Monday, September 15, 2008

bacalah kalau rajin

Sekian lama tak mengetuk (atau membebel) di sini. Saya sibuk. Sibuk sangat ke.. Entah la tak juga sebenarnya. Terus terang je la, malas mengemas kini blog. Hehe.
Banyak benda yg tak dicatatkan lagi sejak pertengahan Ogos lepas. Lepas kejadian Cik Kembara tu, Alhamdulillah, Cik MyVish pun sampai. Sebenarnya utk kedua-dua kereta ni masih belum selesai urusan jual-belinya. Saya harap masalah ni akan selesai lambat laun. Agh.. malas nak fikir. Baik cerita fasal benda lain.
Entah kenapa la sejak akhir-akhir ni senang je duduk teringat mengimbau zaman muda-muda. Zaman-zaman “Judy Abbott”. Hehe. Ati lah punca sebenar walaupun tanpa pengetahuan dia sendiri. Dia yg terjumpa website anime yg amat saya minati (1996) dulu. Iaitu.. anime Daddy-Long-Legs. Sebuah kisah yg sangat memberikan inspirasi.. Di tambah pula baru-baru ni saya dilawati seorang bekas rakan sekelas yg dulunya pernah tercetus gosip di antara kami (gosip yg halimunan). Hehehe. Lama juga bersembang dgnnya. Barulah saya sedar, yg sudah byk benda yg saya lupa sebenarnya. Tak sangka dia masih mengingatinya. Wah-wah… Selepas 12 tahun mengenali dia seperti biskut Choc Fudge, kejap ada kejap tiada, inilah kali pertama dia benar-benar bercerita ttg dirinya. Setahun dua yg lepas, saya pun ada pernah sekali dua dilawati beliau.. masa tu dia masih bujang. Tak pula dia bercerita apa-apa. Mungkin bila dah bergelar suami dan bapa, barulah dia tak segan untuk bercerita kot.
Bila dah komited dgn keluarga, menjadi ibu dan isteri, bukannya senang nak ingat belaka. Bukannya banyak masa nak melayani org lain yg bukan suami dan anak-anak. Terpaksalah. Sbb tu, hanya ibu dan isteri dan juga pekerja kuli yg lain je yg boleh faham situasi mcm saya ni. Jarang la ada hari outing sendiri-sendiri kecuali mmg berpakat keluar masa rehat atau ambil cuti tahunan semata-mata nak keluar shopping. Pernah tgk ke, kaum ibu melepak malam-malam kat Kopitiam.. atau bergayut telefon dgn kawan-kawan.. atau pergi tgk wayang dgn kawan-kawan. Zaman bujang dulu pun saya tak pernah. Ada je kaum ibu yg lain banyak masa utk diri sendiri.. Kalau hobi baca novel, dia baca novel.. Hobi menjahit, dia menjahit.. Hobi masak kek, dia masak kek. Dulu-dulu masa cuti tanpa gaji dulu, pernah la. Skrg dah kembali kerja, mcm la ada masa. Dgn kata lain, wanita yg berkerjaya 2 alam, mcm saya ni, terbatas.. Itu pun nasib saya baik sikit, suami skrg dah ringan tulang. Syukur sgt.. Bukan mengeluh, cuma nak berkongsi realiti kehidupan sebenar bg org-org yg tak melalui.. Maafkan saya kalau ada yg membaca dan tersinggung kalau saya menulis begini.
Peratus masa saya banyaknya utk org lain lah kot.. Lumrah alam la sbnrnya. Dah kahwin, beranak, dah beranak nak membesarkan anak, nak membesarkan keluarga, nak membina kehidupan.. Cari kerja utk tampung kehidupan. Supaya anak-anak dpt membesar dan dididik dgn selesa (walaupun tak mewah). Dalam masa yg sama, fitrah semula jadi manusia juga, nak maju ke depan. Saya dah lama berada di ‘level’ yg sama. Saya nak keluar pula cari ilmu. Ini pun saya nak lakukan demi UIA tercinta ni. Itu pun kalau diberi peluang. Hmm..kalau ikutkan rasa penting diri saya, saya nak je berhenti kerja. Tapi bodoh lah saya kalau buat mcm tu. Heheh. Saya nak ambil peluang duduk kat sini… utk buktikan yg saya boleh manfaatkan segala mesin yg berjuta-juta harga nya ni tanpa ‘melanggar peraturan’. (wah, mmg sgt benci dgn peraturan senioriti kat sini……………..tapi apa boleh saya buat???)
Kalaupun kelemahan pengurusan yg melemahkan semua kepala otak manusia kat sini, saya terima cabaran tu dan nak buktikan kelemahan tu boleh diperkuatkan semula. Cuma berilah daku peluang..
Buat suami ku (yg baru je menyambut hari lahirnya ke 34) yg akhirnya memahami, terima kasih yg tak terhingga.. Sesungguhnya saya dan anak-anak dah tak rela kena tinggal-tinggal. Hehe. Semoga dipermudahkan perancangan ini dan dimurahkan rezeki dr-Nya. Semoga diberikan kekuatan utk kita semualah. Amiin.

0 comments: