Tuesday, July 01, 2008

6 benda pelik?

Hari ni terasa nak tgk Fotopages yg dah bersawang tak update. Rupanya saya pernah di’tag’ Ayu setahun yg lalu. Hahaha.

6 weird things about myself

1. Bila org kalut, saya boleh jadi manusia yg paling cool. Tapi bila org cool, saya boleh jd manusia yg paling kalut. So, saya lebih suka org yg kalut sbb saya akan jd lebih positif dgn menge-coolkan diri saya sendiri.

2. Tulisan saya bermacam-macam. Tulisan saya cantik bila saya bersama org yg tulisannya cantik, dan tulisan saya buruk bila saya berada dekat dgn penulis-penulis ‘shorthand’. Hehe. Mungkin, itu sbbnya saya tak ada character saya yg tersendiri. Memegang pelbagai watak ialah watak saya (kot). Sbb itu, ms belajar dulu, tulisan cikgu sgt mempengaruhi saya pny serapan pembelajaran. Sbb tu saya tak berapa pandai. Heheh. Dan tulisan saya terkini, rasanya mirip kpd tulisan suami saya.

3. Saya suka kartun. Kalau baca paper, saya akan buka ruangan comic strip dulu (Weird ke? Normal kot). Dan saya tak semestinya baca isi kandungan dlm suratkhabar tu. Sbb saya cepat bosan. Kecuali baca suratkhabar yg membangun bersama-sama.

4. Saya suka tgk orang yg ‘istimewa’. Bila terjumpa, mereka buat saya rasa terharu dan happy. Saya rasa kagum dgn ibubapa yg memiliki anak-anak istimewa. Mereka insan terpilih sbb sabar menjaga dan mengasuh anak istimewa, apa lg kalau anak-anak itu membesar dan dpt berdikari.

5. Kalau saya rasa serabut dan susah hati, saya akan lebih bertenang kalau melawat rumah mak mertua saya, berbanding rumah mak saya. Maksudnya, saya mudah lupa akan keserabutan dan kekusutan hati bila di rumah mak mertua saya, walaupun saya tak mengadu apa-apa. Mungkin saya sendiri tak mahu mak saya nampak kekusutan saya bila saya pergi ke rumah dia. Hehe.

6. Saya suka masak tapi malas cuci pinggan. Bila saya masak, saya akan cepat rasa kenyang dan susah nak puas hati dgn masakan saya.. Sbb itu saya juga malas nak masak. Heheh. Oleh itu, org yg mkn masakan saya kena selalu berikan komen. Saya tak kisah kalau komen yg negatif. Saya tak pandai hias rumah walaupun saya peminat Eric Leong. Saya tak pandai tanam pokok. Saya tak pandai menjahit.

Skrg, saya dah jawab soalan tag Ayu. Jadi, kena tag org lain pula ye? Orang yg nak saya tag ialah:
1. MakFiza
2. MIA Indah
3. SHaManisZ
4. Siapa-siapa je yg nak ‘reveal 6 weird things about themselves’
(sepatutnya tag 6 orang.. tapi mcm takde je yg tahu kewujudan blog ni.. heheh. Segan nak tag blogger-blogger yg fofular mcm Cik CT, atau AbuAmiir…atau Ummunufayl.. Sbb diorang ni dah selalu kena tag.. )

0 comments: