Tuesday, October 14, 2008

hari ke-7, UMBI

minggu ke-2, hari ke-7.

org KL melaporkan dr HUKM Cheras. ahaks.

rasanya alhamdulillah dah boleh memandu dgn penuh kepastian dr rumah sewa ke HUKM. hari ni kami ambil 'shuttle bus' dr luar HUKM sbb kalau tak jenuh nak membayar parking. sehari RM5.

hujung minggu lepas, saya balik juga ke kuantan. iman, hasif dan hanan ok je. cuma iman meragam sbb sakit perut susah nak BO. bermula minggu ni, Wan tukar syif dgn Cik sbb Ciksu nak periksa PMR. jd, iman akan tinggal dgn Cik. yg lain mcm biasa, menumpang tadika kak aisya. khabarnya, aisya naik cemburu sbb cikgu lebihkan perhatian pd hanan yg pendiam, yg kontras dgn aisya yg meriah selalu itu.

penat juga balik 'last minute' ke kuantan. Dr juita (housemate) yg beria suruh saya balik. hehe. mulanya nak teman jibah 'jln-jln' kenal KL dulu hujung minggu lepas dan balik ke kuantan hujung minggu ni. tapi rasanya plan dah bertukar. masa nak tinggal tu, okla sbb anak-anak yg besar semua happy sebab sempat main air (aunty hanis yg beli kolam getah). 'pool 'sayed' party' (sempena uncle sayed tukang pam angin kolam tu). masa nak balik semula ke kuantan, penatnya.. menunggu org punya pasal. padahal boleh je balik sendiri ambil teksi. takpelah, lain kali, taula nak bajet camne.

semalam, ablong jemput utk tunjukkan jalan ke Leisure Mall.biasa la dia poyo. minum kat kenny roger's sambil dia lukiskan peta ke rumah dia. kalong dah sarat, tunggu due je. takpelah, mungkin saya ke rumah dia bila kalong dah bersalin (dan dia pesan minta 'jaga' anak dia.. hmm..iyo lah..). kemudian dia tinggalkan saya dan najibah kat mall. dan kamipun berwindow shopping sampai maghrib. dinner (buka puasa jibah) di restoren kegemaran MakFiza. lepas tu solat dan cari kasut tertutup, khas utk training di makmal UMBI yg sgt berperaturan ketat ini.

insya Allah, nak pergi jalan ke Shah Alam, Puchong atau ke Bangi weekend nanti. itupun kalau betul-betul nak stay sini dan tak tukar plan last minute. hehe..

huhu.. rindu kat budak-budak.

0 comments: