Jumaat 27 Jun, kami sekeluarga ke Rompin. Serai di Lanjut Beach & Golf Resort. Not bad la. Sebab yg seronoknya dapat berkenalan dgn lebih mesra staf satu kulliyyah. Kiranya program ini sbg sesi taaruf utk Dr. Hilmi yg baru balik dr belajar itu. Hehe.
Hari pertama, aktiviti bebas. Jd, budak-budak tadika dan Abahnya pun main kolam. Saya pula tertinggal botol GenTeal. Dan menyusahkan Kak Oya yg masih belum bertolak ke Rompin dan Yami (dr Eye Clinic). Ribuan maaf dan jutaan terima kasih kerana telah menyelamatkan mata saya dr kekeringan. Mata jd teruk bila berada di bawah putaran kipas yg laju. Kipas dlm bilik hotel tak boleh dilaraskan. Pukul 9 lebih, Kak Oya dan keluarga tiba di resort. Lega betul.
Hari kedua, 28 Jun. Masuk pertandingan mewarna. Tapi lewat sgt ‘enroll’ nya. Tinggal lagi setengah jam baru la Hanan dan Hasif mula. Panas. Hasif dan Iman selsema. Iman tgh nak tido. Saya terpaksa mengundurkan diri, sbb Iman dan mula merengek. Rupa-rupanya Abang Hasif pun nak mengamuk dan mengamuk juga. Tak sempat nak tunggu keputusan ‘juri’. Kami semua naik ke bilik dan semua ‘bad mood’. Telematch anak-anak, kami tak masuk. Petang pukul 3 lebih, mula telematch utk mak bapak. Waktu tu Fini beritahu, nama Hasif dipanggil utk ambil hadiah pertandingan mewarna. Oleh sebab takde yg wakil, maka tak dapat la hadiahnya.. Lagipun, tuan empunya diri tgh mengamuk kat bilik marahkan hingusnya. Eee.. pongoh. Tuan doktor, lepas bersukan kuak lentang dgn anak-anak kat bilik, dia menyertakan diri main bola pantai dan tarik tali. Untuk acara pukat tarik, dia tak ikut. Sbb basah, kena masuk dlm laut. Tapi seronok tgk org lain memukat. Katanya dapat ikan lebih kurang 4kg. Ikan pelata yg byknya. Malam tu, BBQ dinner. Saya mmg tak berapa suka BBQ dinner. Taktau la kenapa. Tak minat. Tak reti nak ambil, dan tak reti nak makan. I love nasik forever.. Kemudian ada cabutan bertuah. Kira bertuahlah sbb dpt 1 hamper tinggi.. Khas utk tgk Final Euro 2008. (Yg akhirnya saya tak tgk pun, lagipun Germany kalah. Masih terlalu terkilan utk bercerita ttg kekalahan Germany..)
Hari ketiga, 29 Jun. Hari balik. Rasa tak sabar nak balik pun ada. Penat memikirkan seminggu yg akan dtg ni, pasti kelam kabut rumah dgn kain baju yg banyak terutamanya. Lepas siap breakfast dan packing, kami checkout. Kemudian singgah di Pekan.. Pekena nasi ayam tepi sungai. Tuan doktor nak melepaskan rindu pd Pekan. Lalu jalan muzium negeri. Tutup sbb tgh upgrade. Masuk kawasan istana, pusing-pusing padang polo.. Keluar, ambil gambar pagar sekolah SHAH Pekan. Kemudian, pusing-pusing Hospital Pekan yg baru.. (Bangunan hospital yg lama skrg dah jd Klinik Pesakit Luar.. Di situlah kenangan melahirkan anak pertama.. 5 thn lepas..) Ayat rindu tuan doktor: “Kalau saya ditugaskan utk lawatan mingguan pakar ke Pekan, saya mesti tak akan menolak!”
Lepas tu, kami terus bertolak ke Kuantan. Singgah Megamall.. cari hadiah inspirasi buat MakFiza. Hehe. Kemudian, beli mknn utk dinner dan balik rumah. Wah. Penatnya. Rasa mcm balik Kelantan.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment