Mengenang dikau
Berkeping-keping
Jadinya...
Kini air mata
Jatuh bercucuran
Tiada lagi harapan
Tiada seindah
Waktu itu...
Dunia berseri-seri
Malam bagai siang
Seterang hatiku
Penuh harapan
Padamu
Kini hancur berderai
Kepedihan berantai
Kuncup di hatiku
Yang lama kusimpan
Hancur kini
Sebelum berkembang...
Mengapa ini
Harus terjadi
Di tengah
Kebahagiaan
Ingin kurasakan
Lebih lama lagi
Hidup bersama
Denganmu...
Hidup bersama
Denganmu
(Penyanyi asal: Broery Marantika)
Sekali sekala layan lagu-lagu mcm ni. Tadi baru je lepas tgk siaran ulangan konsert AF5. Budak-budak AF5 ni rasanya tiada yg best pun. Paling suka tgk masa pengkritik bagi kritikan la. hehe.
Tak boleh tipu perasaan ini yg semulajadinya suka akan seni muzik. Seninya sahaja lah. Tak minat nak jd penyanyi pun. Keturunan agaknya. Keluarga sblh Ayahanda seni-seni belaka. Melekat pd saya hanya dlm bidang 'organisma seni' iaitu mikrobiologi. haha. Itu pun nama je lah. Tak praktik pun.
Cerita 20 tahun nan lalu..
Masa umur 4-5 tahun, Ayah hantar saya ke kelas muzik main organ. Agaknya Ayah mmg berniat nak salah seorang anak jd pemuzik. Tapi 'Layu Sebelum Berkembang'. Tak habis menuntut. Rasa-rasanya sebab kena demam kepialu jadi tak pergi sampai sudah. Ibu kata tambahan pula lepas dgr nasihat Allahyarham Ustaz Ishak, bapa kepada suami Kakak, Abg Ihsan. Takut besar esok jd ahli muzik. Tak sesuailah agaknya. Bayangkan darah seni memang dah mengalir dlm jiwa. Diasuh pula. hehe. Agak-agaknyalah, mungkin saya antara yg mengkritik budak-budak AF mcm Auntie Syafinaz tu ha. (lawak semata-mata ye). Erk!
Bukunya PRIMARY 1, YAMAHA MUSIC FOUNDATION, berserta 1 kotak tin bermagnet agaknya 'teaching tools' dan alatulis daripada YAMAHA.

Nota: Lagu IF YOU'RE HAPPY mungkin dlm Bhs Sepanyol (Si Estaz Feliz). Tulisan tangan mungkin cikgu atau Ayah atau Ibu yg berbunyi; 23/5/83 Homework: Do Do Re Re Me Re Do.
Nota: Ini mungkin resitnya.
Selamat menyanyi.
0 comments:
Post a Comment