Friday, February 10, 2006

masa berlalu.. tanpa ku menyedari..

H: Tahun berapa Hanan masuk darjah 1?.. 2010 ye..
M: Dgr-dgr darjah 1 start umur 6 tahun..
H: oo.. 2009 la. Eh, masa tu Mama dah 30 tahun la..
M: errkkk.. tidaaakkk... tuanyeeeee.. :-o
H: hihihi..

Abah Hanan suka sgt highlightkan 'umur anda apabila anak anda sudah masuk sekolah..' Pejam celik, dah tua rupanya. Teringat masa di awal perkahwinan dulu, Hubby pernah mention, kalau boleh dia nak bergelar bapa sebelum umur 30. Alhamdulillah, cita-citanya itu tercapai pd umur 29 tahun. Dan saya terasa sangat mudanya, melahirkan anak pertama semasa umur 24 tahun. (sebenarnya 23 tahun 7 bulan, dan dia pula 28 tahun 7 bulan). Anak kedua pula lahir setahun sebulan selepas itu.

Terasa lama betul menantikan kelahiran yg ke-3. Mengikut perancangan, tunggu sehingga tahun 2007. Insya Allah. Alamak.. umur saya waktu itu sudah pun 28! Skrg ni terasa kalau boleh taknak berganjak pun no. 25.

"eh.. bila awak sengih, dah ada garis-garis kat mata la.."

Rasanya kata-kata tu bukanlah suatu komplimen. Kesannya, pantang nampak iklan anti-penuaan/ anti-kedut dlm TV. Terasa teringiiiiiin nak cuba.. Tolong.....!!

Mungkin kah sbb lama sgt tunggu utk expecting lagi. Sekali sekala tiba-tiba, dtg perasaan tu.. Bila dgr khabar berita gembira dr kwn-kwn yg expecting lg, atau kwn-kwn yg sudah dekat due, tiba-tiba je rasa nak belek nama-nama baby. Lain mcm je rasa. Rasa excited lain mcm je. Jumpa je baby kat kedai ke kat mana-mana ke, terasa gitu-gitu je.. Tak reti nak citer camne.

Makcik Dah Bidan kata, jgn gap lama-lama sgt. Nanti tua. hehe. Mmg skrg ni terasa tua pun. Nak baby lagi? Org lain baru masuk 2. Tunggulah dulu biar sama point dulu.

Tahniah buat mak-mak buyung 2006;
Umi Kalsom, Ayu Diana, Dr. East, Dr. Munirah (Br. Naser), Hany, Haidar (my SIL), (kat UIA sape ek..?) dan mereka yg di luar pengetahuanku. hehe..

Tunggu Hanan 4 tahun, Hasif 3 tahun.. :) Insya Allah

0 comments: