Tuesday, February 24, 2009

Maid & g4p3..

Bermula dgn minggu ni selepas baca blog Uda..pasal maid.

Terdetik di hatiku yg mana sbnrnya kemungkinannya Ramadhan tahun ini akan jd sedikit lebih mencabar dari tahun-tahun yg sudah. Kalau tahun lepas dugaan Ramadhan tanpa Abah dia. Tp takdelah susah sgt sbb hari-hari beli. hehehe. Lagipun budak 2 org tu bukan puasa. Lagi best sbb pagi-pagi cuma.. bangun pagi gosok gigi cuci muka mkn roti minum susu untuk sahur.

Ramadhan akan dtg akan ada ahli baru. Due date betul-betul kena 1 Ramadhan. Dan saya tgh berkira utk kali keduanya nak berpantang sendiri kat rumah comel ku. Dan semestinya si dia tak mengizinkan. haha. Tp bergantung pd perubahan-perubahan. Di mana mungkinkah akan ada maid? Atau mungkinkah ada makcik yg dipanggil confinement lady yg rela berkorban di bulan Ramadhan ke rumah saya? Atau relakah si dia cuti sebulan utk jaga isteri yg sedang berpantang? (hihhih..logic ke magic?) Sebenarnya MAID itu adalah pilihan terakhir. Saya tak suka maid sbnrnya. Org luar, dlm rumah. Lps tu kita kena fikir makan minum hati perut dia sekali. Lps tu kita kena bagi arahan yg berulang-ulang. Lps tu dia tak faham. Lps tu kita rasa nak marah bila dia over manjakan anak-anak kita. (Kejadian manjakan suami belum penah rasa tapi na'uzubillah..) Lps tu kita tak tahu nak bagi dia buat keje apa lagi. Lps tu kita rasa kesian kalau dia terkurung dlm rumah tp tak sanggup kasi dia keluar. Lps tu dia boleh cerita macam-macam kat mak-mak kita pasal kita anak beranak. Lps tu kena buat medical checkup. Lps tu tak pass. Lps tu kene hantar balik. Lps tu cari maid lain. Lps tu dpt yg tua.. semput sehari je nak balik. Lps tu ganti baru lagi. Lps tu dpt yg byk mulut pot-pet2 lidah tak bertulang tp penipu. Lps tu agen takmo ganti duit dan byk lagi lps tu.

Kesimpulannya saya mmg tak suka maid. Sbb taknak menyusahkan lagi byk pihak, kami mungkin kena pakai maid. Alamak. Mesti saya kena ulang sejarah lama. Anak ditinggalkan dgn bibik. Saya paling tak sedap hati fikirkan yg ni, lebih dari susah hati fikir hntr nursery. Dah lama takde bibik kena bina balik minda yg positif ttg maid. Jadi saya bolehla nak share komen-komen pengunjung blog Uda ttg maid. Rata-rata tak bagi komen yg memberangsangkan minda yg positif. hehe.

Berkenaan..setahun hanya sekali bersalin semula tahun ini.. hehe. Alhamdulillah rejeki. Tahun baru 2009 dan maal hijrah saya tak begitu bersemangat sgt sbb tgh fenin-fenin. Skrg je baru rasa sedap sikit badan. Kebuyungan masih dikaburi dgn kekeringan saya. Mujur masalah jerawat tak mcm bawak Iman dan Hanan dulu. Mungkinkah..ini simptom utk bayi XY... (heheh..mcm Kyle XY plak). Saya dan si dia yg bertanggungjawab itu menerima dgn redha dan penuh dgn kesyukuran dan kegembiraan. Tak seterkejut dan seterpanik waktu lekat Hasif sbb masa tu gap dekat benar. 13 bulan! Kali ni Iman mungkin dah boleh bercakap, berlari..tak terlalu baby la kan..

Saya dah potong line ramai org. Kepada yg 3plus: Marliana, MekYus, Ros, En.Abuamiir.. 2plus: Umie, MakFiza, Kak Su dll lagi.. Saya tumpang lalu ye.. Semoga kalian terus berminda positif utk menerima ahli baru. Masa sorang, risau nak masuk dua, dah dua, berkira nak masuk tiga.. dah tiga, jauhnya lagi nak ke nombor empat. Tapi bila dah sampai masanya, Alhamdulillah, tak sesusah yg dirisaukan selama ni. Sbb bila ada baby baru semua akan jadi comel.

:) semoga Allah permudahkan.. amiin.

0 comments: