Wednesday, February 08, 2006

Kaki bayi terpotong.. kecuaian hospital?

Kaki bayi terpotong
Oleh Rosliza Mohamed

KOTA BHARU: Seorang ibu mendakwa terdengar suara seseorang memberitahu kaki anaknya terpotong selepas dilahirkan melalui pembedahan ketika berada di wad bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), di sini.

Kejadian dikatakan berlaku sebaik bayi perempuan terbabit dilahirkan kira-kira jam 7.36 malam di wad berkenaan pada 22 Januari lalu.

Ibu terbabit, Hasnah Abdullah, 36, berkata beberapa minit selepas itu dia tidak sedarkan diri selepas mendakwa hidungnya dipercayai ditutup seseorang ketika berada di wad berkenaan.

“Saya hanya sedar kira-kira jam 10 malam dan mendapati kedua-dua ibu jari anak ada kesan dakwat berwarna biru yang dipercayai diambil cap jari.

“Pada masa sama, saya terkejut apabila melihat kaki kanan anak ada kesan jahitan dan ubat berwarna kuning serta kesan darah,” katanya.

Menurutnya, anaknya kemudian dibawa ke Wad 2 untuk rawatan lanjut manakala dia ditempatkan di Wad 24.

Katanya, difahamkan selepas itu kaki anaknya dibalut sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 30 Januari lalu.

“Pihak hospital juga memberitahu supaya datang semula untuk mendapatkan rawatan pada 2 Februari lalu.

“Selepas berbincang dengan suami (Yunus Husin, 62) kami sepakat untuk mengambil tindakan terhadap kejadian menimpa anak keenam saya itu.

“Suami saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah, pada 2 Februari lalu,” katanya.

Hasnah berkata, disebabkan tiada sebarang perkembangan, dia ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk membuat laporan sekali lagi kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Menurutnya, dia sekeluarga juga berjumpa peguam untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Katanya, sebelum Natasha Nadirah dilahirkan, keadaan anaknya itu normal ketika menjalani imbasan kandungan di Hospital Tanah Merah (HTM).

“Oleh kerana keadaan kandungan saya songsang, saya terpaksa bersalin di HPRZ II melalui pembedahan,” katanya.

Sementara itu, Yunus berkata, sebaik isterinya bersalin, dia yang berada di luar wad dipanggil kakitangan hospital terbabit dan diberitahu anaknya mengalami sedikit luka kerana terkena pisau.

“Setengah jam kemudian, saya terkejut apabila melihat kaki kanan anak saya dibalut,” katanya yang tinggal di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah HPRZ II, Datin Dr Aesah @ Zaharah Awang, berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan pesakit terbabit.

“Saya tidak menerima laporan itu daripada pesakit terbabit, sebaliknya dimaklumkan pemberita.

“Apapun pihak kami akan menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada dakwaan berkenaan berasas atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro Edisi Timur, Selasa 7 Feb

Hospital nafi dakwaan terpotong kaki bayi semasa dilahirkan
Oleh: ROSNIZA MOHAMAD

KOTA BHARU 7 Feb. - Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datin Dr. Aishah Awang menafikan dakwaan Hasnah Abdullah bahawa bayinya, Natasya Nadirah Yunus terputus kaki kanan akibat kecuaian pihak hospital.

Sehubungan itu beliau meminta keluarga Hasnah bertenang dan menunggu laporan lengkap berhubung kes bayinya yang akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri.

Sumber hospital bagaimanapun memberitahu bayi berkenaan sebenarnya dilahirkan dengan beberapa kecacatan termasuk kudung kaki kanan dan luka di kaki itu ialah kesan guntingan lebihan daging yang melekat.

Semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, Dr. Aishah menjelaskan pihak hospital mempunyai semua bukti berhubung kes berkenaan dan siasatan awal mendapati tiada kecuaian.

``Tetapi siasatan ini perlu diperincikan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri yang kemudiannya akan membuat penjelasan lanjut.

``Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan saman, itu hak mereka dan kita mempunyai cukup bukti tiada sebarang kecuaian,'' katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Hasnah, 36, ibu kepada lima anak mendakwa kecuaian hospital menyebabkan kaki kanan bayinya terputus selepas menjalani pembedahan di HRPZ II.

Hasnah dari Kampung Alor Pasir, Tanah Merah berkata, dia terpaksa melahirkan bayinya secara pembedahan kerana kandungannya songsang.

Beliau kemudian terkejut apabila mendapati kaki kanan bayinya itu putus dari buku lali ke bawah.

Ibu itu turut mengesyaki sesuatu tidak kena selepas mendengar perbualan petugas perubatan hospital yang menyatakan rasa bimbang selepas terpotong kaki bayi ketika melakukan pembedahan terhadapnya.

Dr. Aishah memberitahu, penyiasatan terperinci termasuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan hospital diambil bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku ketika operasi pembedahan pada 22 Januari itu.

Ditanya mengenai dakwaan Hasnah yang menyatakan mukanya ditutup sehingga menyebabkan dia pengsan, beliau berkata:

``Ibu itu diberi bantuan oksigen kerana operasi pembedahan belum selesai dan untuk mengurangkan kesakitan.''

Tanda dakwat di ibu jari seperti yang didakwa oleh mualaf dari Thailand itu pula, katanya, diambil sebelum pembedahan.

Dr. Aishah berkata, ia merupakan prosedur hospital sebelum menjalankan pembedahan berdasarkan kebenaran pesakit terlebih dahulu.

Utusan Online, Rabu 8 Feb


*****


Satu lagi kisah sensasi dari hospital kerajaan! Sekali baca berita pertama tu, seolah-olah, tak ada Dr yg bagus di hospital kerajaan. Seolah-olah Dr GH semuanya takleh pakai. Bukankah ianya hny menimbulkan syak wasangka org ramai terhadap institusi kesihatan di Malaysia? Pada saya, media tak sepatutnya menyusun ayat sebegitu rupa, ataupun, tidak patut menyiarkan berita tersebut sedangkan siasatan terperinci masih belum dijalankan.

“Saya tidak menerima laporan itu daripada pesakit terbabit, sebaliknya dimaklumkan pemberita."- Datin Dr. Aesah @ Zaharah Awang

Pengarah hospital dah maklumkan mcm tu, nmpk sgtla dakwaan kaki bayi terpotong sbb hospital cuai tu tak berasas. Saya bersimpati dgn keluarga bayi malang ini. Akan tetapi melihatkan gambar bayi tersebut, jelas ternyata beliau mempunyai beberapa kecacatan termasuklah 'cleft lips'. Dalam berita pertama, langsung tak ditulis bayi tersebut mempunyai beberapa kecacatan fizikal. Padahal, mungkinkah beliau juga mempunyai kecacatan pada kaki..?Takkanlah pisau bedah dlm OT sebesar pisau pemotong daging kat pasar..??!

Bayi tersebut dilahirkan secara Caesarian kerana kedudukannya songsang sepanjang kehamilan. Kelahiran anak ke-6, si ibu pula berumur lewat 30-an, menkategorikan kes ini sebagai kes yg perlu diberikan perhatian. Tak mungkin Dr yg membedah si ibu adalah Dr pelatih! Sekurang-kurangnya pegawai perubatan (M.O) yg menguruskannya.

Kdg-kdg mentaliti masyarakat berkenaan isu seperti ini agak merisaukan saya la.. Sesetengah isu yg dilaporkan dlm media, ada yg kita percaya bulat-bulat. Isu-isu seperti ini, bagi saya menimbulkan tanda tanya. Tapi adalah lebih baik kita jgn percaya bulat-bulat. Mungkin juga kerana insan-insan tersayang saya bekerja sebagai 'org hospital kerajaan'. Jadi sedikit sebanyak saya dpt rasa jerih perih mereka menabur bakti kpd masyarakat.


(hmm..satu minggu, satu cerita, dari wad hospital saya dengar..)

0 comments: