lama tak masuk sini. lama jugak tak update FB ke, FS ke dan semua yg perlu update. takde mood dan tak punya masa sgt. apa pun, sejak masuk bulan Mac, alahan (alahan ke) dah semakin pulih. mabuk petang tu boleh dikatakan takde dah. angin Mac sangat mengujakan dan menceriakan. banyak dengar berita-berita baik tentang kawan-kawan. kerja pun ok. 'sifu' menampakkan kesudian nak mengajar.. dan tentang kerja 'tolong sapu' a.k.a kerja pe'on, saya berlapang dada je. support each other with no personal intention. belajar dan terus belajar..
sepanjang hari, minggu, bulan..setiap masa, kita selalu je berdepan dgn ragam manusia. apa pun perangai org, saya ni kebiasaannya, suka atau tak suka saya terima je dgn hati rela. biarpun terpaksa. cuba ikhlaskan niat. inysaAllah, minta dijauhkan sifat dendam atau apa-apa yg berkaitan. walaupun kadangkala, saya mmg rasa tersepit di antara kawan atau keluarga.. tapi saya cuba sedaya upaya menyusun kata-kata terbaik supaya jgnla menyinggung hati org. biarpun hati sendiri terguris.
tapi, dlm menjaga hati org, ada juga ketikanya, tak sengaja, melukakan jugak hati org. ataukah lebih baik berdiam diri? jgn komen atau komplen.. atau ada baiknya juga berkura-kura dlm perahu.. berninja turtle dlm bot.
ada org tak kisahkan org pun. nak kutuk main kutuk je. nak komen sesedap rasa. terang benar kata-katanya. tapi ada juga yg berlapik nya haii..sampai tak larat saya dibuatnya. sebagai manusia biasa, saya tak biasa dgn kedua-dua sikap kontras tu. bg saya, lebih baik berkata benar dan jujur tapi kita mesti juga berbudi bahasa.
org lebih tua mesti dihormati. tapi org lebih tua pun mesti tunjuk yg dia reti hormat org. kalau tak mcmmana org muda nak belajar menghormati org. kalau org lebih tua tunjukkan sikap buruk sangka terhadap jiran tetangga, org yg lebih muda pun mesti terdorong jugak. kalau org lebih tua tak menunjukkan sikap yg rajin dan bertanggungjawab, jgn harap org lebih muda nak jd lebih rajin dr mereka.
saya ni 'complicated' yakni rumit. apa benda yg saya buat mesti saya fikir jauh ke dalam, bengkang bengkok bersimpang siur. saya juga spesis kalut. saya perlukan seseorg yg boleh kurangkan masalah-masalah ni dgn memberikan idea dan cdgn, dan tak perlukan seseorg yg suka kritik atau kutuk sbb ianya tak membantu. ada benda yg saya perlu org komen tp bukan di masa-masa akhir. saya juga tak boleh cari di mana lokasi saya simpan sesuatu barang atau dokumen sekiranya saya diminta mendapatkannya dlm masa 5 saat. tapi akhirnya saya dicop sbg lembap. baiklah, saya menerima dgn hati terbuka.
bagi saya, adalah lebih menenangkan jiwa kalau kita dpt menjadi seorg yg pemaaf. tak apa kalau tak boleh lupa asal anda tak berdendam. forgive and forget. kalau 'forget', tak ada la pengalaman pahit yg boleh dijadikan pengajaran. yg pahit benar saya mmg tak boleh lupa. tapi insya Allah, saya maafkan. jd maafkanlah saya juga.. I'm soriiiii..
kata-kata indah dr jemari saya:
1. belajar utk ber'empati' (bukan berempat, berlima, berenam)~ Empathy is the capacity to share and understand another's emotion and feelings. It is often characterized as the ability to "put oneself into another's shoes", or in some way experience what the other person is feeling. Empathy does not necessarily imply compassion, sympathy or empathic concern because this capacity can be present in context of compassionate or cruel behavior.(sumber:wikipedia)
2. ikhlaskan hati, bersangka baik
3. senyum yg ikhlas
4. berlapang dada
5. renungkan hikmah disebalik dugaan, cabaran, ujian dan sewaktu dgnnya..
(saya suka dgr Pakcik FK berceloteh maaf tulisan berkecenderungan mengulangi ayat-ayat pakcik itu. eh, ada org tak suka dgr motivasi.. agaknya sbb tiada erti baginya.. seperti dugaan Allah itu hanya dia yg rasa..cian..)
wallaha'lam. silakan komen. saya tak marah.
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment