Bangun pagi ini..
Hasif: Mama, Hasif sakit perut.
M: Nak berak ye?
Hasif: Tak, Hasif sakit perut ada baby.
Gestasi baru saja masuk 7 minggu. Alhamdulillah, tak banyak pun masalah untuk ke-3 kalinya ini. 6-7 minggu lagi Insya Allah akan mula antenatal check-up.
Sebelah petang biasanya akan ada rasa kepeningan. Kebanyakan masa, Alhamdulillah, segar bugar kecuali jika ada faktor pencetus seperti bau tandas yg tidak bersih, tong sampah yg membusuk dan juga bau lampin pakai buang yg hendak dibuang. hehe. Semua ni faktor domestik je. Baru ni lalu kat kwsn kilang proses sawit dekat nak sampai Bandar Muktafibillah saya menjadi sakit sekejap. Selain itu terdapat juga perubahan fizikal iaitu jerawat.
Buat masa ni, mmg Hasif lebih byk halnya. Hanan seperti biasa, tak byk masalah. Musim Hanan dah berlalu iaitu musim 'toilet training', musim bebas botol susu, musim amuk, musim menguji kesabaran Mama.. Kini giliran Hasif Wajdi. Tak tahulah kalau betul cakap-cakap org, anak meragam sbb nak dapat adik baru? Hanan tak pula mcm tu dulu. Hasif dah pandai tunjuk belang sekarang. Tak kira di mana dan bersama siapa. Sgtlah kebudak-budakkan. Tak mcm Hanan yg selalu berlagak mcm org dewasa yg matang. Bila bermain bersama sepupu-sepupu dia iaitu Aisya dan Imad, Hasif selalu je cari pasal. Bila perhati cara dia bermain, yg sbnrnya dia bukkannya sengaja nak sakitkan hati org tapi dia 'selfish' sikit. Nak 'conquer'. Imad dan Hanan pula jenis beralah. Tapi tidak bagi Aisya. Akhirnya Hasif dan Aisya yg akan bergaduh besar. Yg 2 org lagi akan diam dan perhati je.
Tak sangka bila dah masuk alam pra-sekolah ni, mcm ni rupanya mereka! Hanan cepat faham akan nasihat dan teguran. Hasif belum cukup faham lagi. Dan saya pun buntu macam mana nak memahamkan dia. Hasif dgn keasyikan dia terhadap kereta, agak susah nak 'penetrate' dia punya kesedaran. Nak tidur dgn kereta mainan, kartun pun yg ada kereta-kereta je yg paling dia suka, baju yg bergambar kereta je yg nak dipakai, seluar dalam yg ada gambar kereta je yg paling tak dibasahkan :) Mungkin byk persamaan dgn Nufayl, anak Hany Zainal.
Hasif: Imad, Hasif ambik car Imad (sambil tunjuk kereta Sally kepunyaan Imad ke muka Imad)
Imad: (buat muka tak reti je, sbb aku bukan minat kereta pun!)
Hasif: Hey, Imad. Hasif dah ambik ni.. Imad nangis la!
M : (~lorr!)
Masa main-main lumba kereta dgn Imad, Imad terlanggar Hasif. Bergolek-golek Hasif jatuh. Ingatkan sakit. Imad dah tergamam. Siap bangun dan gosok Hasif. Tapi sebenarnya Hasif suka main 'accident-accident'. Siap boleh quote lagi.. "Anda mampu mengubahnya".
:D
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment