Oh.. rindunya nak kembali blogging. Sepanjang Ramadhan dan Syawal rasanya agenda seharian agak packed. Hari ni kebetulan Abah on call. Maka di kesempatan ini, dapatlah Mama mencoretkan jurnal Mama di Mommy’s Diary.
Terlalu banyak yg ingin dicatatkan. Raya 1426H di Kota Bharu dan Besut tersangatlah meriah. Dalam kemeriahan berhari raya, terasa rindu pada Ramadhan yg berlalu. Masihkah ada lagi Ramadhan 1427H buat kita? Isk..
RAYA; OPEN HOUSE & BIRTHDAY PARTY
Kembali beraya di Kota Bharu. Alhamdulillah. Walaupun tak berpeluang berjumpa dgn semua kawan-kawan lama Mama, tapi rasa bersyukur sangat dapat meraikan tetamu semasa jamuan di rumah kami pada hari raya ke-3 (sempena Birthday Kak Aisya yg ke-3 tahun). Jazakallah buat Auntie Siti Azma, Uncle Mustakim, Abang Syahmi dan Baby Ayman; Auntie Yusnita, Uncle Nik, Anis dan Baby Ainul; Auntie Marliana, Uncle Nazar dan Abang Ariff; Ki dan Wan sekeluarga (kecuali Cik Su); Auntie Ana sekeluarga; Mami sekeluarga jiran depan rumah merangkap nenek saudara Amiir, Abu Amiir dan Amiir sekeluarga; Tok Ma (nenek Kak Aisya) dan Ayah Su nya.
Terima kasih kerana sudi datang.
Hanan tersangatlah gembiranya dengan tetamu yg hadir tambahan pula Kak Aisya dan Imad pun ada sama.
Tak lupa buat tetamu yg tak dapat hadir masa jamuan tu, ptg esoknya rumah kami masih dikunjungi sepasang pengantin baru, Auntie Munie & Uncle Naser; malam tu pula Cik Long Ayu, Uncle Azrul, Kak Ika dan Baby Erin datang menjamu selera Soto Jakarta Bibik Dede.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Tahniah buat pengantin baru
1.Ariha (Cik'A) & Jamaludin (Ayah Din)- Hidangan semasa reception di Kg. Alor Keladi, Besut was.. WORLD.!..
2.Ahmad Fahmi (Ayah Ngah Amiir) dengan Irhan Arnie - Sorry, terlanggar motosikal tetamu yg hadir semasa reception di Kg. Jelutong, Pasir Tumboh
3.Mohd. Rujhan (Ayah Su Kak Aisya) & isteri
4.Khadijah & Amir -Sorry, Auntie Katy, tak dpt attend the wedding di KL
Selamat melayari bahtera rumahtangga.
HANAN&HASIF pasca RAYA
Hanan dah ada nama baru. “Bukan Hanan..Kakak Hanan-lah”. Hasif sudah semakin maju dalam bertutur. Kedua-duanya ceria dan sihat, kecuali Hasif diserang 'Impetigo' sewaktu pulang ke Kuantan pada 10 Syawal semasa wedding Cik'A. Alhamdulillah, sekarang dah pulih. Pulang dari Kuantan, Hasif di bawa berjumpa Dr. Mokhtar (Klinik Pakar kulit Perdana)dan diberi oral antibiotics, krim sapu (Foban) dan ubat minum tahan gatal.
CHOCOLATE CAKE MOIST
..for birthdays, wedding gift, hantaran hantar menantu :P Boleh tempah untuk mereka di sekitar KB je. hehe. 1kg+, 8"x8"x2.5", for only RM30. Resepi bukan rahsia. Akan di publish resepinya di entry yg akan datang. Tungguu.. Tapi sape2 nak tempah sila contact 019-9326090. Sekitar KB je tau.
Ok..gtg. nak pegi ambik Abah balik dinner kat rumah.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment