Hari ni sudahpun masuk hari ke-4 saya menjalani latihan di UMBI, HUKM. Memang terasa jurang ilmu bila berada di sini. Sungguh byk utk dipelajari dan besarnya tanggungjawab saya untuk kembali 'membaja' makmal kami di UIA Kampus Kuantan.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dpt belajar drpd staf makmal UMBI yg profesional dan semuanya berdedikasi menjalankan tugas masing-masing. Pentadbiran di sini sgt mantap dan UMBI sedang dalam usaha mendapatkan sijil akreditasi. Lab assistant mereka sgt professional apatah lagi staf atasan. Pegawai Sains kat sini mempunyai ciri kepimpinan yg bagus. Saya pun terasa 'kecut' melihat mereka. Hehe.
InsyaAllah, semoga ilmu yg dipelajari dpt dimanfaatkan nanti.
Najibah dan saya sekarang dah jadi org kota metropolitan yg hari-hari sesat dlm kesesakan lebuhraya (pergh). Haha. Sesat nak cari jalan balik ke HUKM, sesat cari TESCO.. esok nak pergi servis kereta di Perodua.. Doakan kami.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment