Sebenarnya, kita ni mewarisi perangai generasi sebelum kita. Yang saya sendiri pelik, sejak dah makin bertambah umur ni, makin nak serupa dgn perangai mak ayah, tok nenek kita. Mewarisi benda-benda pelik terutamanya. Antaranya:
1. Anti serangga
Nyamuk- saya sangat alah dgn nyamuk mcm arwah Bapak (datuk saya). Selagi tak nampak nyamuk bergolek-golek lepas spray, selagi itulah saya tak puas hati. Saya sanggup bangun berjaga malam, sbb nak pukul nyamuk. Ada org boleh tak rasa digigit nyamuk. Saya, bunyi nyamuk pun dah buat saya tak boleh tidur. (Teringat pd Bapak, yg setiap kali kitorang balik kampung, dialah yg mesti spray bilik dan satu rumah dia..)
Semut- saya akan menjejaki laluan semut dan spray kawasan yg saya syaki laluan utama. Mana tak geram, botol minyak zaitun yg saya guna utk sapu kat badan Iman, selalu kena hurung semut.
2. Alergi kpd label pd kolar baju
Ayah saya, boleh dikatakan kesemua baju dia, tak ada label. Sehinggakan susah kita nak periksa saiz baju dia masa nak belikan dia baju buat hadiah. Hehe. Dia gatal. Mencucuk-cucuk rasa yg sgt menggatalkan. Saya dah jd mcm Ayah. Dulu saya tak mcm ni. Dah beberapa blouse dan t-shirt, saya cabut label pd kolar.
3. Kumpul barang-barang
Habit ni, saya cuba kurangkan dah skrg (decluster: to be organised)-kononnya. Tapi sbnrnya, Mok jenab (nenek) dan beberapa makcik saya sememangnya suka kumpul barang. Hobi sebenarnya. Tapi kalau tak disimpan atau diuruskan betul-betul, maka jdlah bersepah. Nenek saya suka kumpul magnet souvenir dan beli aksesori dapur. Dia kelihatan comel sbb ada hobi ni. (erm, tak pelik sgt pun.. saya je yg pelik sbb saya tak kelihatan comel. Brg yg saya kumpul semuanya tak ada tempat sesuai nak letak). Saya sayangkan benda yg ada sentimental value. Saya masih simpan, Magic Color Pen, yg Cuani hadiahkan ms saya umur 8 tahun (21 tahun yg lalu), beg duit raya yg berusia 24 tahun (skrg Hanan yg pakai).. dan beberapa lagi barang, surat-surat sahabat pena dr Europe, HK, yg dulunya Ibu sgt marah saya suka mengumpul mcm tikus, tapi skrg Ibu kagum sbb saya masih menyimpannya!
Apa-apa je lah.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment