Salam.
Sebulan lebih tak mengemaskini. Seperti mungkir janji sahaja. Apakan daya, manusia cuma merancang, Allah Taala jua yg menentukan. Tersangatlah sibuk sejak selepas cuti sekolah Mac yg lalu. 2 org nenek dan datuk saudara kami masing-masing sakit tenat. Nenek saudara saya dan datuk saudara suami. Keduanya dimasukkan ke wad di HUSM. Keduanya tenat. Rumah kami menjadi persinggahan saudara mara dari Kuantan dan Besut. Innalillah, kedua-duanya telah kembali ke rahmatullah pd bulan yg sama. Selang beberapa minggu sahaja.
Saya demam di pertengahan antara minggu pemergian datuk saudara dgn nenek saudara. Demam yg betul-betul tak berdaya. Mohon maaf kepada AbuAmiir dan UmmuMuhammad, yg dtg berkunjung ke rumah. Sebenarnya, kami sudah merancang utk jemput Amiir, Muhammad dan Baba, Mak serta Baby Ali makan-makan (dan main-main dgn Hasif dan Hanan). Namun, terima kasih banyak, sudi datang..
Alhamdulillah, ubat demam yg paling lazat ialah dapat makan 'laksa Penang ayahbonda' masa balik Kuantan hujung bulan lepas. Memang permintaan yg tertunai la ni. Muahahah..
Sepanjang Mac sampai hari ini, terasa masa berlalu sangat lambat. Mungkin asyik menghitung hari untuk berpindah. Sekarang saya ada pembantu, iaitu sepupuku dari KT. Merangkap baby sitter dan body guard sbb dia handal bersilat. Hehe. Mujur ada si Kakak Nur Hafizah Nabila bt. Ab. Rashid ni. Buat teman berbual, teman basuh pinggan, teman lipat kain, teman kemas rumah.. dan lain-lain.
Sekarang dah masuk pertengahan April. 21 April ulangtahun ke-4 Hanan yg matang, pendiam tapi menyerap mcm span. Hujung bulan April nak balik Kuantan lagi sekali. Ada majlis. Kemudian, bulan Mei. 19 Mei ulangtahun ke-3 Hasif yg nakal dan manja yg masih belum bebas lampin dan botol susu. 20 Mei, exam besar MMed. Semoga berjaya melepasinya. Hujung bulan Mei, ada jemputan percutian keluarga ke Pulau Kapas (26-28 Mei). Tapi belum pasti lagi boleh ke tidak sebab kami merancang utk berkemas dan berpindah. Jauh di lubuk hati, teringin. Ulangtahun ke-5 perkahwinan. 5 tahun lepas Pulau Kapas jugalah destinasi makan angin minggu suaikenal hati dan jiwa. Haha.
Salam April.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment