Kalau dulu menghitung hari untuk balik ke Kuantan, hari ini, masih lagi menghitung hari menunggu orang tamat pengajian. Belum rezeki lagi untuk diam di Kuantan bersama.
Hari ni hari kedua di UIA. Lapor diri pd 15/6/2007, Jumaat lepas. Saja nak awal masuk kerja sbb dah bosan sgt di rumah. Anak-anak pun kena membiasakan diri di 'sekolah' masing-masing. Buat masa ni, Hasif selesa (Insya Allah) di Taska Idaman Suri yg letaknya cuma 3 minit dr Kampus UIA. Tapi Hanan masih lagi di rumah nenek dia. Susah sikit nak yakinkan dia dgn tempat baru. Insya Allah, akan cuba hantar ke Tadika Ross Intan, di IM6. Pun tak begitu jauh dari kampus.
Buat sementara waktu, kami bertiga beranak 'menumpang berteduh' di rumah nenek Hanan (ibu mentua) sehingga rumah yg bakal disewa dikosongkan. Alhamdulillah, dapat pula rumah yg berhampiran dgn UIA. Walaupun jauh dari Tok Sira, saya tak kisah pun. Yg kisah bila terlalu hampir dgn ibubapa. heheh. Org Tok Sira tgh sibuk dgn persiapan perkahwinan Auntie Era 7/7/07 ni. Cik tak menang tangan dgn 2 cucu kecil, 4 termasuk budak berdua ni. Rasanya, bukanlah suatu idea yg baik bagi semua org untuk kami bertiga ini berlama-lama di sana. Insya Allah, dalam masa 2 minggu lagi kami akan berpindah ke rumah baru.
Bila kembali ke UIA, org pun ingat-ingat lupa je kat kita.. maka rasa selamat je. Bolehlah org setkan persepsi baru yg lebih baik (kalaupun ye.. hehe..InsyaAllah). Boss pun boss baru. Ada tugasan baru yg byk yg bakal menanti. Sesungguhnya naluriku ingin menjadi seorang yg berpengetahuan.. Sedihnya membuang masa 2 tahun begitu je (dr segi aspek pengetahuan dlm jurusan sains la).
Ada Pegawai Sains yg bosan menjadi Pegawai Sains lalu berhenti dan menjadi staf akademik di sini. Ada juga yg berhenti terus dan buat bisnes sendiri. Seperti profesion ini kurang menggembirakan je. Nampaknya betul-betul kena adakan Persatuan Pegawai Sains supaya kami semua ni lebih gembira dan bersyukur menjadi pegawai di sini.
Siapa yg tak ingin maju.. dan siapa pula yg rela dibuli boss.. siapa pula yg tak pernah komplen dgn status karier masing-masing.. 10 tahun akan dtg, siapakah aku? Hanya Allah yg tahu.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment