Thursday, August 09, 2007

Dah bulan Ogos

Lamanya.

:) Mmg jarang dpt buka blog. Asyik dgn kerjaan seharian.
:l Kerja apa?
:) Kerja kat unit baru. Unit Fisiologi-Farmakologi dan dilantik untuk membantu dlm 'research' Dr. Rafidah. Beta-2 adrenergic study in hypertensives.
:l Seronok?
:) Mcm org-org lain juga. Kdg-kdg suka, adakalanya duka..
:l Budak-budak apa khabar?
:) Alhamdulillah. Sihat.
:l Duduk bertiga beranak je? Tak duduk rmh mak?
:) Ye, bertiga je. Tiba masanya berdikari. Pengalaman 2 tahun duduk rumah 24 jam, InsyaAllah berguna. Lepas ni, pengalaman berdikari tanpa suami di sisi ni (suami 2 minggu sekali) boleh pula buat latihan persediaan utk perubahan tahun-tahun akan dtg.
:l Tahun 2008 berlima?
:) Ye, InsyaAllah. Kami tak merancang ambil pembantu.
:l Serik?
:) Selagi mampu buat sendiri. Alhamdulillah, Hanan mungkin boleh tolong. Tahun depan dah 5 tahun. Bab kemas mainan dia dah boleh buat sendiri tanpa disuruh atau dimarah. Harap-harapnya dia pandai menguruskan diri bila masuk 5 tahun.
:l Hasif dah pandai apa skrg?
:) Mcm-mcm. Sejak pergi taska Alhamdulillah, dia boleh mkn sendiri dgn byk, baca doa.. betul-betul bebas lampin dah skrg. Minta ke tandas. Atau sendirian ke tandas (agh!). Pandai cari pasal. Hendakkan benda yg dia tahu org takkan beri.
:l Byk kena bersabar masa umur ni..
:) Ye mmg betul. Dulu pun Hanan mcm tu juga. Insya Allah, bila dah masuk 4, dia lebih pandai menilai yg betul dan salah.
:l Mungkin juga sbb nakkan perhatian?
:) Hmm.. mcm-mcm faktor kot. Mungkin rindu Abah. Penat seharian di taska. Seharian tak berjumpa Mama. Terpaksa bersaing dgn Kakak dlm segala hal.Tapi Hasif, dia terus tunjukkan perasaan dia.
:l Hanan tak mcm tu ke?
:) Entahla. Hanan ni susah sikit nak dpt selam isi hati dia. Mcm byk memendam.Dia pendiam sedikit. Tapi ada juga masa-masa tgh riang ria tu, bising juga. Tapi bila mahukan sesuatu, dia susah nak beritahu secara langsung. Nak kencing, nak air, lapar.. Dia memberitahu secara tak langsung, cthnya "Mama, dlm peti tu ada apa?" . Sampai kdg-kdg saya pula yg jd geram dan memaksa dia supaya cakap terus terang! Dan dia susah nak beritahu dgn terang! Kata Kakak saya mungin sbb dia terlalu 'polite'? Hmm.. nmpknya Hanan dah 'over polite'. Sehinggakan di sekolah pun terbawa-bawa, sampai cikgu tak dapat nak 'acsess' dan 'assess'. Dlm kumpulan, dia mmg senyap terus! Tapi buku kerja dia dpt siapkan dgn cepat dan baik. Itulah komen cikgu. Suruh baca? Sampai ke sudah dia enggan.
:l Anak-anak ada tahap kepintaran masing-masing..
:) Ya, mcm ibubapa yg lain juga, kami masih perlu byk belajar. Mendidik dan mengasuh bukannya mudah. Ini amanah Allah, tanggungjawab yg wajib dilaksana. Apapun, Alhamdulillah, sebenarnya saya lebih berpuas hati walaupun penat, mujurlah anak-anak menjadi lebih rapat dgn kita berbanding dgn org lain.
:l Mudah-mudahan Allah mempermudahkan..
:) Insya Allah, Amiin.

0 comments: