Tuesday, September 16, 2008

malaysia oh tanahair ku..

(pasca ulangtahun kemerdekaan ke- 51..)

Terasa nak menulis tentang sesuatu.. Tentang ‘perpaduan kaum’. Saya bukannya pandai menulis atau mengulas isu-isu terkini walaupun saya sentiasa mengikuti perkembangan politik di Malaysia yg huru-hara pd hari ini. Hari ni saya nak cuba.

Ini cuma pandangan saya semata-mata. Pandangan berdasarkan pengalaman hidup saya di bumi bertuah ini. Bercakap tentang kaum dan perkauman.. Kenapa mesti ada sikap sedemikian padahal kita semua sama je. Pada saya ada satu formula mudah untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu.. iaitu PERSEFAHAMAN. Saya ada ramai kawan dr kaum Cina dan saya menyenangi mereka dan saya dapat rasakan mereka pun sama seperti saya. Saya juga ada beberapa kawan India walaupun tak seramai budak Cina. Mereka pun baik. Classmate masa di UKM dulu, separuh dari kelas ialah kaum bukan Melayu. Saya berkawan baik dgn pelajar Cina kelas saya malah saya siap masuk kelas Bahasa Mandarin (anjuran Persatuan Pelajar Cina), belajar sampai Level 2 (dari 3) untuk memahami kebudayaan Cina. Saya sgt seronok pd waktu itu. Kalau nak tahu, saya pernah ‘disampuk’ aura naga pada tahun 2000 iaitu pada Tahun Naga. Heheh. Saya terpesona sampai saya pun turut terbeli perhiasan (ornament) Tahun Naga yg bagi saya waktu tu sgt lah cantik untuk dibuat koleksi. (ingat lagi tak Umie..? heheehe)

Kita berkawan dgn kaum lain dgn cara memahami kebudayaan mereka, menghormati agama mereka.. Kawan-kawan Cina saya tahu apa itu solat dan puasa. Saya malu dan marah bila ada org Melayu beragama Islam sengaja cari fasal dgn kaum lain. Sebagai kaum majoriti di Malaysia, dan juga kaum yg dlm lipatan sejarahnya empunya asal bumi Malayisa ni, maka kitalah yg seharusnya menerima dan bergaul mesra dgn kaum minoriti yg berhijrah ke sini sejak berkurun-kurun dulu. Mereka ke sini bukan menggugat ‘ketuanan’ kita pun. Oh, apa dah jadi. Saya sendiri pun tak Melayu asli. Kawan-kawan saya yg lain pun mcm saya. Bercampur-campur keturunan mereka.
Negeri yg bagi saya paling makmur sejahtera dari aspek perpaduan kaum ialah Kelantan. Saya tak pernah lagi setakat ni dgr org Melayu bergaduh dgn kaum lain. Org Cina dan India di sana siap boleh bertutur Bahasa Kelantan.

Pasukan badminton Malaysia misalnya. Mereka nampak sama saja di atas nama Malaysia. Walaupun tak menang tapi bersemangat nak julang nama Malaysia. Saya ni patriotik. Saya sayang negara saya. Saya tak sanggup hidup dlm huru-hara dari segi pemikiran mcm hari ni. Banyak sgt hipokrasi. Tak tahu dah yg mana benar dan yg mana palsu. Harapan saya, semoga mereka yg memperjuangkan hak rakyat yg sebenar itu sememangnya ikhlas kerana Allah. Mereka yg boleh membetulkan kekeliruan kita selama ni. Saya nak anak cucu saya hidup harmoni bersama kaum lain.. dapat menimba ilmu sebanyak yg mereka nak tanpa perlu berhutang-hutang. Saya nak pemikiran mereka bebas dari isu perkauman, hasad dengki.. buruk sangka. Jangan kerana anjing tu najis paling berat, pembela anjing pun najis juga. Mcm tak belajar agama je pemikiran sebegitu.

Berada di universiti banyak bangsa ni, saya tetap pegang pd prinsip saya. Berkawan dan hormati mereka yg tak sama dgn kita. Memang tak dpt dinafikan, ada je bapak-bapak Arab kat sini yg banyak masalah dgn isu ‘adab’. Tapi tak semua. Yang baik kita ambil, yg buruk kita jadikan teladan. Tapi ia tak menghalang utk kita memahami dan menghormati. Biar mereka pun tau nak hormat kita.

Apapun, kalau kita nak org baik dgn kita, kita dulu mesti jadi baik. Jangan busuk hati, limpa. Nanti senang jadi kanser. Ok. Dah habis idea.

0 comments: