an iphone, ipad or ipod Touch. This is surprisingly easy, and gives you greater ease of erasing and flexibility to transform your image in creative ways.
For goodness' sake don't try drawing with a computer mouse! It's like signing your name with a brick. At least get a Wacom tablet if you're serious about digital drawing.
Digital drawing has no end of advantages. I love the fact that you can keep the expressive lines you like while easily erasing the ones you don't. That's important, because once a line expresses what you want it to, believe me, even if you trace with the utmost care, you'll never quite racapture that first fine careless rapture!
-----
:D hahaha.. tapi bagaimana kalau berjaya jua menghasilkan sebuah lukisan dgn menggunakan seekor mouse..?

......

betul-betul rasa cukup fed-up..
bilalah hendak siap karangan sebuah surat rasmi....

Wednesday, June 15, 2011

"i think i am losing my friends"- ayat org putih lagi

where are they.. where are all of you?
di mana mereka? ke mana mereka semua..

laughing all around, leaving me here all alone...
ketawa merata-rata, tinggalkan saya seorang sahaja..


"i think i am crazy" -ayat orang putih

gila.
mungkinkah kerana cik shida dari parit yg mendorong saya buat gila. hehe haha huhu!
saya sudah jumpa pintu. tapi masih berkunci. jadi saya cuma berani menjengah di tingkap-tingkap. sekali-sekala ada yg membalas sapaan saya. hati seronok girang gembira..

senyum lagi.
sejak detik itu, seakan tiada lagi perkataan 'bosan' dlm kamus hidup. "saya sudah tahu apa yg saya hendak buat". ianya membuatkan si dia turut tersenyum. "apa saja asalkan awak gembira". si dia. kemudian soal masa depan menjadi lebih senang utk berbicara. ya Allah, inikah jalan yg Engkau tunjukkan..?

'ada aku kisah?'
saya berjanji utk cuba buang jauh-jauh pemikiran- apa yg org akan fikir. bak kata csdp: don't hate me because you can't be me. hehe. sungguh poyo saya ini.


bercuti, bersantai, melepak, berehat.... marilah kita membayangkan sahaja. haha.

Tuesday, June 14, 2011

khazanah tahun 2000

gusar di hati kerana gagal menjumpai fail berisi contengan bertarikh penghujung tahun 90-an ke tahun millenium dari varsiti kita, UKM............................

Monday, June 13, 2011

aliranku

berikan ku sedikit masa...

senyum

hari ini hati asyik tergeletek sahaja..

walaupun kepala sedikit terhuyung dan tekak pedih-pedih...

Wednesday, June 08, 2011

kisah 40 hari

Tahun 2011 ialah tahun pertambahan ahli keluarga. 3 disebelah suami, 1 sebelah saya.  Berderet cucu mak mertua saya. Hanis selamat melahirkan baby girl 2.88kg pd 20 Mei 2011. Bakal menyusul nanti, Haidar. dijangka bulan Julai, dan Haira pula Ogos. Kesemuanya baby girl kalau betul jangkaannya.

Terimbau kenangan berpantang 4 kali sejak tahun 8 tahun lepas. Bermula tahun 2003, 2004 kemudian 2008 dan 2009. Bilangan tu benar-benar menambah dan memantapkan pengalaman hidup.

Pengalaman yg pertama, tidak dpt dinafikan mmg sukar. Maklumlah anak pertama. Di rumah mertua pula tu. Bulan April 2003, bermula kemarau (macam cuaca skrg). Panas. Baby Hanan byk merengek. Setahun kemudian saya mengambil keputusan berpantang di rumah mak sendiri, lagipun waktu tu kami ada Bibik. Alhamdulillah, anak kedua rasanya lebih cekap berpantang dan menguruskan diri. Cuma satu saja.. dugaannya ialah Ibu dan Ayah (tuan rumah) tiada di rumah. Saya pula yg terpaksa jd ketua rumah sbb waktu tu ditimpa kesusahan.. Ayah Aisya pergi tak pulang-pulang.. Pengalaman anak ke-3, lebih-lebih mudah lagi rasanya. Alhamdulillah. Baby Iman tak byk ragamnya. Baby Iyaas, berpantang sepenuhnya di rumah sendiri. Waktu itu pun ada Bibik. Baby Iyaas ada juga merengek rasanya sebab eczema. Kesian anak Mama.

Saya seorang yg cuba berdisiplin dgn betul dlm hal berpantang. Terutama bab bertungku dan berbarut perut. Sebolehnya bertungku 2 kali sehari selama paling kurang 30 hari. Jadual saya adalah seperti berikut:

6 - 7 pagi: Susu badan, tidurkan baby.. mandi pagi
7-8 pagi: Bertungku.. barut perut
8-9 pagi: Makan pagi, susu badan
9-10 pagi: Mandikan baby, susu badan, rehat
10-12 tghri: Acara baby, dan acara2 lain :)
12-1 tghri: Makan tghari
2-6 ptg: Acara baby dan acara2 lain
6-7 ptg: Mandi petang dan mandikan baby, susu badan, tidurkan baby semula
7-8 mlm: Bertungku, barut perut
8 mlm: Makan malam
9-10 mlm: Acara baby dan acara2 lain
11 mlm: Tidur... dan berjaga malam lagi :)

Saya pastikan saya barut perut sebelum makan. Tak elok makan lewat waktu. Lagipun mmg patut jaga pemakanan utk penghasilan susu badan yg baik. Ramai juga yg bertanya apa rahsia badan langsing (tapi kering) walaupun dah 4 kali beranak. Jawapan saya.. berpantang dgn betul :P hehe.

Produk tradisional yg saya ambil setiap kali lepas bersalin cuma satu yg sama. Iaitu Set Bersalin Wan Noor Tradisi. Sememangnya tradisi turun temurun yg saya teladani mak mertua saya (ecewah) sejak melahirkan anak sulung (iaitu Encik Abang) dan seterusnya sampailah 6 orang anaknya! Setianya... Alhamdulillah, mmg testimoni dari saya, perut cepat kempis.. 'Strectmarks' pun takde. Mungkin ubat barut Wan Noor tu mujarab dgn badan saya. Ubat yg paling tak disukai sbb sangat comot dan busuk... Kan yg paling 'pahit' itulah yg mujarab... Ubat ni disapu pd perut selepas dibancuh dgn perahan limau nipis. Bau dia mcm rempah ratus kedai india, dan ianya sangat berpasir bila kering (dan gatal!). Perut kemudiannya dibarut dgn kain barut (bukan bengkung). Bila ubatnya kering bolehlah dibuka barut itu, cuci semula bahagian perut yg disapu, kemudian boleh lah sapu minyak panas dan barut semula. Tempoh pemakaian cuma 10 hari sahaja. 2 kali sehari. Dah habis ubat tu, boleh lah sekadar sapu minyak panas. Minyak panas Wan Noor agak panas pd kulit saya, jd saya campur dgn minyak Mestika.

Produk lain dalam Set Bersalin Wan Noor ialah seperti kapsul jamu herba 3 jenis (sudah lupa namanya), bedak lulur, 'teh ubat sarat' utk baby (utk perut baby? saya pun tak pasti sbb tak berani nak beri minum baby :P).. Antara khasiat jamu herba Wan Noor ialah membantu penghasilan susu badan.

Saya mmg bersemangat bila bercerita tentang berpantang. Siap berangan nak jadi 'confinement lady' jika diizinkan.. ;) Manalah tau kan.. Zaman sekarang susah nak cari. Tengok-tengok, cakap-cakap kosong nak berhenti kerja jadi penjual jamu boleh jadi kenyataan... hahaha. Kalaulah ada orang nak ajar saya teknik berurut wanita.. teringin juga saya nak mencuba. hehe.

Saya terfikir nak menanam pokok serai wangi, pokok mengkudu dan beberapa jenis pokok berdaun yg lain yg mak mertua saya rebus utk dijadikan air mandian ibu lepas bersalin. hehe. Pokok daun pandan mmg sudah ada. Air rebusan daun-daun ini, saya guna selama 3 hari. Baunya mmg harum. 'Refreshing' kata orang putih.

Akhir kata, kesusahan dan kepayahan sepanjang tempoh berpantang, menjadikan kita bertambah ilmu di dada. Jika diambil semua dugaan saat lepas bersalin sebagai sesuatu yg positif, kita akan menjadi seorang yg mempunyai banyak tips untuk dikongsi bersama.  Bukan setakat pengalaman lepas bersalin sahaja tapi untuk semua aspek kehidupan. Jadi, nikmatilah...dan rasai keseronokannya!

Tuesday, June 07, 2011

sekali sekala membebel

YOUR SKIN IS AGING.. YOU HAVE GOT FRECKLES.. YOU SKIN IS VERY DRY.
YOU HAVE TO TRY ANTI-WRINKLE CREAM..
AT NIGHT WE RECOMMEND YOU TO APPLY BIO-whatever2 BEFORE YOU GO TO BED..

AKAK.. KENAPA KURUS SGT NI. AKAK MAKAN TAK..? MAKAN LEBIH SIKIT KAK.. DOKTER TU HENSEM. (toink)

whatever okey. akak tak marah pun. tapi memang la rasa mcm... duhh..!!
tapi banyak-banyak orang komen negatif tu, ada jugak negatif tapi positif seperti..

SENANGNYA JADI ORG KURUS, NAK PAKAI APA PUN BOLEH...

SERONOKNYA ORG MCM KAU.. NAK MAKAN BANYAK MANA PUN TAKDE HAL.

tapi yg tak berapa nak laratnya yg ini:

"ABANG, SAYA..KALAU ABANG TAK KISAH SAYA TAK LAWA, SAYA TAK KISAH PUN TAK PAYAH NAK MAINTAIN2.. SEMUA NI KOS DAN ONGKOSSSS.. SEMUA NI DUNIAWI SAJAAA.. RASANYA SAYA CUMA MAMPU NAK CANTIK DALAMAN AJE ITU PUN DGN IZIN ALLAH.. UNTUK YG TU CUMA DOAKAN SAYA AJE"
 jawapan: "BUKAN KE PENTING JUGAK KE, CANTIK UNTUK SUAMI"- cuma 5% dari penyataan wanita yg diulas kembali oleh lelaki.
"ABANG SPONSOR LAAAA SAYA OKKEYYY AJE!!!!!!!!!!"

masalah dunia yg fana. huhuh.

suppression

"suppress" bermaksud menumpaskan dengan kekerasan, menindas, menekan; menyekat; menahan.

Pada suatu hari seseorang bertanyakan Ayah bagaimana Wan Hanafi Su (adik selepas Ayah) boleh terlibat dlm bidang lakonan. Namun Ayah menjawab,"sepatutnya soalan tu berbunyi- bagaimana saya boleh memasuki bidang sains perubatan di saat seluruh ahli keluarga saya terlibat dlm bidang seni...?" "Sebenarnya saya 'suppress' minat saya dalam seni kerana saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor"..

Saya terkedu dgn jawapan Ayah. Lubuk hati saya bagaikan dicengkam sesuatu.

"Macam Zaza ni, minat dia melukis. Tapi dia kena 'suppressed'", sambung Ayah.

Saya senyum yg dibuat-buat. Di dalam hati saya menangis. Betulkah apa yg saya dengar. Apakah semua ni baru disedari atau sekian lama ianya dinafikan. Tiada apa perlu dikesalkan sebenarnya. Saya bersyukur bila menyedari keterseksaan ini bukan dirasai oleh saya seorang.

Thursday, May 26, 2011

sebalik bulan

bulan itu bulat sfera. tapi dari bumi kita nampak bentuknya yg pelbagai. ia sebenarnya sebelah satu permukaan yg sama sahaja. ianya tidak berpusing pada paksi seperti bumi. pernahkah ada perasaan ingin tahu..apa kisah sebalik bulan yg kita tak nampak itu..

hati manusia begitukah juga..? sebelah yg kelihatan..dan sebelah lagi tak kelihatan. hanya empunya diri sahaja yg tahu (mungkin?). yg terang berkongsi terang.. yg gelap berkongsi gelap. namun alangkah baik andainya gelap itu sebenarnya kegelapan yg mulia.. kegelapan yg membina. kegelapan seperti sepertiga malam, ruangan buat si abid yg ingin bertahajud bemunajat menghadap al Khaliq. mengumpul cahaya yg tidak kelihatan di mata kasar tapi menambahkan jadi terang hati yg terang.

namun hakikatnya terang atau gelap, bulan dan hati tetap milik Allah. nyata atau sembunyi, Dia maha mengetahui. bulan itu sentiasa berzikir dan patuh pd perintah Allah. bulan mengikuti bumi yg juga taat pd Allah. bumi berputar atas kekuasaaNya. tidak pernah bumi melawan arah pusingan menghuru-harakan sang bulan.


jujurlah pada diri sendiri dan kepada Allah.. bersihkanlah hati dgn membanyakkan ingatan pada Ilahi..dunia cuma pinjaman buat kita semua.

Monday, May 23, 2011

Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

-in-team-

Friday, May 20, 2011

hati

Ayat seperti "LAMANYA TAK UPDATE" sudah menjadi lazim sebagai mukaddimah setiap entri utk blog ini. (sila gelak atau senyum jika setuju).
Mood utk menulis di sini datang bila mana tersangat lapang masanya. Atau tersangat bosan harinya.Terasa wajar untuk diubah semua ini. hehe.. Ya Allah berikanlah kekuatan. Tiada daya upaya melainkan kekuantan Mu ya Allah..
Kenapa menulis hari ni... Sebabnya, terlihat pada satu (sebenarnya 2) blog yg saya susuri secara rambang.. sebuah kisah yg saya sangka bagai dalam  filem atau drama.. yg tak mungkin dibuat-buat blognya. (sebagaimana kewujudan blog personal seperti kepunyaan saya ni). Kisah satu pasangan muda (jika dilihat dari foto mereka).. Anak 2 orang. Namun Allah telah menjemput si suami pulang kepangkuan Nya.. Belum pun genap 4 tahun ulang tahun perkahwinan.. Kedua-dua mereka penulis blog.
Catatan si suami terhenti pada bulan Januari 2011.. Bila dibaca tulisan-tulisan beliau, MasyaAllah.. tersentuhnya hati.Terusik perasaan mengatakan mungkin coretan-coretan itu akan dijadikan kenangan apabila diri meninggalkan dunia. Buat diri saya, begitulah asalnya kelahiran blog ini.. Sebagai kenangan utk tatapan mereka yg ada di dunia setelah saya pergi nanti. Inspirasi dari arwah sahabat yg telah meninggalkan kita semua tanggal 16 Disember 2004.. Catatan terakhir beliau bertarikh 13 Disember 2004. Catatan itu saya tatap selama berbulan-bulan-bulan lamanya. Dan blognya masih dibaca setelah disambung semula oleh suami tercinta.. InsyaAllah..
Yg telah pergi takkan kembali. Yg masih di sini, persiapkanlah diri.. Ya Allah Yg Maha Lembut, Maha Pengasihani, dosa-dosaku harap Engkau ampuni..

Buat Abuamiir.. Selamat Hari Lahir ulangtahun ke-7 Amiir Husaini.. (20 Mei 2004)
Takkan dilupakan kenangan manis berkongsi pengalaman 9 bulan itu bersama Nuun.. :)
Al-fatihah.

Thursday, March 31, 2011

chicky poxy wajdy

lokasi: rumah

percutian yg dlm keterpaksaan. menemani anak yg M.C. hasif diserang virus varicella a.k.a chicken pox..
nak tahu apa itu chicken pox?

How did chickenpox get its name? - Martha
The name chickenpox has been around for centuries, and there are a number of theories as to how it got its name. One is that chickenpox got its name from the blisters that are seen with the illness. These red spots — which are about 1/5 inch to 2/5 inch (5mm to 10mm) wide — were once thought to look like chickpeas, which in Latin are known as cicer. Another theory is that the rash of chickenpox looks like the peck marks caused by a chicken. But, in case you were wondering, chickenpox can't be caught from a chicken!


(komen: rupanya begitu! ianya jelas tidak berkaitan dgn ayam walaupun mmg ada yg tersasul menmanggilnya 'chicken chop'! :D)

apakah nama chicken pox dlm bahasa melayu?

jawapan: nama yg jarang digunakan.. CACAR AIR.

Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.

Pengidap cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


(komen: hasif tak demam, tapi beberapa malam sebelum bintik-bintik keluar, dia muntah)

Komplikasi
Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
* Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

(komen: na'uzubillah.. InsyaAllah.. terkawal)

Rawatan Ubatan anti-viral
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat cacar air. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat cacar air. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral pada peringkat awal penyakit terutamanya mereka yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV/AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat cacar air seperti radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.


(komen: Hasif tak diberikan kedua-dua rawatan di atas.. Dr ckp, biar antibodi badan Hasif terbina secara semula jadi )


Rawatan di rumah
* Sapu losyen calamine
* Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
* Panadol untuk demam


(komen: ye, cuma ubatan di atas saja yg diberi kpd Hasif. petua lain seperti minum air kelapa muda.. Hasif tak suka minum rupanya!. mandi dgn air daun mambu.. belum cuba lagi. elakkan makan makanan gatal seperti telur.. InsyaAllah.. walaupun lauk kegemaran, Hasif mengawal diri)


Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian di bawah umur 13 tahun sebanyak 1 dos, manakala selepas umur 13 tahun ialah sebanyak 2 dos (selang masa 4 - 8 minggu antara dos 1 dengan dos 2). Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1 - 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada cacar air.


(komen: pada saya, lebih baik ketahanan badan tu wujud secara semula jadi.. ada hikmah disebalik penyakit yg Allah berikan ini.. )
hari ke-2

hari ke-3

lunch Hasif - tidak menagndungi bahan yg gatal :)

hari ke-4
hari ke-5 (terkini 31/3/11)



Wednesday, March 30, 2011

amali ujian & Prof Kamil

(Part I- hujung minggu)
SMS hantar: nak pergi tak ceramah hari Selasa malam?
(lama)
SMS balas: tak tau lagi.

(Part II- ptg sebelum program)
soalan: saya teringin sgt nak pergi jumpa Prof.
jawapan: pergilah.
(terkejut)
soalan: betul-betul?
jawapan: kalau dinner dah setel oklah
(teruja!!)

waktu terima jawapan bahagian II tu, masa dah kesuntukan. saya tak sempat bertanyakan dgn yg lain. SMS pun berbalas lambat. hati berbelah bagi utk memandu ke sana kerana hujan dan memandu malam markah saya C. tapi sebelah hati lagi kuat utk bertemu dan mendengar ceramah Prof secara langsung. jadi saya pergi juga selepas selesai solat Maghrib.

tiba di bypass, lori-lori-lori besar-besar belaka meluncur deras. hujan tidaklah lebat tapi akibat titisan air dari lori dan jalan basah benar-benar membataskan jarak penglihatan saya. waktu itu saya menerima SMS Dr Huda, ceramah sudah bermula dan tajuknya "Bagaimana Menghadapi Ujian". Saya masih berada di tengah-tengah highway dihimpit lori besar depan dan belakang. selepas melewati Koleh Shahputra, saya memandu perlahan. tak berani memintas lori yg bergerak perlahan di hadapan. lori besar di belakang saya memintas dgn lajunya. cermin depan dan belakang  sangat berkabut. hati berdebar-debar.

tiba di persimpangan ke Permatang Badak, saya mebelok ke kiri. Lori-lori tu dah tak ada lagi. keyakinan berputik semula. sehinggalah bertemu lagi jalan besar simpang menuju ke KPTM tempat ceramah berlangsung. kereta banyak. saya membelok ke kanan dan mencari-cari signboard KPTM di sebelah kiri. saya tak nampak! Ya Allah..

saya terus memandu sehinggalah terjumpa simpang ke kiri menuju ke Pekan. hati terdetik.. sah! sesat! jalan di situ dlm pembinaan menyebabkan saya betul-betul tak dpt mengecamnya. di depan KIPSAS saya telefon Kak Midah. "zaza kene patah balik. dah jauh awak pergi"..... aduh.. jalan ke Pekan itu juga byk lori. saya pun U turn. jauh rupanya U turn nya. 500m. sampai di simpang tempat bermula kesesatan td, kereta kembali banyak. kiri dan kanan jalan sedang dlm pembinaan. saya terus memandu dan mencari-cari U turn seterusnya. berjaya dan terus mencari semula traffic light tempat saya tersasul di awal tadi. saya U turn lagi.

disebelah kiri saya mencari signboard KPTM. tak jumpa! saya cuma nmpk signboard Taman Guru. jadi saya masuk dan sesat lagi. Dr Huda menelefon saya. rupanya simpang kedua selepas traffic light. saya keluar semula dari taman perumahan tu. barulah saya nampak signboard KPTM! Allah.. betul-betul menguji saya..

sampai di perkarangan kolej itu, azan Isyak dah berkumandang.saya cepat-cepat ke surau dan mencari Kak Midah dan Dr Huda. telinga menangkap kata-kata ucapan penutup Prof Kamil. hati terasa berkeping-keping retak. saya terpandang Dr. Huda, Nadirah dan mereka memandang saya dgn pandangan keharuan. Prof mula mengangkat tangan menadah doa. saya cuma berkesempatan menadah bersama. hati sayu, gembira bercampur baur. Prof Kamil di depan mata. bersungguh-sungguh berdoa. Masya Allah. amiin..aminn.. semoga Prof segera sembuh dari sakit yg menimpanya.

semuanya dirasakan sgt pantas. Prof menuju ke pintu. Kak Mahani (kenalan Dr Huda) menuju ke arah Prof dan bertanyakan soalan. "akak nak tanya soalan pd Prof? pergilah tanya.. ikut Kak Mahani" gesa Dr Huda. saya terkedu. dah jd tak tau nak tny apa. oh..buku..buku.. Maklang saya kirim buku..! saya cepat-cepat mengikuti Kak Mahani.

"ada pd student" kata Prof. Prof kelihatan tergesa-gesa. dari dekat wajah Prof mmg nampak penat dan tak berapa segar. dgn tak malunya saya memberitahu "Prof, saya org Besut". Prof: "Ohhh..!" :P

kemudian saya berjemaah dgn student dan 'org luar' (yakni kami yg menjadi jemputan Kak Mahani sebenarnya). selesai bersolat, Kak Mahani yg sgt mesra tu bersalaman dgn hampir semua org di surau. baru saya tahu rupanya Kak Mahani bekas pengajar kolej tersebut. Dr Huda mengesyorkan saya ikut Kak Mahani berjumpa dgn Prof (dgn dekat). saya teragak-agak tapi Kak Mahani beria-ia. saya ikut saja. di bilik makan VIP di kantin kolej, kami duduk bersama. Prof berbual-bual (bercerita/berceramah) di meja lelaki dan kami para wanita di meja bulat yg lain berkenal-kenalan. kemudian Kak Mahani meminta izin nak bergambar. dan kami pun bergambar.

saya tak tahu nak ucapkan apa cuma rasa bertuah kerana dpt juga akhirnya bertemu Prof. Alhamdulillah. Thank you Allah.. memang Allah nak jadikan pertemuan ini sgt bermakna (memorable).

Thursday, March 17, 2011

rasa-rasa

apa saja yg berkaitan dgn hubungan antara kawan (perempuan aje),  saya begitu sensitif.
gembira mereka, saya berkongsi rasa.. sedih mereka pun saya berkongsi rasa. rasa yg mendalam. Allah jadikan ia begitu. kedalaman yg tak terjangkau. ianya asli. tidak dibuat-buat. tidak boleh diperbuat. tidak menjadi kalau saja diperbuat-buat. Allah menjadikannya begitu.
saya pernah cuba mengawal diri dari terlalu mengambil berat akannya. ia menjadikan saya seorang yg 'ignorant'. kelihatan sombong dan jahil. rupanya saya tidak menyukai rasanya. janggal dan dangkal buat saya. inilah ujian Allah buat saya. saya perlu berpada-pada dlm perihal menjadi peka.. bersederhana dlm menyayangi..
dalam mengenali siapa sebenar musuh dan kawan.. kita perlu mengenali diri sendiri terlebih dahulu..
mungkin bila menjadi manusia yg jahil untuk berpura-pura, saya begitu mengenali yg berpura-pura. ianya jelas di wajah mereka. kdgkala kelihatan di wajah atau perkatan-perkataan org-org disekeliling si pura-pura td. saya hanya cuma mampu berdoa, agar Allah berikan kekuatan pd diri saya, dijauhkan dari rasa membenci mereka dan perasaan buruk sangka.. moga-moga Allah kurniakan setiap dari kita hidayah Nya dan kasih sayang Nya.. dunia ini bersifat sementara.. semua yg kita miliki bukannya hak kita yg mutlak.. ianya pasti akan kembali pd Allah.. jd saya hanya mampu memohon daripadaNya.. Ampuni dosa saya..