Hanan & Hasif dah nampak lebih bijak (smarter) dari sebelum ini. Cuma agak merisaukan bila mereka kelihatan kurus berbanding sebelum berpindah ke KB. Berubah bulan atau berubah angin Kuantan..?
Perbendaharaan kata (vocabulary) Hanan makin bertambah. Kadang-kadang tu memeranjatkan Mama & Abah. "Hanan tahu, ya..?" Itu ekspresi Mama, kadangkala itu juga ekspresi Hanan bila bertanya tentang sesuatu dalam televisyen. "Oooh....Mama tahu... Pandai lah Mama ni..." Bila Hanan nyanyi Twinkle-twinkle little star, kalau Paul Moss dengar, sure dia tak berani nak condemn.. cayalah!
Bermula minggu lepas (3/8/05), Hanan telah terpaksa berlatih untuk kurangkan minum dari botol.. serta dipaksa gosok gigi. Gigi depan Hanan sudah tidak dapat diselamatkan lagi (uhuk-uhuk..) Tapi, Dr.. Hanan mula berus gigi seawal 12 bulan! Kata dentist, kerana puting botol susu. Bakteria dari puting botol.. Ye..tidak dapat disangkal lagi. Memang habit Hanan minum susu berjam-jam lamanya.. Sekarang Mama tahu di mana silapnya. Oh..kesal sungguh rasanya. Tapi, InsyaAllah, masih belum terlambat sebenarnya. Teruskan penjagaan gigi dengan memberus gigi 2 kali sehari, berus gigi setiap kali lepas minum botol atau mula minum dalam cawan.
Nampaknya latihan sejak Rabu lepas gagal mencapai targetnya. Dengan menangis & mengamuknya, last-last Mama pun telefon Mead Johnson. Mrs. Yong from Parenting Specialist kata, mesti ikut suggested feeding dari tin susu. 8 oz each feeding.. 2 times only! Like what the dentist said, tooth brushing after each bottle feeding. Biasanya susah untuk Hanan habiskan 1 botol susu (sebenarnya itu dah jadi tabiat dia), tapi bila kena 'catu' botol, mudah pula dia habiskan. Mujurlah.
Cuma sekarang, terpaksa membiasakan Hanan taking nap without bottle, or lunch without bottle. Kalau ikut suka hati Hanan, sehari mahu 7 botol (7 oz). Kencing pun banyak, nak latih kencing kat toilet pun tak confident, diapers sehari lebih 5 keping. Dengan kata lain ikut hati, mati ler Abah.. maintenance untuk Hanan punye lah tinggi.. Hehe.
Luckily, Alhamdulillah, susu Mama masih banyak untuk Hasif. (Bakal berdepan dengan latihan cerai susu nanti.. arggh.. Umie..mintak advice!) Budget susu formula mmg tak ada. Diapers pun tak banyak sebab minum susu ibu. Sekarang, belajar dari Hanan, Hasif kena biasa-biasa minum cawan. Esok-esok jenuhla Mama lagi.
Hasif dah boleh berjalan (at the age of 14 bulan, 1 bulan lewat berbanding Kakak Hanan). Seluar panjang dia dah tak kusam lagi. Sekarang ni dah tak mahu orang dukung sangat especially kalau ke kedai. Vocab Hasif at this age tak sebanyak Hanan dulu. Orang kata anak lelaki 'lewat sikit' ye? Entahla. Alhamdulillah, anyway Mama faham language Hasif. 24 jam berkepit takkan takleh faham.
Tapi yg pastinya Hasif sangat la manja nye. Tak secekal Hanan. Suara pun halus..tak selantang Hanan. Pergi mana-mana pun orang akan cakap, "Baiknya budak ni". Ya.. "baik":- tak agresif. Mudah-mudahan ketidakagresifan Hasif bukanlah sesuatu yg negatif. Tapi sekarang, pergi mana-mana pun juga, aduhai... apesal suka benar dia sorok muka. Pemalu anak teruna Mama ni.. Macam Abah juga, ye? Muka pun sebijik muka Abah. Tambah lagi tembam pun dah susut. Mewarisi design telinga istimewa pusaka turun temurun (hee..hee..).. Semoga tekun dan rajin baca buku macam Abah :D
Kata Sister Rubbya, having a girl and then a boy, Chinese believe it means "prosper or wealth". Apapun, kata orang, jelas rezeki Allah ini memang membahagiakan.. Belajar dari setiap zuriat yang Allah kurniakan. Kerana setiap dari mereka berbeza-beza personalitinya. Wallahua'lam.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment