Sempena Iman ulangtahun kelahiran pertama, saya diuji dgn penyakit diarrhea yg menimpa saya dan Iman. Untuk Mama, mungkin sbb byk sgt mkn lauk kenduri. Tapi Iman, kemungkinannya berjangkit dari taska. Iman mula muntah dan cirit birit pd hari jadinya. Mlm tu, byk kali tukar pampers yg kebocoran. Pagi esoknya, bangun dr tidur, muntah-muntah. Tapi pagi Selasa, Rabu, Khamis, Iman ke taska seperti biasa. Cikgu pun takde komplen Iman berak byk kali cuma muntah je, 1-2 kali. Tapi waktu malam mmg Iman bocor-bocor lagi. Khamis malam Jumaat, kami bawa Iman untuk imunisasi MMR (12 bulan) di klinik Al Amin. Kami tak lah pula beritahu Dr Sayuti yg Iman tgh diarrhea. Tapi oleh sebab Iman tak demam pun, ij dia kena suntik jugak. Mlm nak tidur tu, Iman muntah mcm biasa. Dan berak lagi. Bgn tidur pun mcm tu. Hati saya dah tak berapa sedap. Paginya pesan kepada taska minta call kalau Iman muntah lagi. Dan mmg taska call. Saya pun 'half day' hari Jumaat tu. Bdn Iman pun panas sikit mungkin sbb kesan MMR tu. Saya bagi dia PCM, dan cuba bagi minum ORS (air garam mineral). Esoknya, Sabtu, dia nmpk OK.. tapi saya tak ke mana-mana. Walapun masih berak-berak, tp dia aktif. Ahad pun mcm tu. Cirit birit takde lah makin teruk tapi tak baik-baik. Ibu suruh jumpa Paeds.
Masa birthday
4 hari kemudian
Pagi Isnin genap seminggu birthday, dia masih muntah dan berak. Saya pun terus ambil keputusan EL. Mesti jumpa Dr Siti KSH. Abah dia pun tak komen byk. Cumanya kebarangkalian kena tahan wad mmg tinggi. Saya tak kisah dah. Janji anak aku baik. Air dah byk hilang. Minum susu pun mcm kurang selera. Akhirnya Dr Siti masukkan ke wad. Maka bermulalah episod lain. Iaitu episod kena CUCUK tang situ tang sini. Isk.
(*terjumpa member sekolah Maher, Norzafalini a.k.a Noni, kan MekYus? Dia skrg ngajar dan menetap di Rompin. Anak dia pun 3, girl, boy, girl. Dia dtg jumpa Dr Siti, sbb yg baby girl dia batuk lama. Tak sangka nak jumpa di saat-saat begini..)
Masuk wad tingkat 2 KSH. Iman masih berulang kali berak. Byk kali kene usung tiang drip tu ke toilet. Wad ni crowded sikit. 4 katil. Sepatutnya duduk wad paeds tingkat 1 tapi penuh. Ramainya anak-anak sakit. Saya je la ibu yg asyik berulang ke toilet.
Dalam wad
Kawan baik dlm wad (beberapa kali hampir terkena muntah Iman)
Hari ke-2 dlm wad tingkat 2, line IV pertama kat tgn kiri Iman bermasalah. Sejak malam tu lagi sebenarnya drip tak masuk. Pagi esoknya saya bagitau misi. 2-3 org jugak misi dtg belek. Yg kawan ni meraung tak hengat la. Ok sekejap lepas Subuh tu tapi problem semula lepas saya mandikan Iman. Terpaksa bukak dan set baru katanya.
Nmpk dia lemah sgt ms ni
Tengahari tu Dr Siti set line baru. Tangan kanan pulak. Iman bagaikan terseksa sekali. Hari ke-2, kami dapat tukar bilik single. Nmpk Iman pun ceria sikit sbb dah tak sebising wad tingkat 2. Mama pun boleh la nk bergolek bebas sedikit walaupun boring takde member berbual dah. Malam tu Iman masih muntah walaupun berak dah kurang.
Masa-masa tak best dlm wad sbb boring tertambat pd tiang drip (line ke-2 kat tgn kanan)Tapi ni dah last day, hari ke-3
Malam lepas maghrib, dgn sukacitanya Iman dah boleh balik. Berak dan muntah dah takde. Tapi..masih kena dtg hospital utk 6 kali lagi suntikan. Dah sihat sikit ms ni. Line kat tgn x off lg
Penyeksaan masih belum berakhir. Hari kedua lepas keluar dr wad, line tgn kanan bengkak pulak dah. Kena set baru lagi. Sepatutnya ubat suntikan habis mlm Sabtu, terpaksa la tunda ke hari Ahad. Dr Siti set lagi utk kali ke-3 kat kaki kanan.
Hari terakhir suntik antibiotik.
Kiranya saya 2 minggu dari birthday Iman (2hbFeb) mmg tak berhenti berulang ke toilet. Seminggu dgn hal cucuk tang sana sini. Berulang dari IM ke Tok Sira. Alhamdulillah, hari ni semua tu dah berlalu. Tinggal kenangan dan pengajaran.
"Saya dah sihat" "..dan gembira meneruskan aktiviti bebas di rumah"
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment