Sunday, August 14, 2005

Mereka dan aku adalah ibu!

Antara benda yg seronok kat KB ialah, menerima kunjungan tetamu yg terdiri dari sahabat-sahabat lama dan saudara mara yg dulunya susah nak bertemu mata!

Semalam (13 Ogos), Nur Atikah Zulkifli dan keluarga datang bertandang ke rumah. Kali terahir jumpa adalah pada Mei 2002- during my wedding. 3 tahun tak jumpa, sekarang Tikah dah ada seorang puteri, Ainul Huda bt. Zamri, 1 tahun 2bulan. Lebih kurang Hasif je gaya dia. Alahai.. Eh, baru terima SMS dari Tikah.. Ainul nak dapat adik ye... Tahniah! :) Tikah skrg mengajar di Tapah, Perak. Suaminya Ustaz Zamri sedang sambung pelajaran di UPSI.

Kat KB, satu-satunya kawan lama yg ada di sini juga ialah Marliana Iryani Yaacob. Dia pun dah ada seorang hero (coming soon another hero Raya nanti), Muhd. Ariff Izzuddin b. Mohd. Nazaruddin, 3 tahun. Marliana mengajar di sekolah kat Pasir Pekan. Husband Marliana pun tgh sambung pelajaran buat MPH kat HUSM. Lokter Naza.

Jauh dari KB, Yusnita Rashid sekarang berada di Kuantan, bersama 2 org Puteri Nik nya. Nik Anis Athirah (2 tahun) & Nik Ainul Mardhiah (5 bulan) bt. Nik Abd. Hafiz. Yus seorang homemaker yg berjaya. Hmm..nanti mmg kene berguru dgn dia. Mr. Nik dia kerja di Gebeng. QS.

Seorang lagi ibu, ialah Umi Kalsom Khairuddin. Married to her lecturer (wow..), mereka dikurniakan seorang puteri yg diberi nama Atiqah bt. Mohd Yusof, 2 tahun. Umi masih di Bangi sbb Dr. Yusof masih mengajar di UKM. Umi masih dekat bersama kenangan-kenangan di UKM. hehe.. Umi pun mcm Yus juga.. Fulltime housewife..mcm saya la juga.

Ayu Diana Awang & Nurul Hakeem Hasim adalah satu couple yg sbnrnya kawan 1 sekolah dgn saya. Living in hectic KL, diorang baru ada seorang princess, Irdina Nafeesya bt. Nurul Hakeem. Ayu skrg kerja kat IMR (pegawai mende ye Ayu?) manakala Hakeem dia tgh dlm kursus PTD.

Nun jauh di mata, Rosmawati Yusoff, bersama suami & baby Ainul Mardhiah bt. Dzul Norisma. Lama tak kontek Ros. Sekarang dia mengajar di Kuala Pilah N9. Minatnya dgn nama Ainul. Tikah, Yus pun letak nama anak Ainul. Mata. Baby Ainul dah berapa tahun ye sekarang..? Dah nak masuk 1 tahun kot atau baru masuk?

Mereka ini adalah sahabat-sahabat dari sekolah menengah (Maher,KB), matrikulasi UKM dan UKM. Mereka je yg berjaya dijejaki. Mana yg lain..?

0 comments: