Jika si kecil anda tidak gemar minum air putih (kosong)..
- ICE-PARTY
- Ais kiub dipecah-pecahkan dan biarkan mereka bermain sambil minum (makan?)
Jika si kecil tidak suka dilap badannya semasa demam..
- ICE/WATER SPRAY PARTY
- Sediakan sebuah 'sprayer', masukkan air sejuk atau ais di dalamnya, dan spray badan si kecil yg panas itu. Disamping dapat merendahkan suhu badannya, mereka pasti menyukai permainan ini.
- Permainan ini juga sesuai semasa cuaca panas bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair) tubuh si kecil dan anda!
Jika si kecil tidak mahu makan..
- MINI-SANDWICH PARTY
- Kadangkala si kecil jemu menjamah nasi. Jangan bimbang kerana roti masih boleh dijadikan sumber karbohidrat untuk mereka.
- Amat mudah dilakukan. 2 keping (atau lebih) roti sandwic yang telah disapu dgn mentega dan jem atau cheese kegemaran si kecil dipotong kecil. Paling mudah bentuk segitiga atau segiempat.
- Lebih menarik jika roti dipotong menggunakan penerap biskut yang beraneka corak.
- Pastikan anda menghadkan pengambilan susu botol kepada 2 kali sehari sekiranya si kecil anda masih menyusu (susu formula). Si kecil akan mudah untuk menerima makanan lain, bukannya kenyang dgn susu sahaja.
Jika si kecil tidak mahu memberus gigi..
- MIRROR-MIRROR ON THE WALL
- Galakkan si kecil memberus gigi dihadapan cermin
(*tapi masih belum berkesan kepada si kecil saya..any other tips?)
Note: Dentist pun begitu tegas memberitahu gigi si kecil yang minum susu dari botol WAJIB diberus 2 kali sehari. Setelah beberapa kali gagal memberus gigi Hanan, saya terpaksa membedung Hanan dgn tuala, letakkan dia diribaan saya dan berus giginya! Tak sangka waktu kali pertama sahaja dia meraung-raung menangis, kali kedua dan seterusnya, dia rela giginya diberus! Hanya anda boleh mendisiplinkan si kecil anda! Percayalah.
to be continued..
0 comments:
Post a Comment